Pizza Hut's Jam Packed Pizza Blogger Party

Pizza Hut 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada minggu lalu ku berpeluang ke Pizza Hut Maju Junction untuk Pizza Hut's Jam Packed Pizza Blogger Party. Ini kerana pelancaran pizza terbaru keluaran Pizza Hut Malaysia. Piza dua lapisan, keju 3 rasa dan inti berganda adalah ungkapan yang jelas menggambarkan piza terbaru dan menawarkan pelbagai cetusan rasa hebat dalam satu piza. Ku sendiri pernah merasa, terbaik !


Pizza Hut


Piza Jam-packed padat dengan segala rasa yang anda inginkan seperti sos, inti dan juga keju 3 rasa memberikan korang dua kali kenikmatan dalam setiap rasa kegigitan. Piza Jam-packed baharu ini adalah dua lapisan inti disusun bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian. Kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama kepingan peperoni ayam dan sensasi sos pesto, chicken peperoni florets, lada benggala serta hirisan daging ayam lazat.

Piza lapisan bawah yang melengkapi piza lapisan atas dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar lain yang sememangnya menyelerakan. Kehebatan piza ini terletak pada kepadatannya dengan pelbagai rasa yang pastinya menawan setiap rasa. Hmm begitulah rasa piza terbaru Jam-packed pizza yang ku rasa memang sangat terliur.


Pizza Hut


Pizza Hut


Pizza Hut


Pizza Hut


Disamping merasa piza jam packed piza yang terbaru, kami juga dapat merasa beberapa menu yang disediakan oleh Pizza Hut dari pembuka selera sehingga pencuci mulut. Sangat sedap dan menyelerakan. Selain itu, kami juga menyertai beberapa aktiviti yang menyeronokkan dan dapat memenangi beberapa hadiah sampingan yang akan dibawa balik hehe.

Seperti berselfie yang paling kreatif bersama Pizza Jam-Packed, tweet yang paling kreatif dan beberapa trivia questions yang lain. Alhamdulillah ku dapat menang pendrive untuk tweet yang kreatif hehe. Piza Jam-packed ini boleh didapati secara makan di restoran, bawa pulang atau khidmat penghantaran. Dengan tambahan hanya RM6.00, anda boleh menikmati piza Jam-packed ini melalui kombo Huts Delight Meal, Big Double Box dan Big Variety Box.

Terima kepada Pizza Hut karena memberi peluang ku merasa Pizza Jam-Packed ini dan tak lupa juga blogger Izzati dan Khai Artzfar karena menjemput.


Pizza Hut


LAYANS
(>_<)

8 comments:

Mek Onie said...

stress saya awak tgk gambar awak ni :(

luqman zakaria said...

Wah...sodap2..

Eka Tikah said...

bestnye hang dgn ramai blogger. hehe. terliur kejap tgk gambar makanan tu :P

Arry Rennwood said...

kenyang mata jer tgok benda alah nie..happy TUMMY..hahahaha

akubiomed said...

Oh, ada menu baru yang diperkenalkan oleh Pizza Hut.

QUEENPINK said...

Jumaat lepas,queenpink baru lepas makan pizza :)

Miera Nadhirah Tan said...

Cam bestnyer..... I like.....

Lea IsNawi said...

wah keju 3 rasa. kena cuba ni