Print

Assamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Minggu lalu ku berkesempatan ke majlis pelancaran bersama Duta Lux Nur Fazura untuk Peraduan Lux Fabulous Menawarkan Perodua Myvi dan Vespa dengan hanya memilih gaun mempesona Duta Jenama Lux Nur Fazura mengikut turutan dengan Tepat dan Menang.Pada majlis pelancaran bersama duta jenama Lux, Nur Fazura, Lux memperkenalkan peraduannya, Lux Fabulous yang berlangsung mulai 1 Oktober sehingga 30 November 2014.

Langkahnya mudah sahaja. Peserta hanya perlu memilih dan menyusun gaun Fazura yang begitu cantik dan mempesona mengikut turutan berdasarkan apa yang dirasakan paling popular. Penyertaan yang sepadan dengan turutan paling tepat berserta catatan mengenai detik haruman yang paling hebat akan berpeluang untuk memenangi Perodua Myvi.


01


Berucap pada majlis pelancaran, Siti Suhaila Abd Hamid, Pengurus Jenama, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. berkata, “Kami mahu setiap orang menikmati pengalaman mandian yang hebat dan indah menerusi rangkaian Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif, yang diadun dengan nota haruman bunga-bungaan yang indah dan SilkEssence™ yang melembutkan.

 Di samping itu, kami juga mahu menggalakkan para pengguna kami untuk mencuba rangkaian sabun klasik dan mandian badan yang diperbaharui menerusi peraduan ini. Mereka boleh memilih sama ada untuk menyertainya menerusi halaman Lux Facebook kami atau menggunakan borang penyertaan yang boleh didapati di kedai terpilih berhampiran.”

 Apabila semua keputusan sudah diperoleh dan dikira, para peserta dengan padanan paling hampir kepada keputusan keseluruhan dan mempunyai jawapan paling unik dan kreatif tentang detik haruman yang paling hebat akan memenangi hadiah utama iaitu sebuah Perodua Myvi yang baru!

Pemenang hadiah pertama pula akan memenangi salah sebuah daripada lima Vespa, manakala tempat kedua berpeluang untuk menonton tayangan filem ‘Manisnya Cinta’ bersama Nur Fazura, yang dijadualkan ditayangkan pada 11 Disember 2014. Akhir sekali, 50 pemenang tempat ketiga akan membawa pulang bekalan produk Lux selama setahun.

Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif telah dilancarkan pada awal tahun ini dan kini boleh didapati di semua rangkaian kedai utama. Lux 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga RM6.00 manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.90. Untuk maklumat lanjut, layari halaman Lux Facebook www.facebook.com/LuxMalaysia.


Untitled


p/s: thank you sis Paris Ashikin invite, dapat jumpa Fazura hehe
LAYANS
(>_<)
SL - NOF 2 - Official Launch - C 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Nights of Fright 2 yang sedang hangat berlangsung di Sunway Lagoon! Ini juga merupakan antara 'Biggest and Scariest Festival of Fear ! Sesiapa yang berani untuk berjumpa dengan hantu-hantu tersebut silalah ke Sunway Lagoon untuk merasai pengalaman sepanjang bulan Oktober 2014 sehingga 1 November 2014 ini. 

Ku sendiri pergi ke Nights of Fright 2 ini untuk merasai pengalaman yang menakutkan walaupun diri sendiri pun agak penakut tapi tak kisah lah kan untuk merasa sendiri walaupun sepanjang hidup ini tak pernah lihat hantu yang sebenarnya haha. Tapi Alhamdulillah nasib kita boleh masuk by group dan tidak kita berasa takut tapi kena berjaga-jaga. 


SL - NOF 2 - Official Launch - K


SL - NOF 2 - Official Launch - H


SL - NOF 2 - Official Launch - E 


SL - NOF 2 - Official Launch - F


SL - NOF 2 - Official Launch - G


Antara rumah hantu yang anda boleh cuba didalam Sunway Pyramid ini adalah seperti 'Dead End - The Abandoned Theme Park, Escape from Pudu, Carnival of Freaks, Fun Fear, Cursed Cove, All Hallows Cemetery, Shanghai Street dan tidak lupa, Lynton V. Harris' Scream Park yang menampilkan Rumah, POntiak Theatre of Fear, Zombie Apocalypse dan Horrorwood Studios!

