Followers

Untitled 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Bercerita tentang Nostalgic ataupun Nostalgia, ianya mengimbau kembali kenangan-kenangan lalu yang pernah kita lalui sama ada kenangan manis mahupun pahit. Terutamanya kenangan ketika kita masih kanak-kanak sekolah rendah mahupunn tadika. Terima Kasih juga kepada P1 Social menganjurkan Pertandingan sebegini yang dapat mengimbau kembali permainan yang ku pernah main sewaktu kecil.

Sebaik sahaja ku mendaftarkan diri untuk menyertai P1 Nostalgic Nation ini, ku terus teruja dengan tugasan pertama yang diberikan. Tugas pertama yang diberikan ialah #FoldABoat ! haaa korang tahu kan Fold A Boat tu macam mana. Ambil kertas A4 takpun masa dulu, ku senyap-senyap koyak buku latihan nak buat Bot kertas hehe.

#FoldABoat


Untitled


Buat bot kertas dengan hasil lipatan ikut kreativiti masing-masing dan asalkan ia boleh terapung pun dah bagus. Idea ini datang dan ku ingin ucapkan terima kasih kepada Khai Artzfar kerana meminjamkan lokasi penggambaran untuk membuat Fold A Boat ini di Kolam Renang Kondominium beliau. Almaklumlah rumah sendiri takde kolam renang hihi.




#FoldABoat

Idea datang secara sponton merakamkan setiap detik kapal kertas tersebut dengan berlatarkan suasana matahari terbenam. Tapi banyak juga shot yang diambil supaya ia benar-benar menjadi hehe. Bila dirakam, tak tenggelam juga, hmm bagus juga rekaan kapal kertas ku ni. Inilah pengalaman semasa hendak membuat #FoldABoat ini.

Tugasan yang kedua telah pun dapat, tapi bukan rezeki ku lagi untuk memenangi hadiah mingguan. Tugasan kedua ialah #FoldAPlane. Ini memang tak perlu cakap lebih lah kan? Sewaktu zaman kegemilangan kanak-kanak dahulu, tiap petang aje mesti ke padang permainan dan bawa kertas lebih sebab nak buat kapal terbang kertas.

#FoldAPlane


Untitled


Ianya sangat menyeronokkan apabila kapal terbang yang dibuat itu dapat terbang dengan lebih tinggi dan lama berada di atas udara. Idea untuk membuat #FoldAPlane ini mengambil masa juga Almaklumlah dah berada di peringkat dewasa kini, tapi ia datang apabila lepas pulang dari kerja. Ku menyuruh adik bongsu ku untuk menjadi 'pelakon extra' dalam video kali ini hehe.




#FoldAPlane

Lokasi membuat penggambaran hanya di belakang rumah ku sendiri yang berlatar belakangkan awan biru dan bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Permulaan agak mencabar kerana mencari shot video yang cantik untuk menampakkan kapal kertas itu terbang dengan sempurna. Tapi berkat kesabaran dapat juga beberapa shot FoldAPlane ini.

Tugasan yang terakhir ialah #MakeAFall. Walaupun ada sedikit kelewatan akibat kerja di pejabat banyak. Ku tidak ketinggalan untuk membuat juga video #MakeAFall dengan gigihnya kerana inilah salah satu peluang untuk merasa kembali pengalaman yang ku pernah merasa ketika di zaman kanak-kanak. Dahulu di kelas pendidikan seni cikgu ada ajar buat payung terjun.

#MakeAFall


IMG_5415


Dan didalamnya berisi telur, kalau percubaan pertama diterbangkan dengan payung terjun dan telur itu pecah. Maka anda tidak berjaya lah tu, tapi jika percubaan pertama tidak pecah ? Anda sangat hebat dalam menerbangkan telur tersebut hehe. Rasanya ia ada teknik telur itu terbang dengan sempurna kan ? hehe.




#MakeAFall


Selain permainan payung terjun, ada juga disekolah menjual mainan Payung Terjun dan dalamnya seorang patung askar sedang turun dari payung terjun tersebut. Memang sangat menjadi dan menggamit memorilah ketika itu sebab dapat terbangkan payung terjun tersebut dengan sempurna. Dalam pembikinan video #MakeAFall kali ini pula.

Cabaran yang dihadapi ketika unutk membuat Make A Fall ini ialah dari segi rintangan angin dan bangunan. Hah pun boleh hehe. Tapi Syukur, percubaan kali kedua, payung terjun P1 berjaya jatuh dengan sempurna hehe.

Okay ini sahaja serba sedikit cabaran yang dihadapi dan sebenarnya mengimbau kembali kepada zaman kanak-kanak yang kita semua pernah lalui suatu ketika dahulu. Terima kepada P1 kerana memberi peluang untuk sertai game sebegini. 

LAYANS
#P1Connect
#P1NostalgicNation
#FoldABoat
#FoldAPlane
#MakeAFall

Comments (3)

On November 7, 2014 at 8:11 AM , Noriza MiracleVitamins said... [Reply to comment]

Memori betul buat jet dengan kertas ni, mainan masa kecik2 dolu

 
On November 7, 2014 at 2:09 PM , akubiomed said... [Reply to comment]

Memang nipis buku tulis sekolah dijadikan kapal terbang dan kapal. :)

 
On November 9, 2014 at 7:31 AM , Miera Nadhirah Tan said... [Reply to comment]

Cutenyer....