XES 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 19 September 2014 lalu ku ke XES Shoes Butik di Glenmarie Shah Alam untuk majlis menandatangi bakal duta XES dan sekaligus menjadi jurucakap terbaru untuk XES. Duta XES Shoes yang bertuah itu ialah Miss Global International Malaysia 2014 merupakan salah seorang peserta dan sekarang telah mewaikili XES sebagai Miss XES Elegent 2014/2015 iaitu Mico Pun Chiew Yoek.

Dalam majlis menandatangi tersebut, Pengarah Urusan Mr Simpson Wong turut teruja mengajak Mico untuk menjadi Duta XES dan berharap sepanjang kerjasama yang akan diberikan terus mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Duta terbaru XES akan bermula dari 1 Oktober 2014 sehingga 30 September 2015 dan beliau mendapat kontrak yang bernilai RM16,000!


XES 

Sedikit Biodata Duta XES Shoes 2014/2015:-

• Stage Name: Mico Pun
• Age: 22 years old
• Date of Birth: 1st March 1992
• Place of Birth: Johor Bahru
• Ethnicity: Chinese
• Citizenship: Malaysia
• Special Talent: Belly Dance


XES 


XES


XES 


Dalam menjadi Duta XES beliau juga mendapat kelebihan seperti mendapatkan bekalan bulanan kasut dan beg bernilai RM3, 600.00 nilai produk dari XES dalam tempoh setahun. Beliau juga akan mendapat bayaran dengan RM3, 900.00 untuk kempen pelbagai iklan cetak dan RM1, 000.00 bagi setiap kempen iklan TV dan penampilan yang bertindak bahawa dia bekerja pada dengan XES. Untuk klip video, duta itu akan menerima RM1, 500.00 sepanjang tempoh kontrak.

Setiap penampilan dan fesyen khas persembahan yang dibuat oleh Miss XES Elegant dalam apa-apa peristiwa masa hadapan hendaklah juga menyumbang beliau setiap acara yang dihadiri. Wow! untungkan menjadi Duta, tahniah sekali lagi buat Mico Pun Chiew Yoek. Selepas pelancaran itu, kami diberi kesempatan memilih kasut masing-masing.



XES 


XES 


Semuanya rambang mata untuk memilih kasut yang mana satu menjadi idaman kalbu karena semuanya cantik-cantik belaka. Kejap nak pilih itu, kejap nak pilih yang ini, akhirnya keputusan telah dibuat ku memilih kasut jalan yang unik dan sesuai untukku dan sangat selesa okay. Terima kepada XES dan Pemilihan kasut yang sangat berbaloi.

Okay baiklah sementara itu memilih kasut sempatlah juga kami bergambar bersama almaklumlah kebanyakkan blogger yang datang ke event ini ku kenal dan boleh dikatakan mini reunion untuk kami bak kata KITEPUNYE hehe. Almaklumlah semua sibuk dengan urusan masing-masing. Terima Kasih tak terhingga kepada XES, Sabrina, Mr Simon dan Kitepunye karena menjemput.



XES 


XES 


Korang yang mahu mencari kasut atau handbag yang berkualit dan harga berpatutan boleh lah singgah ke XES di Glenmarie Shah Alam. Tak susah nak cari, senang aje hihi.

LAYANS
(>_<)
Breakout

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Breakout! Real escape game, mesti korang pernah dengar Escape game ini, ala permainan macam nak melepaskan diri dalam sesuatu situasi tapi perlu mencari klu-klu yang tersembunyi dan harus menyelesaikan klu tersebut dalam masa yang ditetapkan untuk melayakkan anda berjaya escape dari game tersebut hehe.

Alhamdulillah ku berpeluang menyertai aktviti Escape ini di Breakout Avenuk K Jalan Ampang Kuala Lumpur. Sebelum ini ku pernah juga menyertai game Escape ini di Times Square, memang jalan atau caranya sama sahaja iaitu menyelesaikan teka teki untuk melepaskan diri. Tapi di Breakout, korang lebih memahami jalan cerita dan tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah. 

Tapi jangan risau bagi yang tidak dapat menjawab klu-klu yang diberi, breakout lain dari pada yang lain karena di setiap permainan mereka ada karekter-karekter yang dapat membantu korang untuk melepasi setiap satu klu - klu yang diberikan. Kalau dah menggunakan karekter untuk melepaskan diri, korang dah tak boleh menggunakannya lagi.

Breakout


Buat masa ini, BREAKOUT menyediakan lima tema yang berlainan iaitu The Greatest Murder of Westwood, Mr Oswald’s Greatest Show, Chamber of Hocus, The Infinity, dan Project Fallout. Dengar macam teruja bukan? Anda boleh pilih salah satu tema dan yang pasti ia membuatkan anda berasa teruja dan seronok.

 Permainan yang dicuba ialah Project Fallout, Project Fallout mengisarkan sekumpulan ahli saintis sedar dan mendapati bahawa ingatan mereka telah dipadamkan. Mereka tidak mengetahui identiti diri tetapi disoal oleh pihak misteri berkenanan dengan kehilangan senjata yang amat berbahaya. Pemain dikehendaki menjejaki identiti sendiri dan mencari kebenaran di sebalik kejadian ini.



Breakout 

p/s:Terima Kasih kepada Majalah Asia Horizon karena menjemput serta rakan-rakan yang lain. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.breakout.com.my/
(>_<)
LAYANS
Classique 

 Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Classique cabar kemampuan Koir Kebangsaan Malaysia ? Yeah malam tadi 20 September 2014 ku bersama-sama rakan blogger yang lain ke Auditorium DBKL Jalan Raja Laut untuk menonton Konsert Koir Kebangsaan Malaysia. Thanks karena menjemput ku ke Konsert ini hehe.  

Classique memaparkan repertoire dan segmen nyanyian lagu-lagu berlandaskan Klasik Melayu seperti lagu-lagu asli Melayu, Inang, Joget, Keroncong serta Zapin dan juga Klasik Barat terdiri daripada lagu-lagu era renaissance hingga ke era romantik sekaligus mencabar kreativiti Koir Kebangsaan Malaysia.

Ku sendiri menonton Konsert Koir tersebut memang ternyata hebat dari segi persembahan dan suara nya begitu berkualiti dan terbaik. Memang tidak akan bosan karena anda akan terpukau dengan lunak suara. Persembahan Klasikal Inggeris VS Klasikal Melayu sangat terbaik. 


Classique


Classique


Classique


Kebanyakkan ahli Koir Kebangsaan Malaysia mereka boleh menyanyi kan suara soprano seperti Syafinaz Selamat yang merupakan jurulatih vokal untuk konsert ini bahkan merupakan Pengarah Persembahan. Classique dianggap satu lagi wadah bagi membuktikan kemampuan KKM setanding dengan kumpulan Koir antarabangsa.

Bagi ku sendiri mereka telah pun setanding denga kumpulan Koir antarabangsa dengan persembahan mereka yang amat menakjubkan. Kalau kalian mahu menonton? Masih sempat lagi untuk menonton malam ini di auditorium DBKL Jalan Raja Laut dengan harga tiket dari RM10 hingga RM30 dan rasainya kehebatannya mereka.


Classique 


Classique
#MemekMukaPenari

www.ticket2u.biz