Wow ! banyak bukan yang anda boleh mencuba? Tetapi semasa dalam perjalanan untuk ke setiap rumah hantu tersebut akan ada beberapa karekter hantu akan berkeliaran dan menakutkan anda hehe. So be prepare dan nak selfie bersama hantu pun boleh tau. Ramai juga artis yang telah merasai pengalaman di rumah hantu Sunway sendiri. 

Keseluruhan ku berpuas hati masuk ke rumah hantu dan ianya tidak akan mencederakan sesiapa, cuma perlu beranikan diri sebelum kena sergah oleh hantu-hantu hehe. Okay baiklah, tiket untuk masuk ke Nights of Fright 2 adalah RM48 seorang dan boleh enjoy the unlimited rides and attractions yang ada dan hanya 12 tahun ke atas sahaja okay ?

Nights of Fright 2 ini akan berlangsung di tarik berikut iaitu pada 17, 18, 24, 25, 31 Oktober 2014 dan 1 November 2014. Masih belum terlambat lagi ya. Terima kasih Kak Mierah Nadhirah dan Sunway & GO Communication karena menjemput.


SL - NOF 2 - Official Launch - O

Nights of Fright 2

by on 9:25 AM
   Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera Nights of Fright 2 yang sedang hangat berlangsung di Sunway Lagoon! Ini juga merupa...
BattleofPenang_FinalCover-2


The Battle of Penang

Berbalik kepada sejarah dahulu yang terjadi The Battle of Penang pada Tahun 1914 juga merupakan sejarah penting bagi Kerajaan Russia yang berlaku hampir 100 tahun yang lalu di Pearl of Orient. Ramai yang tidak tahu bahawa relationship dengan Rusia dan Malaysia berlaku semasa Perang Dunia Pertama apa kapal Rusia 'Zemtchung telah di bom lah Jerman. 

Kapal tersebut di dalam maintenance dan hanya satu enjin yang hidup dan tiada torpedoes yang utuh. Pihak Russia tidak dapat melawan balik apabila di bom oleh Jerman dan mereka berusaha untuk melawan semula Jerman tetapi tersasar. Kapal Rusia tersebut karam di pelabuhan dan kalian masih boleh melihat sisa sisa kapal tersebut di dalam laut. "Jelas Her Excellency Lyudmila G. Vorobyeva.


IMG_4002


Kejadian serangan tersebut berlaku dalam pukul 5am dan nelayan tempatan bergegas ke laut dengan sampan kecil untuk menolong  dan membantu sailors keluar dari laut dan menyelamatkan mereka dari lemas. Untuk sebab itu Kerajaan Rusia berterima kasih, walaubagaimanapun mereka kehilang 90 nyawa dan hanya 15 orang dikebumikan di 'Western Road Cemetery' Penang. 

Setiap dua tahun sekali, Kedutaan Rusia di Malaysia akan mengadakan majlis memperingati dan melawat kawasan berlakunya The Battle of Penang di Penang. Ia sesuai untuk generasi muda mengetahui sejarah telah berlaku 100 tahun dahulu. Kata Her Excellency " Saya percaya jika kamu tidak tahu sejarah lalu, kamu tiada masa hadapan" ya sejarah itu penting ya. 

Disebalik kejadian The Battle of Penang, terselit juga kisah romantik yang berlaku iaitu semasa Rusia diserang oleh Jerman. Kapten Kapal Kapten Cherkasov tiada di dalam kapal karena beliau berada di Eastern & Oriental Hotel di seberang pelabuhan sahaja untuk berjumpa dengan isteri beliau Baroness Varvara yang dikisahkan muda, cantik dan glamorous. 

Kisah The Battle of Penang ini membuatkan ramai pemuda dari Rusia untuk melawat Malaysia dan merupakan sebuah negara yang cantik dan sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 yang sedang giat di jalankan sekarang.Kejadian ini sebenarnya merupakan titik tolak hubungan baik antara Rusia dan Malaysia yang jarang diperkatakan orang. 



