Followers

Monday, January 5, 2015

Eazy ke Kunming China Part 1

Kunming Part 1 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada awal bulan Disember 2014 yang lalu ku berkesempatan berkunjung ke negara orang. Nak tahu ? ada dengar kata " Tuntutlah Ilmu hingga ke Negeri China". Alhamdulillah ku berterima kasih kepada AirAsia Media Familiarisation Trip To Kunming China karena memberikan peluang dan kesempatan ku untuk melihat di tempat orang walaupun diri sendiri tak pernah melancong sejauh itu. 

Di entry permulaan ini ataupun intro hanya menceritakan permulaan pengembaraan kami seramai 10 orang ke Negara China, ataupun lebih spesifiknya di Kunming Yunnan China. Di Kunming suasananya lebih kepada 'Nature' dan suhu di sini lebih kurang dalam 8 darjah celcius ya. Yes! itu di kira sejuk dari Genting Highland hehe almaklumlah sekarang musim winter kan. 



Kunming Part 1



Kunming Part 1


Tarikh 5 Disember 2014 menjadi sejarah dan tarikh permulaan pengembaraan kami ke Kunming China. Kami berada di Kunming hampir seminggu ataupun selama 6 hari 5 malam di sana. Banyak juga pengalaman dan tips-tips yang dipelajari serta tempat-tempat menarik yang kami kunjungi dan ku akan berkongsi bersama dengan kalian untuk entry seterusnya okay. 

Hari pertama 5 Disember 2014, seramai 9 orang terpilih oleh AirAsia untuk ke Trip Kunming Yunnan China berkumpul seawal pagi di Kuala Lumpur International Airport 2 dan diberikan sedikit briefing, Itinerary, baggage check in dan yang paling penting jangan lupa passport anda belum tamat tempoh. Oh lupa nak pesan, kalau mahu ke Negara China, kalian perlu memohon Visa untuk ke China.  



Kunming Part 1



Kunming Part 1



Kunming Part 1


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kunming China dengan menaiki pesawat AirAsia AK101 mengambil masa dalam 4 jam dan tiada istilah Jet Lag ya karena waktu di Kunming Yunnan China dan waktu di Malaysia adalah sama sahaja. Ibarat ku dalam perjalanan ke nak balik kampung dari Kuala Lumpur ke Taiping pun ambil masa 4 jam juga hehe. 

Di dalam perjalanan kami dihidangkan dengan menu Nasi Ayam yang sedap ya dan hanya boleh didapati di udara dalam pesawat AirAsia hehe. Alhamdulillah setelah 4 jam perjalanan, kami selamat tiba di Kunming International Airport. Keluar sahaja dari pesawat ku dapat merasakan suasa sejuk menyelubungi diri ini dan benarlah yang ku google pasal Kunming yang cuacanya sangat sejuk. 

Setibanya di Arrival Hall kami disambut oleh seorang Tour Guide namanya Judy. Akak Judy yang very well speaking and knowledgeable hehe. Nak First destination ke mana? Nantikan part ke dua Journey Eazy Izzuddin to Kunming China hehe.


Kunming Part 1


Kunming Part 1

LAYANS
(>_<)

Comments (2)

On January 5, 2015 at 12:47 PM , ruggedmom said... [Reply to comment]

Bertuahnyer..

 
On January 6, 2015 at 4:19 PM , Rawlins GLAM said... [Reply to comment]

Nak cakap #TakHajak #Sentap2Tahun tapi takut kena caruts
Hahahaha