Followers

Sunday, August 31, 2014

My AirAsia Free Seats!

My FREE SEATS

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

My AirAsia Free Seats !

"Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, saya akan ke Bandung Indonesia ! dan saya akan bawa bersama keluarga dan rakan-rakan yang setakat ini sudah lama tidak melancong ke mana-mana kerana kesibukkan aktiviti harian. Kadang-kadang kesibukkan harian kita membuat kita lupa untuk bercuti menenangkan fikiran dari kesibukkan kota. 

Untitled

Oleh itu, orang terdahulu yang saya ingin membawa bersama dalam percutian ini ialah Bonda kesayangan Hajah Nor Aisah. Kehidupan harian Bonda menjaga anak orang demi mencari rezeki, kadang-kadang duit lebih itulah Bonda buat simpanan ataupun bawa kami jalan-jalan dalam Malaysia. 




Untitled

Kedua ialah Ayahanda tercinta Mejar Roslan setiap minggu Ayahanda outstation atas urusan kerja, kadang kala ke utara dan kadang kala ke Selatan. Setiap masa Ayahanda berkata " hmmm kalau bawa family sekali kan best, dapat lihat tempat-tempat orang" mungkin kah impian ini terjadi ?




Untitled

Ketiga adinda tercinta Nur Amirah Roslan, baru sahaja pulang ke tanah air setelah hampir 2 Tahun berkerja di Negara orang, Singapore je pun hihi. Tapi haritu dia ada bagi tahu ku " Abang ! check flight Air Asia nak kemana-mana yang murah? nak release sikit tension lepas dari kerja hari itu" tengah survey juga ni dik hehe. 

Keempat adik ke tiga Alif Hazwan yang sering kali jarang pulang untuk luangkan masa bersama keluarga akibat kesibukkan di Universiti Teknikal Melaka UTeM. Almaklumlah orang ambil jurusan Software Engineering tu kena buat banyak assingment.




Untitled

Kelima adalah adik keempat ku Nazmi Hadi juga penuntut Universiti Tun Hussien Batu Pahat Johor juga jurusan Kejuruteraan. Memang jarang juga bersama, harap cuti ajelah baru nampak muka dia ni dekat rumah  haha. Dia pun jarang-jarang nak berjalan, melainkan kalau ada orang ajak dan ianya percuma? On ajelah katanya hehe. 




Untitled

Keenam tidak lupa kepada adik bongsu ku Aidil Hakimi, dia ajelah sorang adik kami yang masih bersekolah di darjah enam. Setiap kali pulang ke rumah, sunyi tanpa abang-abang dan kakak. Kesian juga ku lihat terperuk sorang-sorang dekat bilik tu. Hmm ni memang perlukan percutian bersama-sama meluangkan masa.




Untitled 

Ketujuh adalah saudara Maznizam Adha, seorang bakal teacher BI dan yang telah banyak membantu ketika dalam susah dan senang ku, walaupun dia adalah juga pergi travel. Mesti seseorang mahu travel ke tempat lain juga kan. Luas pengalaman hehe.




Untitled

Kelapan adalah seorang yg mungkin amat special bagi diriku ini ialah Siti Hajar. InsyaAllah ada rezeki kami nanti, datanglah makan nasi minyak eh hehe.

Kesembilan dan yang terakhir, ialah nenda tersayang Hajah Setiah, walaupun nenek berada di kampung, tapi kalau kita bawa dia berjalan, pergi Bandung pulak tu, memang dia sangat suka dan rambang mata bila nak membelinya hehe.

Setakat itu sahaja jika ku mendapat 10 tiket pernerbangan AirAsia akan membawa keluarga dan rakan-rakan melihat tempat orang yang menarik dilawati serta menjadi pengalaman terindah dengan menaiki penerbangan AirAsia. Untuk maklumat lanjut boleh lawati website AirAsia www.airasia.com

Comments (6)

On August 31, 2014 at 8:14 PM , Rosmiza Ali said... [Reply to comment]

Semoga impian tercapai Eazy! ^_^
Rosmiza Ali Official Blog™

 
On August 31, 2014 at 10:05 PM , ruggedmom said... [Reply to comment]

Owh adha tu nak jadi cikgu ek? Penuh dah quota 10 org tak merasalah tempiasnya 😢

 
On September 1, 2014 at 1:40 AM , penaberkala Nuar said... [Reply to comment]

good luck eazy..
nak masuk dalam luggage boleh? hehe

 
On September 1, 2014 at 4:28 PM , Mawardi Yunus said... [Reply to comment]

Semoga berjaya ya Ezy

 
On September 2, 2014 at 3:46 PM , Rosmadi Shakri said... [Reply to comment]

Good Luck Bro,,,

 
On September 8, 2014 at 4:20 AM , Anonymous said... [Reply to comment]

Howdy, I think your site might be having web browser compatibility problems.
When I look at your website in Safari, it looks fine but when opening in I.E., it has some overlapping issues.

I simply wanted to provide you with a quick heads up! Other than that, wonderful site!


Here is my web site :: Las Vegas GE Appliance Parts