00


Dalam jumlah yang terkorban itu, 12 disemadikan di Pulau Pinang, termasuk 2 di Pulau Jerejak. Setiap tahun, Kedutaan Rusia di Malaysia akan mengadakan majlis penghormatan sempena Peperangan Pulau Pinang sebagai tanda menghargai jasa baik rakyat Malaysia yang pernah satu ketika menyelamatkan kelasi Rusia yang hampir lemas. 

Tidak hairanlah, semakin ramai pelancong dari Rusia datang ke Malaysia terutama semasa cuti musim sejuk. Selepas melawat Pulau Pinang, mereka akan meneruskan percutian ke Pulau Langkawi. Selain destinasi utara Semenanjung Malaysia, pelancong Rusia juga tertarik dengan keindahan di Sabah dan Sarawak.  

p/s: Majlis Penghormatan Ulangtahun ke 100 Battle of Penang akan diadakan esok, jom mari ..
LAYANS
(>_<)

Rusia Melayu e-poster

The Battle of Penang

by on 8:59 AM
The Battle of Penang Berbalik kepada sejarah dahulu yang terjadi The Battle of Penang pada Tahun 1914 juga merupakan sejarah p...
Air Asia Gp 

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 13 Oktober 2014 lalu, Ei berpeluang ke Asian Aviation Center of Excellence di Sepang untuk program AirAsia Caterham Team Meet and Great bersama dengan pelumba-pelumba motor GP yang terkenal iaitu Zulfahmi Khairuddin dari Ongetta-AirAsia team, Johann Zarco dan Ratthapark Wilairot dari AirAsia-Caterham team.

Di sini kami berpeluang untuk menemu ramah bersama dengan pelumba-pelumba motor GP yang terkenal ini. Mereka akan melangsungkan perlumbaan Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix di Litar Sepang mulai harini iaitu 24 Oktober 2014, 25 Oktober 2014 dan hari terakhir pada 26 Oktober 2014 !


Air Asia Gp


Pada masa hari temu ramah, pelumba yang ada ialah Zulfahmi Khairuddin dan Ratthapark Wilairot disertai dengan Johan Stigefelt team manager dan Mr Gary team crew dan Johan Zarco team crew.  Berita gembira semasa sesi Meet & Great, kami berpeluang memenangi 2 paddock passes ke Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix ! dan mahu tahu siapa yang memenangi 2 paddock passes tersebut ?


Air Asia Gp 


Air Asia Gp


Alhamdulillah nak dikatakan rezeki datang dalam pelbagai bentuk, Zulfahmi telah mencabut cabutan bertuah dan ia terkena pada nama Ei sendiri. Alhamdulillah terima kasih AirAsia dan semua, Ei dapat 2 paddock passes untuk ke perlumbaan tersebut selama tiga hari berturut-turut! Thank you !


Air Asia Gp


p/s: Weekend ni nak tengok Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix di Sepang yeay !
LAYANS
(>_<)
e1-634x475 


e2-634x475 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalian masih lagi ingat di beberapa entry yang lalu tentang Miss Elegent XES ? Kali ini, XES mengembangkan sayapnya lagi ke Quill City Mall yang merupakan sebuah mall baru sahaja dibuka dan terletak di tengah-tengah kesibukkan kota iaitu di Kuala Lumpur. Bagus strategi mereka kali ini karena untuk menarik lebih ramai lagi pembeli dan tidak perlu ke satu cawangan sahaja.

Pembukaan baru XES premium boutique store pada 16 Oktober 2014 lalu di Quill City Mall yang luas dan menawarkan trend-trend yang terkini dengan harga yang berpatutan dan membuatkan pengalaman membeli belah yang luar biasa untuk semua. XES di Quill City Mall mempamerkan konsep Vintage Style disertakan dengan sentuhan Soft Modern oleh Shellys Marketing.


e9-634x475


e13-634x475 


e15-634x475 


e14-634x475


Miss XES Elegant yang baru sahaja menjadi Duta untuk produk XES Mico Pun bersama Managing Director of Shellys Marketing berkata ia merupakan usaha yang berterusan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan bersama XES dengan produk-produk yang berkualiti, persekitaran yang menyeronokkan dan kepuasan pelanggan dapat daripada service yang diberikan.

