Followers

Friday, October 31, 2014

Peraduan LUX Fabulous

Print

Assamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Minggu lalu ku berkesempatan ke majlis pelancaran bersama Duta Lux Nur Fazura untuk Peraduan Lux Fabulous Menawarkan Perodua Myvi dan Vespa dengan hanya memilih gaun mempesona Duta Jenama Lux Nur Fazura mengikut turutan dengan Tepat dan Menang.Pada majlis pelancaran bersama duta jenama Lux, Nur Fazura, Lux memperkenalkan peraduannya, Lux Fabulous yang berlangsung mulai 1 Oktober sehingga 30 November 2014.

Langkahnya mudah sahaja. Peserta hanya perlu memilih dan menyusun gaun Fazura yang begitu cantik dan mempesona mengikut turutan berdasarkan apa yang dirasakan paling popular. Penyertaan yang sepadan dengan turutan paling tepat berserta catatan mengenai detik haruman yang paling hebat akan berpeluang untuk memenangi Perodua Myvi.


01


Berucap pada majlis pelancaran, Siti Suhaila Abd Hamid, Pengurus Jenama, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. berkata, “Kami mahu setiap orang menikmati pengalaman mandian yang hebat dan indah menerusi rangkaian Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif, yang diadun dengan nota haruman bunga-bungaan yang indah dan SilkEssence™ yang melembutkan.

 Di samping itu, kami juga mahu menggalakkan para pengguna kami untuk mencuba rangkaian sabun klasik dan mandian badan yang diperbaharui menerusi peraduan ini. Mereka boleh memilih sama ada untuk menyertainya menerusi halaman Lux Facebook kami atau menggunakan borang penyertaan yang boleh didapati di kedai terpilih berhampiran.”

 Apabila semua keputusan sudah diperoleh dan dikira, para peserta dengan padanan paling hampir kepada keputusan keseluruhan dan mempunyai jawapan paling unik dan kreatif tentang detik haruman yang paling hebat akan memenangi hadiah utama iaitu sebuah Perodua Myvi yang baru!

Pemenang hadiah pertama pula akan memenangi salah sebuah daripada lima Vespa, manakala tempat kedua berpeluang untuk menonton tayangan filem ‘Manisnya Cinta’ bersama Nur Fazura, yang dijadualkan ditayangkan pada 11 Disember 2014. Akhir sekali, 50 pemenang tempat ketiga akan membawa pulang bekalan produk Lux selama setahun.

Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif telah dilancarkan pada awal tahun ini dan kini boleh didapati di semua rangkaian kedai utama. Lux 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga RM6.00 manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.90. Untuk maklumat lanjut, layari halaman Lux Facebook www.facebook.com/LuxMalaysia.


Untitled


p/s: thank you sis Paris Ashikin invite, dapat jumpa Fazura hehe
LAYANS
(>_<)

Comments (5)

On October 31, 2014 at 9:49 AM , Yan Ty said... [Reply to comment]

Cantiknyalah si Fazura , haih

 
On October 31, 2014 at 10:01 AM , Miera Nadhirah Tan said... [Reply to comment]

Layan.... berpadan pun.... hehehe... ada chance Eazy.... hehehe

 
On October 31, 2014 at 10:01 AM , Miera Nadhirah Tan said... [Reply to comment]

Layan.... berpadan pun.... hehehe... ada chance Eazy.... hehehe

 
On October 31, 2014 at 10:06 PM , akubiomed said... [Reply to comment]

Wow bergambar bersama Fazura.



p/s: Tulisan warna kuning dan merah agk menganggu.

 
On November 5, 2014 at 9:22 AM , Noriza MiracleVitamins said... [Reply to comment]

Siap boleh gambaq dengan Duta lagi tu :)