Followers

Tuesday, October 7, 2014

Behind The Scenes Tour

Behind the scene 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selepas daripada Ice Age Adventure di entry yang lepas, kami ke aktiviti yang seterusnya iaitu behind the scenes. Behind the scene ini adalah salah satu aktiviti memaparkan bagaimana aktiviti operasi hotel yang dilakukan setiap hari untuk keselesaan korang. Tour ini sudah bermula dari 1 May 2014 lagi sehingga tarikh lain akan diberitahu.



Pengalaman Behind The Scene selama 2 jam 45 minit akan berlangsung hanya dihujung minggu sahaja. First stop kami melawati Galleria showcasing di mana di sini bermulanya Resort yang pertama dibina di Genting Highlands. pameran 30 minit akan membawa anda dari sejarah untuk apa yang baru di tempat peranginan. Antara berita menarik akan perkembangan terkini di resort dan juga yang terbaru dan akan datang iaitu Twentieth Century Fox World.




Behind the scene 


Behind the scene
Genting International Showroom


 Bersedia diri anda dalam perjalanan indah penemuan pengasas tempat peranginan ini. Next stop ialah perjalanan ke Genting Inernational Showroom dimana di sinilah semua persembahan dilakukan  dan korang akan dibawa kepada dibelakang tadbir atau belakang stage untuk mengetahui sesiapa yang bertanggugjawab dan terlibat untuk menjalankan sesuatu persembahan. Haa baru tahu bagaimana mereka dibelakang stage melakukan kerja untuk persembahan.



Behind the scene 


Behind the scene 


Behind the scene 


Behind the scene 


Behind the scene
Laundry Room

Aktiviti yang seterusnya adalah sangat menakjubkan karena kita akan melawati Bilik Laundry yang terbesar di Malaysia dan mempunyai pandangan sendiri dan pengetahuan tentang bagaimana hotel menguruskan semua linen kotor. Peserta juga akan dapat menyaksikan bagaimana pakaian semua diseterika dengan mesin khas. Sesuatu yang amat jarang berlaku, jadi korang jangan lepaskan peluang ini untuk melihat.



Behind the scene 


Behind the scene 


Behind the scene 


Behind the scene


The Behind The Scene Tour diakhiri dengan program yang berinteraktif dan enjoy akan membawa peserta ataupun pelawat 'How to make sushi maki and CUPCAKES ? dalam program terakhir iaitu 'See, Do & Eat. Peserta akan belajar cara-cara untuk membuat simple sushi dan cupcake dari chef yang pakar dalam bidang ini. Satu lagi skill tambahan yang korang boleh belajar dan mencuba membuatnya di rumah.

Haa menarik bukan? dapat melalui sendiri Behind The Scene di Genting yang selama ini korang hanya tahu makan dan tidur aje kan? hehe. Okay baiklah, Untuk menyertai program Behind The Scene ini, pelawat boleh mendaftar di First Worl Theme Park Wristband tagging counter yang terletak di First World Plaza berdekatan Vision City Video Games Park.

Tour ini hanya perlu membayar sebanyak RM20 seorang dan bermula pada pukul 2:15pm. Pre-booking amat dialukan untuk mengelakkan anda tiada tempat untuk program ini dan boleh email di themepark.info@rwgenting.com ataupun membuat panggilan di 03-61011118 ext.55678. Tak lupa jugak korang akan diberi goodies bag. Untuk maklumat lanjut boleh lah layari www.rwgenting.com  

LAYANS
(>_<) 

Comments (6)

On October 7, 2014 at 1:01 PM , Ann Ishak said... [Reply to comment]

nampak menarik program ni :)

 
On October 7, 2014 at 1:14 PM , Rawlins GLAM said... [Reply to comment]

Fine!
#TakHajak
#Sentap2Tahun

Singgah entry saya gak ye. TQ

 
On October 8, 2014 at 1:30 PM , akubiomed said... [Reply to comment]

Untung dapat melihat mereka yang behind the scene.

 
On October 8, 2014 at 6:51 PM , Rosmiza Ali said... [Reply to comment]

Wah! Macam tu rupanya cara pihak hotel uruskan segala linen2 kotor.. Huhu..
Rosmiza Ali Official Blog™

 
On October 8, 2014 at 8:40 PM , zulhilmitempoyak said... [Reply to comment]

ikot rawlin

Fine!
#TakHajak
#Sentap2Tahun

 
On October 9, 2014 at 8:35 AM , Miera Nadhirah Tan said... [Reply to comment]

Nak jugak......