Followers

Sunday, October 12, 2014

Lunch Media bersama Kedutaan Russia

IMG_4047 


IMG_3988 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada beberapa minggu yang lalu ku berpeluang untuk Lunch Media bersama Kedutaan Rusia di Russian Centre for Science and Culture Jalan Ampang. Terima kasih kepada Miss Paris Ashikin dan Destination Malaysia karena menjemput. Turut serta bersama lunch media ialah Duta Besar Russia di Malaysia Lyudmila G. Vorobyeva. 

Ucapan permulaan dimulakan oleh Duta Besar Russia di Malaysia Lyudmila G. Vorobyeva. Rusia merupakan sebuah Negara yang terbesar di dunia yang mempunya lebih kurang 16 pintu sempadan untuk memasuki negara-negara di sekelilingnya. Kami turut berminat mendengar cerita yang disampaikan oleh Her Excellency Lyudmila G. Vorobyeva.


IMG_3991 


IMG_3992


Dengar kata, cuaca yang paling sejuk pernah dicapai di Russia ialah serendah negatif 60 tapi penduduk di sana masih menjalankan aktiviti rutin harian seperti biasa. Sangat sejuk tu! Ku yang paling sejuk pernah merasa pun serendah negatif 6 di Snow Genting Highland. Macam mana mereka boleh bertahan dengan keadaan cuaca disana. 

Kata Lyudmila G. Vorobyeva, bagi mereka yang bercadang untuk melancong ke Russia perlulah rancang perjalanan korang dan sertai tour guide  supaya mereka boleh tunjuk di mana tempat menarik yang boleh dikunjungi. Selain itu, yang special tentang Negara Russia ini ialah mereka adalah sangat berminat dengan acara sukan. 

Aktiviti yang terbaru yang dilangsungkan adalah Winter Olympic Games di Sochi merupakan kejayaan terbesar mereka, Dunia sedar bahawa Russia mampu menjadi Tuan Rumah Acara Sukan mereka sangat gembira dengan kejayaan yang telah dicapai oleh ahli-ahli sukan Russia itu sendiri. 


IMG_4006 


IMG_3995


IMG_4031 


IMG_4032 


IMG_4033


Disamping  ucapan diberikan oleh Her Excellency Lyudmila G. Vorobyeva, kami diselitkan dengan selingan tarian dari Russia oleh penari-penari Comel. Sebanyak tiga tarian dipertunjukkan dan tarian yang terakhir sekali kami diberi peluang untuk menari tarian Russia dengan tunjuk ajar ringkas oleh penari-penari comel tersebut.

Wah korang excited bukan dengar cerita pasal Negara Russia ini? Akhir sekali kami diberi peluang merasa makanan-makanan Russia yang halal dan popular di buat khas untuk kami yang datang ke Lunch Media with Embassy of Russia. Rata-Rata jarang kita dapat merasa makanan dari Negara lain dan makanan Russian memang lain dari yang lain berbeza makanan yang terdapat di Malaysia. 


IMG_4036 


IMG_4037 


IMG_4038 


IMG_4039 


IMG_4040 


IMG_4041 


IMG_4049


Pada mulanya ku merasa was-was untuk merasa, tapi makanan Russia yang dihidangkan adalah halal dan tak perlu risau serta merupakan menu popular di Negara Russia. Apabila merasa salah satu hidangan makanan Russia, memang terbaik rasanya dan sangat sedap sehinggakan kami tambah beberapa kali hingga licin pinggan lah hehe. 

Antara makanan di hidangkan pada masa itu ialah Blini sSemgoi / Pancake With Salmon, Pirozhki Kuritsei / Puffs with Chicken, Rulet iz Baklazhanov s Gribami/ Eggplant Rools with Mushrooms, MArinovannye Gribiy / Marinated Mushrooms, Koorinie Kotleti s Gribami/ Chicken Rissoles Stuffed with Mushrooms. Semua hidangan hebat-hebat dan sedap belaka.

Hmm semuanya macam berasaskan Cendawan, orang Russia ni suka makan cendawan kot hehe.

IMG_4066 


image1 (2)

Comments (3)

On October 12, 2014 at 8:15 PM , akubiomed said... [Reply to comment]

Beruntung dapat mengenal budaya dari negara Russia.

 
On October 13, 2014 at 11:33 AM , suezen said... [Reply to comment]

terung dgn cendawan tu plg membuka selera katenyerrrr

 
On October 14, 2014 at 7:56 AM , Miera Nadhirah Tan said... [Reply to comment]

Bestnyer.... nak ikut... nak juga rasa budaya orang lain... heheheh