XES Di Quill City Mall

e1-634x475 


e2-634x475 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalian masih lagi ingat di beberapa entry yang lalu tentang Miss Elegent XES ? Kali ini, XES mengembangkan sayapnya lagi ke Quill City Mall yang merupakan sebuah mall baru sahaja dibuka dan terletak di tengah-tengah kesibukkan kota iaitu di Kuala Lumpur. Bagus strategi mereka kali ini karena untuk menarik lebih ramai lagi pembeli dan tidak perlu ke satu cawangan sahaja.

Pembukaan baru XES premium boutique store pada 16 Oktober 2014 lalu di Quill City Mall yang luas dan menawarkan trend-trend yang terkini dengan harga yang berpatutan dan membuatkan pengalaman membeli belah yang luar biasa untuk semua. XES di Quill City Mall mempamerkan konsep Vintage Style disertakan dengan sentuhan Soft Modern oleh Shellys Marketing.


e9-634x475


e13-634x475 


e15-634x475 


e14-634x475


Miss XES Elegant yang baru sahaja menjadi Duta untuk produk XES Mico Pun bersama Managing Director of Shellys Marketing berkata ia merupakan usaha yang berterusan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan bersama XES dengan produk-produk yang berkualiti, persekitaran yang menyeronokkan dan kepuasan pelanggan dapat daripada service yang diberikan.

XES bagi Ei adalah fashionable dan exclusive bagi cara tersendiri, bukan sahaja value for money tapi juga produknya yang berkualiti. Terima Kasih kepada XES dan Shellys Marketing beri peluang sekali lagi untuk memilih pilihan kasut untuk Ei. Terbaik ! Kasut casual yang Ei pilih sangat selesa dipakai dan sesuai untuk dipakai untuk melakukan aktiviti harian.

Bagi sesiapa yang sangat meminati kasut, handbag dan lain-lain, boleh lah terjah di cawangan kedai terbaru XES di Quill City Mall yang terletak di Kuala Lumpur. Ianya dibuka dari 10:00am sehingga 10:00pm.


e6-475x634


IMG_4662 


IMG_4656


1 comment:

luqman zakaria said...

akunya opis area2 tuh jer kot..tp lum sempat nak pergi lagi..sobss..haha