Followers

C88E0217


C88E0062 


C88E0110 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Yeah Alhamdulillah dapat invatation dari Genting untuk Peter Marvey Magician Without Limits akan bermula pada 28th May 2014 ini di Genting International Showroom, Resorts World Genting. Pada 22 May 2014 lalu ku berkesempatan ke upacara pembukaan Peter Marvey di Bukit Bintang Entrance, The Pavilion Kuala Lumpur untuk mempromosikan lagi Peter Marvey Magician Without Limits. 

Walaupun hujan membasahi bumi, ia tidak mematahkan semangat ku dan rakan media blogger yang lain untuk hadir menyaksikan upacara pembukaan Peter Marvey ini. Kehadiran Peter Marvey disambut dengan sekumpulan 'beautiful angels'. Ini bertambah menarik bagi mereka mereka yang lalu lalang di hadapan Nyonya Cup Pavilion untuk menyaksikannya. 

Turut memeriahkan upacara pembukaan ialah local selebriti seperti Hannah Tan, JJ dari Red FM, dan Cheryl Lee dari 988FM. Mereka menjadi bahan pertunjukkan singkat Peter Marvey ini. Dapat terbang tu ! wow ! Magician is without limits. Dalam pada masa itu juga mereka diserahkan lebih 1300 complimentary tickets untuk special preview pada 27 May lalu.


C88E0427


C88E0453


C88E0503 


C88E0603


Senang sangat nak dapat complimentary tiket itu hanya bergambar di Peter Marvey booth dan upload di FB. Kata Mr Kevin Tann, Assistant Vice President of Promotions & Entertainment "Resort World Genting sangat dikenal dengan persembahan yang luar biasa dan Peter Marvey  Magician Without Limits ini adalah salah satu daripadanya. 

Persembahan Peter Marvey Magician Without Limit ini akan berlangsung dari 28 May 2014 sehingga 24 November 2014 di Genting International Showroom Resort World Genting. Harga tiket untuk VIP, PS1 dan PS2 dari harga RM118, RM88 dan RM48. Kanak kanak hanya RM68, RM48 dan RM28.

Mari beramai-ramai ke Genting untuk menonton Peter Marvey Magician Without Limits.

LAYANS
(>_<)
DSC_6312

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah selepas entry di Casuarina @Meru. Kali ini entry ku ke Kellie's Castle menyertai Paranormal Night Tour dalam minggu yang sama ku ke Casuarina @Meru. Yelah, Casuarina @Meru adalah tempat penginapan kami hehe. Bila korang dengan Paranormal Night Tour mesti korang tetiba rasa seram sejuk dan mengigil terketar kan? hehe . Ku rasa begini pada masa itu. 

Pada malam Sabtu pagi Ahad ku bersama dengan Sahabat Media ke Kellie's Castle. Hampir pada pukul 12.30am kami tiba diperkarangan Kellie's Castle. Turut menyertai Paranormal Night Tour ini GM Casuarina @Meru Mr Malizan. Kami berkumpul di dalam teater room untuk diberikan penerangan oleh Abg Zamn. Okeh ! dengar penerangan pun dah seram haha !


DSC_6308


Apa yang ku google, Kellie's Castle ini ada termasuk dalam senarai TOP 5 ! Scariest places in Malaysia ! Okeh memang scary betul. Kami diberi pilihan sama ada mahu berjalan mengikut dalam 10 orang dalam kumpulan ataupun Drop 2 orang di tempat2 dalam Kellie's Castle yang telah ditetapkan untuk merasai sendiri kehadiran entiti tersebut. 

Akibat kurang semangat pada malam itu, ku menyertai aktiviti kumpulan dalam 10 orang untuk masuk ke Kellie's Castle hehe. Pengalaman masuk ke dalam Kellie's Castle tepat jam lebih kurang 1 ke 2 pagi. Kami bergerak hampir ke serata dalam Kellie's Castle tapi tak dapat merasa naik ketingkat 2 Castle tersebut. Mungkin kerana tidak cukup masa barangkali.


