Followers

Tuesday, August 19, 2014

Sesame Street Live - Elmo Makes Music !

C88E6248 

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada Sabtu lalu 16 Ogos 2014, Resort World Genting mengadakan Media Launch untuk Sesame Street Live - Elmo Makes Music ! di One Utama Bandar Utama bersama dengan Genting Mega Fun Roadshow. Okay baiklah, sesiapa di sini membesar dengan siri Sesame Street ini yang selalu ditayangkan di kaca televisyen? Mesti ramai kan ? Ku pun hehe. 

Sesame Street yang sangat popular dengan program pendidikan televisyen untuk kanak-kanak baru nak belajar telah menjadi pendorong berjaya selama 45 tahun ! dan menjadi rancangan yang terpanjang yang pernah ditayangkan di televisyen. Karektor kegemaran ku dalam Sesame Street mestilah Elmo yang sungguh comel itu hihi.


C88E6196 


C88E6308


Sesame Street Live - Elmo Makes Music di Resort World Genting akan dipersembahkan hampir 2 dozen lagu dan diikut dengan lagu klasik buat kanak-kanak boleh menyanyikan bersama seperti C is for COOKIES dan 'The Alphabet Song' semasa persembahan yang akan diadakan pada 28th November 2014 sehingga 3 January 2015 . 

Semasa pelancaran Media di One Utama, turut juga dipersembahkan Elmo was with Cookie Monster, Bert dan Ernie dengan persembahan yang sangat menakjubkan kepada penonton dihadapan pentas, lebih energertic dan terbaik ! Kanak-kanak yang berada di kawasan sekeliling turut teruja untuk menyertai dan bergambar bersama-sama dengan Elmo. 


C88E6329


Kevin Tann, VP - Promotions & Entertaiment of RWGenting berkata " Sesame Street belum kembali ke Malaysia untuk beberapa tahun, dengan Sesame Street Live- Elmo Makes Music ini semestinya akan 'WOW' dengan meriah bersama penonton. Dengan lagu - lagu yang sungguh bertenaga sungguhnya akan menarik perhatian kanak - kanak dengan lebih minat. 

Christopher Harper, Director of  'Sesame Street Live - Elmo Makes Music' berkata "Sesame Street Live - Elmo Makes Music ini didatangi dengan productions yang terbaharu termasuk beberapa lagu baru dan kanak-kanak boleh mengikuti menyanyi bersama-sama secara live yang akan diperform oleh Elmo & Friends. 

Sesame Street Live - Elmo Makes Music ini adalah sebahagian dari Genting Mega Fun road show yang akan bermula pada 13 August. Sebanyak 1888 special preview tiket akan dijadualkan pada 27 November 2014 ini dan akan di bagi kepada pemenang bertuah ! dan disertakan juga dengan 'Reading Togehter, muppet making workshop .

Okay, Elmo, Abby Cadabby, Cookie Monster, Big Bird dan semua kawan-kawan dari Sesame Street akan menggegarkan Resort World Genting dengan persembahan Sesame Street Live-Elmo Makes Music bermula pada 28 November 2014 ini !. Proudly organized oleh RWGenting, Produced oleh VEE Production. Genting Reward dan CIMB bank card holder akan mendapat exclusive discount !

Tiket bermula dari RM88 dan ke atas, so jangan lepaskan peluang ini untuk menonton Sesame Street Live - Elmo Makes Music di Genting International Showroom, Genting. untuk maklumat lanjut boleh layari di www.rwgenting.com atau telefon di 03-61011118


Untitled

LAYANS
(>_<)

Comments (5)

On August 19, 2014 at 2:42 PM , ✿AINAA ROSEBERRY✿ said... [Reply to comment]

Comelnyaaaaaaa.. Suka elmo dengan big gird... kyaaaaa, should go there..

 
On August 19, 2014 at 2:45 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

AINAA

JOmmmm pergi hehehe

 
On August 19, 2014 at 3:12 PM , akubiomed said... [Reply to comment]

Antara rancangan yang ditonton ketika kecil dahulu. Boleh belajar bahasa Inggeris.

 
On August 19, 2014 at 3:24 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

AKUBIOMED :

yup betul tu
dari sini belajar bahasa inggeris sikit sikit

 
On August 24, 2014 at 11:26 AM , Rosmiza Ali said... [Reply to comment]

Sesamee street! Rancangan feberet tu dulu masa kecik2.. Mmg set dah timing sesamee street ni start kat tv.. Pastu awal2 dah tercongok depan tv.. Kekekeke..
Rosmiza Ali Official Blog™