Followers

Thursday, November 6, 2014

Ultraman Live In Genting 2015

IMG_1043 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Pada 31 Oktober 2014 ku berkesempatan ke Media Launch Ultraman Live In Genting 2015. Superhero Asia yang akan tiba di Resort World Genting bermula 19 February 2015 dan mereka sekarang sedang giat menjalankan Roadshow di Pavilion Kuala Lumpur dari 27hb Oktober 2014 sehingga 9hb November 2014. Korang pun dapatkan tiket nak nonton Ultraman di situ.

Okay baiklah, Media Launch kali ini di adakan pintu masuk Pavilion Shopping Mall yang terletak di Bukit Bintang dimana Ultraman Zero bersama adik beradiknya, Ultraman Tiga dan Ultraman Ginga tiba di pekarangan Pavilion Kuala Lumpur. Kemunculan Trio Heroic ini termasuk dengan pertempuran antara raksasa Dark Baltan dan Ex Zeton untuk mengujakan penonton sekitar Pavilion.



IMG_0809


IMG_0866


IMG_0861


IMG_0992


IMG_1113


IMG_1038


IMG_1121



Pertempuran Live ini diadakan di hadapan Pavilion untuk menunjukkan suasana sebenar yang akan dan bakal diadakan di Genting nanti dan ia dapat menarik minat pengunjung ke Resort World Genting untuk Ultraman Live in Genting 2015.


Turut hadir di Media Launch ini ialah Mr. Yoshinori Kodama dari Kedutaan Jepun di Malaysia serta Mr Kevin Tan Vice President of Promotion & Entertainment of Resort World Genting dan Mr Yoshihide Tanaka - Wakil dari Tsuburaya Production. Ultraman Live di Genting ini mempamerkan Ultraman edisi yang terbaru sekali seperti Ultraman Ginga dan Zero serta Raksasa Kaiju.

Show ini merupakan persembahan yang terbesar pernah Tsuburaya Production hasilkan. Tidak hairanlah Ultraman ini merupakan hero bagi kanak-kanak di seluruh dunia termasuk ku. Ku pun dahulu pernah berangan-angan mahu jadi Ultraman hehe.



IMG_1219


IMG_1313



Apa yang diketengahkan disini, iainya dipenuhi dengan jalan cerita baru dan dipenuhi dengan harapan dan keberanian yang boleh di relate kan dengan kanak-kanak zaman sekarang. Sepanjang roadshow diadakan, korang boleh bergambar mahupun selfie bersama Ultraman pilihan anda di Pavilion Kuala Lumpur. Mereka juga mengadakan break dance performance, screening promo dan kontest.

Ultraman Live in Genting 2015 akan bermula dari 19 February 2015 sehingga 22 March 2015 dan dapatkan tiket-tiket anda sekarang. Harga tiket (VIP) RM88, (PS1) RM68, dan (PS2) RM48. Jika korang ahli Genting Rewards Card members dapat discount sebanyak 30 %.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com atau telefon fi talian 03-27181118.

Comments (4)

On November 6, 2014 at 1:30 PM , akubiomed said... [Reply to comment]

Aksi Ultraman berlawan dengan raksasa memang best. Anak-anak tentu suka.

 
On November 7, 2014 at 8:12 AM , Noriza MiracleVitamins said... [Reply to comment]

Peminat ultraman mesti tak lepaskan peluang ni tahun depan

 
On November 8, 2014 at 11:57 PM , IeYDaz SuJu said... [Reply to comment]

Yeah..tiket dah dpt.. x sabar tuggu nx year.. nk jumpa hero time kanak2 rebina dulu.. huhu

 
On November 16, 2014 at 7:17 PM , Arham Md Ali said... [Reply to comment]

Woah woah woah woah!!!

Saya memang wajib pergi nanti. Childhood dream ni nak tengok Ultraman lawan depan mata.