Followers

Monday, October 20, 2014

Kontiki Poolside Restaurant

IMG_4404

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru-baru ini Ei berpeluang lagi untuk ke Food Review di Kontiki Restoran yang terletak di Bukit Bintang. Kontiki merupakan sebuah restoran baru dibuka di The Federal Hotel Kuala Lumpur dengan konsep moden kontemporari yang menawarkan buffet yang banyak pilihan di sertai pengalaman bersantap "open kitchen"yang disediakan oleh chef di hadapan mata anda

Suasana bersantap yang sangat selesa ditambah dengan konsep Kontiki Restoran yang betul-betul berada di sebelah tepi kolam mandi. Sambil makan sambil cuci mata di tepi kolam, tak gitu ? Okay baiklah, ianya sangat sesuai sesiapa yang ingin lari dari kesibukan kota dan bersantap makan malam di Kontiki Restoran.


IMG_4365 


IMG_4364


Kontiki Restoran menawarkan jika anda mahu makan di luar mahupun di dalam restoran itu sendiri dan sertai dengan makanan-makanan yang bakal menarik perhatian anda seperti contoh makanan seafood yang sangat fresh dihidangkan seperti contoh tiram, udang, ketam dan sebagainya. Anda mahu makan begitu sahaja ataupun yang berlauk pun ada. 

Ei pertama kali mencuba makanan laut yang disediakan seperti merasa sendiri makan tiram walaupun sebelum ini tidak pernah mencubanya kerana ia makanan dari lain dari yang lain. Sesiapa yang minat makanan seafood, Ei sangat menggalak anda mencubanya sendiri. Selain dari makan seafood, terdapat juga flaming bbq dan mempunyai stesen BBQnya sendiri. 


IMG_4423 


1 


2 


3 


4 


5


Kontiki Restoran ini juga mempunyai pelbagai pilihan campuran unik masakan Asia dan Continental disertakan dengan bersama hidangan masakan tradisional dengan hidangan utama ialah itik ataupun daging itik panggang seperti Peking Duck, Pee Pa Duck dan pelbagai lagi hidangan itik bbq ala-ala dari Hong Kong. 

Terdapat juga menu ala carte seperti Nyonya Laksa, Asam Laksa, Mee Udang dan yang sering kali diperkatakan ialan Nasi Ayam Hainan disertakan Pasta, pizza dan sandwiches. Selain dari pembuka selera, sup dan pencuci mulut juga menu baru di Kontiki Restoran seperti Ika Rimurimu (fillet ikan kakap rebus dengan sos rumpai laut dihidangkan dengan kentang puding).


6 


7 


8 


9 


10 


11 


12 


13


Sup lain seperti Mitikau Stew (kiub daging lembu rebus dengan sayur-sayuran akar bersama kentang panggang. Reme Tapatapahia ( daging kambing panggang dengan sos epal pudina) dan Kaimoana Platter ( makanan laut goreng dengan buat salsa). Wahh, Kontiki Restoran memang menyediakan pelbagai hidangan yang banyak dan tak rasa bosan dalam memilih makanan.

Kata Mr Simon Leong, GM The Federal Hotel " Kami berasa sangat teruja dan sangat bangga untuk menawarkan kepada pengunjung kami ke Kontiki Restoran dengan pelbagai hidangan dari pembuka selera sehingga ke pencuci mulut disertakan dengan penyambut tetamu, pelayan dan chef yang sangat berpengalaman.


IMG_4468 


IMG_4465


Tidak lupa juga kami mencuba Teh Tarik khas dari Kontiki Restoran yang sangat sedap. Katanya Teh Tarik Restoran Kontiki ini pernah diminati dan dihidangkan kepada seorang artis iaitu Fauziah Latif. Wahh terbaiklah, terima kasih kepada blogger, Kontiki Restoran dan The Federal Kuala Lumpur karena menjemput Ei.



IMG_4470


LAYANS
(>_<)

Comments (3)

On October 21, 2014 at 2:16 AM , Marou Apple Hijau said... [Reply to comment]

Nampak cantik deko.. waho makanan pun nyum nyum

 
On October 21, 2014 at 7:13 AM , Miera Nadhirah Tan said... [Reply to comment]

Nice..... rugi tak pergi... ehekkk... huhuhu

 
On November 26, 2014 at 7:39 PM , Ibnu Solih said... [Reply to comment]

Huhu. Nice design. Agak2 berapa budget kalau ke sini?