Classique Koir Kebangsaan Malaysia

Classique 

 Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Classique cabar kemampuan Koir Kebangsaan Malaysia ? Yeah malam tadi 20 September 2014 ku bersama-sama rakan blogger yang lain ke Auditorium DBKL Jalan Raja Laut untuk menonton Konsert Koir Kebangsaan Malaysia. Thanks karena menjemput ku ke Konsert ini hehe.  

Classique memaparkan repertoire dan segmen nyanyian lagu-lagu berlandaskan Klasik Melayu seperti lagu-lagu asli Melayu, Inang, Joget, Keroncong serta Zapin dan juga Klasik Barat terdiri daripada lagu-lagu era renaissance hingga ke era romantik sekaligus mencabar kreativiti Koir Kebangsaan Malaysia.

Ku sendiri menonton Konsert Koir tersebut memang ternyata hebat dari segi persembahan dan suara nya begitu berkualiti dan terbaik. Memang tidak akan bosan karena anda akan terpukau dengan lunak suara. Persembahan Klasikal Inggeris VS Klasikal Melayu sangat terbaik. 


Classique


Classique


Classique


Kebanyakkan ahli Koir Kebangsaan Malaysia mereka boleh menyanyi kan suara soprano seperti Syafinaz Selamat yang merupakan jurulatih vokal untuk konsert ini bahkan merupakan Pengarah Persembahan. Classique dianggap satu lagi wadah bagi membuktikan kemampuan KKM setanding dengan kumpulan Koir antarabangsa.

Bagi ku sendiri mereka telah pun setanding denga kumpulan Koir antarabangsa dengan persembahan mereka yang amat menakjubkan. Kalau kalian mahu menonton? Masih sempat lagi untuk menonton malam ini di auditorium DBKL Jalan Raja Laut dengan harga tiket dari RM10 hingga RM30 dan rasainya kehebatannya mereka.


Classique 


Classique
#MemekMukaPenari

www.ticket2u.biz

2 comments:

Ahmad Fauzi Aryaan said...

teruja woii tgk koir ok !!!

fairuz selamat said...

Terima kasih atas reviewnya.
teruskan menyokong usaha jkkn ya