Followers

Gatsby Dance Competiton


Gatsby Dance Competiton


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 10 Januari 2015 ku berpeluang menyaksikan Pertandingan Akhir Gatsby 7th dance competition peringkat Malaysia dimana pemenang utama ini akan berentap di Jepun bersama penari dari seluruh Asia. Bertempat di Nu Sentral Mall di mana Mall yang baru dibuka di area Kl Sentral. Pertandingan kali ini tidak sama seperti musim yang lalu.


Gatsby Dance Competiton 


Gatsby Dance Competiton


Gatsby Dance Competiton 


Gatsby Dance Competiton


Gatsby Dance Competiton


Ia menampilkan bukan sahaja pelajar, tetapi pertandingan juga diwujudkan untuk golongan bukan pelajar yang berminat untuk menerokai bidang tarian. Ini pertama kali melihat dan menonton pertandingan tarian ini dan banyak jenis tarian yang dipertunjukkan. Sebenarnya ku agak minat dengan pertandingan sebegini. Suka melihat gerak tari mereka menari dengan kreativiti masing-masing.

Dalam pertandingan musim ini, Vanity Crew dari Kuching berjaya mengecapi kedudukan juara dalam kategori pelajar dengan teknik tersendiri beserta dengan daya tarikan dan hiburan dalam persembahan, keaslian dan penggayaan yang unik. Vanity Crew dari Kuching yang terdiri daripada Chong Shau Tin (22), Pue Zhi Xin (21) dan Ariel Lo Chia Hui (20) memenangi hadiah wang tunai Rm2000, produk Gatsby, dan mewakili Malaysia dalam pertandingan Akhir Asia di Tokyo yang akan ditangguh sepenuhnya oleh Mandom Malaysia, serta sistem Audio STEEZ yang canggih.


Gatsby Dance Competiton 


Gatsby Dance Competiton 


Gatsby Dance Competiton


Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Lingo Twin dari Johor Bahru dan Shake Love Boom dari Johor Bahru dalam Kategori pelajar. Manakala Jayden Koi (20) dan Nick Tan (25) memenangi tempat pertama dan kedua dalam kategori bukan pelajar. Vanity Crew akan membawa harapan negara unutk memenangi semula Grand GATSBY Award di pertandingan akhir yang berlangsung pada 7hb Mac 2015 ini di Tokyo. 

Suatu pengalaman yang menarik bagi mereka karena akan dapat menerokai aliran antarabangsa terkini di ibu kota Asia yang paling menggirangkan. Di samping itu, Vanity Crew ini akan menikmati pengubahan imej baharu daripada GATSBY dan akan menampilkan di pentas tarian antarabangsa yang akan disiarkan secara langsung melalui Ustream ke serata dunia.


Gatsby Dance Competiton


Para pengadil terdiri daripada Alex Poppin'Rex Juara GATSBY Dance Competetion 2009-2010 serta kumpulan terkenal Karton Network, Jackson 'Boogie J' penari terkemuka, ahli muzik, seniman dan penghibur yang juga pemilik FreakZ Dance Academy, dan Denis 'ECX' Yin, anggota kumpulan ECX berbakat yang telah memenangi pelbagai anugerah serta Fishboy, penari selebriti Jepun yang tersohor.

Bagiku ini merupakan salah satu acara tarian yang terunggul di rantau Asia yang dituju khas untuk para pelajar yang berminat untuk menari. Banyak hadiah menarik dan menanti sambil menari, dapat pengalaman dan dapat hadiah. Okay lah tu kan. 


Gatsby Dance Competiton

p/s: Iklan GATSBY hair jam is the best ! hehe
LAYANS
(>_<)

Comments (1)

On January 23, 2015 at 10:17 PM , ✿ Ina Ainaa ✿ said... [Reply to comment]

Wow! Tahniah bagi para pemenang...