XES bagi Ei adalah fashionable dan exclusive bagi cara tersendiri, bukan sahaja value for money tapi juga produknya yang berkualiti. Terima Kasih kepada XES dan Shellys Marketing beri peluang sekali lagi untuk memilih pilihan kasut untuk Ei. Terbaik ! Kasut casual yang Ei pilih sangat selesa dipakai dan sesuai untuk dipakai untuk melakukan aktiviti harian.

Bagi sesiapa yang sangat meminati kasut, handbag dan lain-lain, boleh lah terjah di cawangan kedai terbaru XES di Quill City Mall yang terletak di Kuala Lumpur. Ianya dibuka dari 10:00am sehingga 10:00pm.


e6-475x634


IMG_4662 


IMG_4656


IMG_4404

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru-baru ini Ei berpeluang lagi untuk ke Food Review di Kontiki Restoran yang terletak di Bukit Bintang. Kontiki merupakan sebuah restoran baru dibuka di The Federal Hotel Kuala Lumpur dengan konsep moden kontemporari yang menawarkan buffet yang banyak pilihan di sertai pengalaman bersantap "open kitchen"yang disediakan oleh chef di hadapan mata anda

Suasana bersantap yang sangat selesa ditambah dengan konsep Kontiki Restoran yang betul-betul berada di sebelah tepi kolam mandi. Sambil makan sambil cuci mata di tepi kolam, tak gitu ? Okay baiklah, ianya sangat sesuai sesiapa yang ingin lari dari kesibukan kota dan bersantap makan malam di Kontiki Restoran.


IMG_4365 


IMG_4364


Kontiki Restoran menawarkan jika anda mahu makan di luar mahupun di dalam restoran itu sendiri dan sertai dengan makanan-makanan yang bakal menarik perhatian anda seperti contoh makanan seafood yang sangat fresh dihidangkan seperti contoh tiram, udang, ketam dan sebagainya. Anda mahu makan begitu sahaja ataupun yang berlauk pun ada. 

Ei pertama kali mencuba makanan laut yang disediakan seperti merasa sendiri makan tiram walaupun sebelum ini tidak pernah mencubanya kerana ia makanan dari lain dari yang lain. Sesiapa yang minat makanan seafood, Ei sangat menggalak anda mencubanya sendiri. Selain dari makan seafood, terdapat juga flaming bbq dan mempunyai stesen BBQnya sendiri. 


IMG_4423 


1 


2 


3 


4 


5


Kontiki Restoran ini juga mempunyai pelbagai pilihan campuran unik masakan Asia dan Continental disertakan dengan bersama hidangan masakan tradisional dengan hidangan utama ialah itik ataupun daging itik panggang seperti Peking Duck, Pee Pa Duck dan pelbagai lagi hidangan itik bbq ala-ala dari Hong Kong. 

Terdapat juga menu ala carte seperti Nyonya Laksa, Asam Laksa, Mee Udang dan yang sering kali diperkatakan ialan Nasi Ayam Hainan disertakan Pasta, pizza dan sandwiches. Selain dari pembuka selera, sup dan pencuci mulut juga menu baru di Kontiki Restoran seperti Ika Rimurimu (fillet ikan kakap rebus dengan sos rumpai laut dihidangkan dengan kentang puding).


6 


7 


8 


9 


10 


11 


12 


13


Sup lain seperti Mitikau Stew (kiub daging lembu rebus dengan sayur-sayuran akar bersama kentang panggang. Reme Tapatapahia ( daging kambing panggang dengan sos epal pudina) dan Kaimoana Platter ( makanan laut goreng dengan buat salsa). Wahh, Kontiki Restoran memang menyediakan pelbagai hidangan yang banyak dan tak rasa bosan dalam memilih makanan.

