Followers

Wednesday, November 12, 2014

Buffet Steamboat di PICC Putrajaya

IMG_3497 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Pada bulan lalu ku berpeluang ke Pusat Konvensyen Antarabang Putrajaya ataupun dikenali dengan nama PICC untuk mereka memperkenalkan menu makan malam baru iaitu bufet stimbot. Pengenalan menu baru ini adalah bertujuan untuk merangsang minat orang ramai datang dan makan di PICC terutamanya keluarga dan pelancong berkumpulan untuk makan malam.

Pihak PICC berkata, promosi ini telah bermula sejak Ogos 2014 dengan harga RM35.00 seorang untuk dewasa dan RM18.00 seorang untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak di bawah 5 tahun, kemasukkan adalah percuma dan bufet ini akan bermula pada jam 6 petang hingga 10.30malam dan dibuka pada setiap hari Isnin hingga Sabtu.

Sempena pelancaran menu bufet stimbot PICC, pengunjung akan dapat menikmati bufet ini pada kadar diskaun sebanyak 20%. Ini bermaksud bagi dewasa adalah RM28.00 dan RM 14 untuk kanak-kanak. Promosi bermula dari sekarang sehingga hujung tahun ini iaitu 31 Disember 2014. Wow! bagi ku ianya harga yang sangat berpatutan untuk menu Stimbot ini.


IMG_3479


IMG_3480


IMG_3481


IMG_3483


IMG_3494


IMG_3485 


IMG_3484


IMG_3488 


IMG_3495


Hidangan bufet ini menawarkan pelbagai makanan laut segar, daging ayam, ladu dan sayur-sayuran dengan pelbagai sos buatan sendiri dan perasa untuk melengkapkan hidangan, Pengunjung boleh menikmati stimbot dengan beberapa pilihan mi seperti kuey teow, mi kuning dan bihun. Korang boleh memilih sup ayam dan halia atau tomyam untuk hidangan stimbot.

Terdapat juga stesen pasta yang merangkumi spagethi, penne dan fetuchini dengan pilihan sos Bolognese, Carbonara dan Napolitano. Pelbagai juadah pencuci mulut juga boleh didapati dengan potongan buah-buahan, kek, ais kacang dan bubur. Menu ala carte juga tersedia bagu pengunjung yang berselera kecil seperti masakan Melayu, Barat dan hidangan menu Fusion.

Bagi ku, dengan harga yang ditawarkan serta makanan stimbot yang disediakan adalah amat berbaloi bagi sesiapa yang mahu bawa keluarga datang ke PICC untuk Menu Bufet Stimbot makan malam. Cafe di PICC kini dibuka kepada orang ramai untuk bersarapan pagi hingga makan malam dan kafe ini boleh memuatkan sehingga 800 pengunjung.

Cafe di PICC juga merancang untuk menambah 'Teh Tarik Corner' sebagai daripada jamuan hidangan minum petang dengan pelbagai sajian makanan ringan tempatan dan mempunyai persembahan tradisional dan kebudayaan di PICC tidak lama lagi. Ianya menjadikan PICC sebagai satu kawasan 'Melting pot' untuk pelancong domestik dan antarabangsa di Putrajaya.



IMG_3509


IMG_3511


Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.picc.com.my dan untuk tempahan pula boleh hubungi di talian 03-88876162.