Bangsawan SINBAD Dendam Ratu Kala

Sinbad


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Teater kali ini yang ku sertai ialah Teater Bangsawan SINBAD Dendam Ratu Kala yang dibawakan oleh Grand Opera JKKN. Persembahan Teater ini telah dimulakan ataupun dipersembahkan dari hari Jumaat lau 7 November 2014 dan akan terus berlangsung sehingga 9 November 2014 di Auditorium DBKL. Hihi

Sedikit sebanyak sinopsis Sinbad Dendam Ratu Kala, mengisarkan dedam Ratu Kala ke atas kematian anaknya Ratu Sheba dan mengambil  Puteri Jasmin sebagai tebusannya. Dari situ permulaan pengembaraan Sinbad bersama-sama dengan ahli-ahli Istana, dayang-dayang dan 3 orang syaitan untuk menyelamatkan Puteri Jasmin.


Sinbad 


Sinbad 


Sinbad 


Sinbad


Yang menjadi tumpuan ialah watak 3 orang syaitan iaitu Kramba, Mumbra dan Yaman yang begitu terkesan dan mencuit hati. Tidak lupa juga pelakon utama ialah Fairuz Selamat sebagai Sinbad, Nor Azreen Nizar sebagai Puteri Jasmin dan Milyana Arshad sebagai Ratu Kala. Diselitkan juga beberapa selingan yang sangat menarik dan sangat terbaik.

Selingan berikut Seperti nyanyian, tarian, persembahan dan lain-lain untuk setiap pertukaran babak-babak didalam Sinbad ini. Terima kasih juga buat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN dengan kerjasama DBKL. Tak lupa juga Miss Paris dan Destination Malaysia karena memberi peluang ku untuk menonton Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala.

Keseluruhan ku sangat berpuas hati dan berasa bangga dapat sertai dan menonton Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala dan berharap kegiatan atau aktiviti seperti ini diadakan lagi dan meningkatkan prestasi Seni Persembahan bagi kepada yang meminati seni. 


Sinbad