DSC_6324


DSC_6325


DSC_6333


DSC_6335 


DSC_6336


Tapi bagi pengunjung yang berminat untuk DROP berdua dalam Kellie's Castle akan ditinggalkan dikawasan yang tertentu dan pastinya nampak entiti tersebut. Perghhh seram bulu roma satu badan hehe. Tapi Alhamdulillah tiada apa yang berlaku selepas malam itu. Banyak juga sejarah tentang Kellie's Castle ini. Korang boleh baca dengan jelas dari gambar yang ku upload ini. 

Tapi ikutkan hati, mahu saja ku mengalami dan merasai pengalaman bersama William Kellie Smith dalam pembinaan Kellie's Castle ini. Mengetahui rahsia yang selama ini terkubur di dalam Kellie's Castle. Tapi apa kan daya kita hanya manusia biasa. Hanya Allah SWT tahu segalanya. Okay baiklah, Paranormal Night Tour ini akan dibuka untuk Jumaat pertama dan keempat dan hari Sabtu sahaja.

Harga tiket hanya RM 80 seorang dan mengambil masa lebih kurang 30 ke 45 minit. Hanya berumur 17 tahun ke atas sahaja dan baik kesihatannya. Terima Kasih hehe

LAYANS
(>_<)
hotel-1

 Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera

Alhamdulillah dapat jemputan Sahabat Media dan kali ini ke Perak tempat kelahiran ku pada weekend yang lalu. Pagi sabtu yg nyaman ku bergerak ke Matic Jalan Ampang KL untuk gather reramai sebelum bergerak ke Perak. Mengambil masa lebih 3 jam juga untuk ke Ipoh dari KL.

Selamat tiba di Casuarina @ Meru Perak. Casuarina @ Meru betul2x terletak di tepi highway PLUS tol Jelapang dan senang untuk kalian mencari. Ku pun dulu tak perasan Hotel ini masa balik kampung dulu. Rupanya Hotel ini baru di buka di penghujung Tahun 2013. Bolehlah singgah kalau time raya tu jammed di highway boleh berehat disini hehe. 


DSC_6215 


DSC_6204


Kami disajikan hidangan buffet yang sungguh lazat oleh pihak Hotel Casuarina @ Meru dan sememangnya kami tengah lapar hehe. Selepas disajikan makanan tengah hari, kami terus check in, kami menginap di deluxe room yang sangat selesa, luas dan modern ini.  Seterusnya berlangsung Press Conference by Casuarina @Meru management di Executive lounge.

Press Conference disampaikan oleh Mr Malizan Hj Zakaria General Manager Hotel Casuarina @Meru. Terdapat 150 guestroom dan suites mengikut kesesuaian anda. Kemudahan terdekat seperti Terminal Bas Amanjaya dan Wholesale Hypermarket Meru Jaya. Nak ke Ipoh pun dekat hehe.  Pelbagai promosi yang akan dan sedang dijalankan. 


DSC_6220


DSC_6210


Convention Centre, the Meru Raya Convention Centre merupakan Convention hall yang terbesar di Ipoh Perak yang boleh memuatkan lebih kurang 3000 pax. Oh yeah habis Press Conference, kita ber Hi-Tea dengan exclusive bersama GM Casuarina @Meru . Kami disajikan beberapa Signature Food Casuarina @Meru bersama sama dengan chefnya sekali di Executive club di Level 2. Executive Club ini adalah untuk private launching ataupun gathering.

Disertakan disini beberapa keping gambar yang sempat ku rakamkan. Terima Kasih karena menjemput. Next entry nantikan apa yang menarik lagi di Perak hehe.


DSC_6241 


DSC_6233 


DSC_6252 


DSC_6234 


DSC_6250 


DSC_6248


LAYANS
(>_<)