Breakout! Real Escape Game

Breakout

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Breakout! Real escape game, mesti korang pernah dengar Escape game ini, ala permainan macam nak melepaskan diri dalam sesuatu situasi tapi perlu mencari klu-klu yang tersembunyi dan harus menyelesaikan klu tersebut dalam masa yang ditetapkan untuk melayakkan anda berjaya escape dari game tersebut hehe.

Alhamdulillah ku berpeluang menyertai aktviti Escape ini di Breakout Avenuk K Jalan Ampang Kuala Lumpur. Sebelum ini ku pernah juga menyertai game Escape ini di Times Square, memang jalan atau caranya sama sahaja iaitu menyelesaikan teka teki untuk melepaskan diri. Tapi di Breakout, korang lebih memahami jalan cerita dan tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah. 

Tapi jangan risau bagi yang tidak dapat menjawab klu-klu yang diberi, breakout lain dari pada yang lain karena di setiap permainan mereka ada karekter-karekter yang dapat membantu korang untuk melepasi setiap satu klu - klu yang diberikan. Kalau dah menggunakan karekter untuk melepaskan diri, korang dah tak boleh menggunakannya lagi.

Breakout


Buat masa ini, BREAKOUT menyediakan lima tema yang berlainan iaitu The Greatest Murder of Westwood, Mr Oswald’s Greatest Show, Chamber of Hocus, The Infinity, dan Project Fallout. Dengar macam teruja bukan? Anda boleh pilih salah satu tema dan yang pasti ia membuatkan anda berasa teruja dan seronok.

 Permainan yang dicuba ialah Project Fallout, Project Fallout mengisarkan sekumpulan ahli saintis sedar dan mendapati bahawa ingatan mereka telah dipadamkan. Mereka tidak mengetahui identiti diri tetapi disoal oleh pihak misteri berkenanan dengan kehilangan senjata yang amat berbahaya. Pemain dikehendaki menjejaki identiti sendiri dan mencari kebenaran di sebalik kejadian ini.



Breakout 

p/s:Terima Kasih kepada Majalah Asia Horizon karena menjemput serta rakan-rakan yang lain. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.breakout.com.my/
(>_<)
LAYANS

2 comments:

Z@i Z@mR33 said...

klau x slh kt Penang pon ada 1.kwn ckp best sgt

Ka Wai Leo said...

Hi..

Thanks for doing a review and blog about us (Breakout). I would like to express by appreciation to you n behalf of Breakout !

Leo