Kata Mr Simon Leong, GM The Federal Hotel " Kami berasa sangat teruja dan sangat bangga untuk menawarkan kepada pengunjung kami ke Kontiki Restoran dengan pelbagai hidangan dari pembuka selera sehingga ke pencuci mulut disertakan dengan penyambut tetamu, pelayan dan chef yang sangat berpengalaman.


IMG_4468 


IMG_4465


Tidak lupa juga kami mencuba Teh Tarik khas dari Kontiki Restoran yang sangat sedap. Katanya Teh Tarik Restoran Kontiki ini pernah diminati dan dihidangkan kepada seorang artis iaitu Fauziah Latif. Wahh terbaiklah, terima kasih kepada blogger, Kontiki Restoran dan The Federal Kuala Lumpur karena menjemput Ei.



IMG_4470


LAYANS
(>_<)
IMG_3922 


1000px-pullman-putrajaya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Setiap hari minggu bekerja yang sangat sibuk, apa kata anda bawa keluarga atau rakan-rakan ke Pullman Putrajaya Lakeside untuk merasa daging segar ataupun "Carvery" di B's Restoran. Pullman Putrajaya Lakeside merupakan Hotel Pertama yang digelar Malaysian Icon Hotel karena ia menggambarkan seni bina dari kaum Melayu, Cina, India dan Borneo. Ianya satu seni bina yang sangat unik.

Selain daripada anda menikmati makanan di B's Restoran, kalian boleh lihat sendiri seni bina Hotel Pullman Putrajaya Lakeside yang sangat unik dan menarik. Nikmati juga makan malam bufet pada hujung minggu anda kerana B's Restoran menawarkan daging segar, daging lembu panggang, kambing, ayam dan makanan laut dengan pelbagai sos.


IMG_3945 


IMG_3946 


IMG_3941 


IMG_3939


Kepakaran dalam carvery ini diilhamkan dan dihimpunkan menjadi sesuatu yang lebih baik dan menarik untuk pengunjung-pengunjung yang datang ke B' Restoran Pullman Putrajaya Lakeside ini. Weekend Carvery Dinner ini biasanya diadakan pada hujung minggu sahaja dengan tawaran pelbagai jenis daging panggang.

Ianya biasa disertai dengan pilihan kentang, sayur-sayuran dengan kuah dan sos yang sangat sedap. Ku merasainya sendiri dengan makanan Seafood yang dibuat segar di hadapan mata anda, anda hanya perlu meminta apa makanan yang di mahu dan mereka akan dihidangkan. Anda tidak perlu memanggang sendiri daging ataupun rebus makanan seafood .


IMG_3926 


IMG_3924


Selain daripada hidangan Carvery, tidak sempurna jika tiada sebarang manisan ataupun pencuci mulut selepas anda menikmati hidangan daging panggang ataupun seafood. Terdapat pelbagai jenis pencuci mulut mengikut selera masing-masing dan semestinya ia sangat digemari oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.



IMG_3928 


IMG_3930 


IMG_3931 


IMG_3952 


IMG_3943


B's Restoran di Pullman Putrajaya Lakeside ialah sebuah restoran yang all day dining outlet dengan suasana bergaya dan selesa untuk pengunjung sambil menikmati pemandangan Tasik di Putrajaya. Restoran B's ini adalah di ibaratkan sebagai sebuah teater tempat memasak yang unik serta dengan campuran makanan dan seni untuk mewujudkan budaya yang harmoni.

Hidangan-hidangan ini adalah disediakan sendiri oleh Executive Chef yang sangat pakar bersama dengan team chef-chef. Weekend Carvery Dinner ini hanya ada pada hujung minggu sahaja pada hari Sabtu dan Ahad, 7:00 pm - 10:30 pm dan akan diserved sehingga 31 Oktober 2014 ini dengan harga RM75.00nett per person.


IMG_3932 


IMG_3934


B's Restoran ini terletak di Level 1, Bunga Tanjong Wing di Pullman Putrajaya Lakeside.

LAYAN
(>_<)