Eazy Ke Kunming China Part 2
Assalamuaaikum WBT & Salam Sejahtera
Okay baiklah, ramai kot yang ternanti nanti entry ku ke China ni sebenarnya hehe. Walaupun dah update banyak dekat Instagram, tapi ku rasa kat blog lebih exclusive lagi sebab dari blog kita boleh cerita lebih detail mengenai travel yang kita akan atau pernah pergi. Sekarang ku menceritakan serba sedikit perjalanan ku ke Kunming China. Part pertama baru aje mendarat di bumi China.
Part Kedua, kami disambut oleh tour guide kami Judy dan seorang driver bus, Alhamdulillah nasib baik ada tour guide dan bas yang boleh membawa kami ke destinasi menarik di Kunming China. Pertama sekali apabila tiba di Kunming Yunna China ialah cuacanya yang sangat sejuk daripada Genting Highland mahupun Cameron Highland okay. Cuaca di Kunming China boleh mencecah 4 darjah pada satu satu masa.
Keluar sahaja daripada Kunming International Airport. Menggeletar satu badan, tapi ku buat rileks sudah dan membayangkan alangkah bestnya kalau cuaca Malaysia sebegini kan? dua tiga hari tak perlu mandi haha. Apabila dalam perjalanan ke destinasi pertama iaitu ke Restoran makanan Halal yang makan malam. Almaklumlah dah travel sejauh ini mestilah perut lapar kan.
Setibanya kami tiba di antara Restoran makanan halal di Kunming , disini dihidangkan pelbagai jenis makanan yang mungkin tak terdapat di Malaysia dan rasa makanan di sini ada sedikit kelainan. Mungkin bagi ku makanan disini ada dikenakan sedikit rempah dan ramuan yang istimewa di Kunming ni karena setiap kami ke restoran makanan halal di sekitar Bandar Kunming ni. Bau dan rasanya lebih kurang sama.
Tapi kepada kalian yang ingin melancong ke Kunming Yunna China ini tak perlu risau dari segi makanan yang halal karena terdapat banyak Restoran makanan halal disini. Tapi peringatan yang menetap di hotel yang menyediakan sarapan pagi tu, kena rajin bertanya, silap2 ada makanan tidak halal yang disediakan. Ku hampir terkena, nasib ada yang kawan yang bertanya hehe.
Setelah kekenyangan makan malam, kami akhirnya ke Kunming Hotel untuk bermalam disana dan kami akan bermalam disana sepanjang kami berada di Kunming China. Ku bilik berkongsi bersama kawan blogger Penaberkala. Siapa tak kenal kan Penaberkala? hehe. Bila hotelnya yang cantik dan menarik. Untuk pengetahuan, Kunming Hotel ini dah lama ye terbina.
p/s : Part 1 Eazy Ke Kunming China .
LAYANS
(>_<)
1 comment:
aiyarkk takde air paip..hehe
Post a Comment