Weekend Carvery Dinner di Pullman Putrajaya

IMG_3922 


1000px-pullman-putrajaya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Setiap hari minggu bekerja yang sangat sibuk, apa kata anda bawa keluarga atau rakan-rakan ke Pullman Putrajaya Lakeside untuk merasa daging segar ataupun "Carvery" di B's Restoran. Pullman Putrajaya Lakeside merupakan Hotel Pertama yang digelar Malaysian Icon Hotel karena ia menggambarkan seni bina dari kaum Melayu, Cina, India dan Borneo. Ianya satu seni bina yang sangat unik.

Selain daripada anda menikmati makanan di B's Restoran, kalian boleh lihat sendiri seni bina Hotel Pullman Putrajaya Lakeside yang sangat unik dan menarik. Nikmati juga makan malam bufet pada hujung minggu anda kerana B's Restoran menawarkan daging segar, daging lembu panggang, kambing, ayam dan makanan laut dengan pelbagai sos.


IMG_3945 


IMG_3946 


IMG_3941 


IMG_3939


Kepakaran dalam carvery ini diilhamkan dan dihimpunkan menjadi sesuatu yang lebih baik dan menarik untuk pengunjung-pengunjung yang datang ke B' Restoran Pullman Putrajaya Lakeside ini. Weekend Carvery Dinner ini biasanya diadakan pada hujung minggu sahaja dengan tawaran pelbagai jenis daging panggang.

Ianya biasa disertai dengan pilihan kentang, sayur-sayuran dengan kuah dan sos yang sangat sedap. Ku merasainya sendiri dengan makanan Seafood yang dibuat segar di hadapan mata anda, anda hanya perlu meminta apa makanan yang di mahu dan mereka akan dihidangkan. Anda tidak perlu memanggang sendiri daging ataupun rebus makanan seafood .


IMG_3926 


IMG_3924


Selain daripada hidangan Carvery, tidak sempurna jika tiada sebarang manisan ataupun pencuci mulut selepas anda menikmati hidangan daging panggang ataupun seafood. Terdapat pelbagai jenis pencuci mulut mengikut selera masing-masing dan semestinya ia sangat digemari oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.



IMG_3928 


IMG_3930 


IMG_3931 


IMG_3952 


IMG_3943


B's Restoran di Pullman Putrajaya Lakeside ialah sebuah restoran yang all day dining outlet dengan suasana bergaya dan selesa untuk pengunjung sambil menikmati pemandangan Tasik di Putrajaya. Restoran B's ini adalah di ibaratkan sebagai sebuah teater tempat memasak yang unik serta dengan campuran makanan dan seni untuk mewujudkan budaya yang harmoni.

Hidangan-hidangan ini adalah disediakan sendiri oleh Executive Chef yang sangat pakar bersama dengan team chef-chef. Weekend Carvery Dinner ini hanya ada pada hujung minggu sahaja pada hari Sabtu dan Ahad, 7:00 pm - 10:30 pm dan akan diserved sehingga 31 Oktober 2014 ini dengan harga RM75.00nett per person.


IMG_3932 


IMG_3934


B's Restoran ini terletak di Level 1, Bunga Tanjong Wing di Pullman Putrajaya Lakeside.

LAYAN
(>_<)

3 comments:

akubiomed said...

Hiasan dalaman hotel ini memang nampak menarik.

Miera Nadhirah Tan said...

Cantik tempat nye.... dan nampak sedap benar...

Sizzling Suzai said...

tq for d deatils...tgh plan nk g huhu