Followers

Saturday, August 9, 2014

Kalau Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Oh Ei menyahut cabaran up entry ni karena nak sangat menonton Kawan Aku Mati Dalam Sewa Rumah. Hehe. Okay baiklah Ei memulakan jalan cerita yang pendek dan ringkas bak kata Bro Framestone hehe.

Bermula pada minggu permulaan Study gua macam biasa setiap hari Isnin, ku akan pulang ke rumah sewa. Sesampai aje dirumah, tiada siapa lagi yang sampai almaklumlah gua sorang aje yang ada kenderaan, yang lain naik bas aje dari rumah masing-masing. Kawan lagi seorang tu memang tak tahu nak balik rumah bila hujung minggu, nak nampak lepak dihadapan ruang tamu lagi lah susah. Suka buat hal sendiri dalam bilik.. Hmm apalah yang dibuatnya. 

Tapi petang ahad tu rasa lain macam, rumah sewa tu pun ada berbau-bauan yang tidak menyenangkan. Dorang ni lupa buang sampah kot. Bilik lain terbuka, cuma bilik member sorang ni berkunci, ketuk-ketuk tak menyahut pula, padahal ade aje selipar kasut dekat luar. Ku merasa lain macam ni, cepat-cepat call member yang lain suruh cepat balik sembang ku dah rasa lain macam. Entah-entah mati kering kat dalam tu haha. Jujur cakap ku penakut sikit dengan mayat ni haha. Macam-macam fikir dalam otak haish menyeramkan, cepatlah dorang ni balik.

Tetiba lampu terpadam, suasana luar hujan lebat, nak minta pertolongan pun susah, time macam ni lah pulak line telefon tiada. Adehh !  Cepatlah korang balik. Dalam keadaan samar ku nampak bayang dipintu dengan warna putih. Dalam hati dok baca ayat suci Quran, dengan hati yang nervous. Tertiba kilay melanda dengan flashlightnya yang kuat. Allahhuakbar!! ternampak muka hantu housemate yg terkurung tu! Ku terus berlari keluar luar dan kawan housemate yg lain tiba Alhamdulillah! 

Cepat-cepat minta call polis, time lepas ku kena sakat tu lah line telefon ada balik haha. Saja nak bagi kena terkejut ni adehhh. Confirm ku demam panas ni esok haha. Polis tiba di rumah dan pecah pintu bilik housemate tu. Ya Allah dah mati mereput kat dalam bilik. Hmm patutlah kami keluar dari rumah sewa Khamis lepas kali terakhir nampak dengan muka kecewa terus balik. Hmmm mungkin sebab itu kot, itulah suka buat hal sendiri dalam bilik dan tak mahu bersosial. 

Demikian lah cerita pendek hehe. Ini boleh dikatakan kisah benar pernah berlaku dekat Ei masa study di Unisel, rumah hostel sebelah seorang pelajar India gantung diri akan putus cinta dekat kipas. Langsung rumah hostel tu kosong takda siapa nak duduk haha. Layanss harap dapat menang tiket wayang Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa hehe



(>_<)
LAYANS

Comments (2)

On August 9, 2014 at 9:18 PM , luqman zakaria said... [Reply to comment]

good luck yer :) hehe..

 
On August 10, 2014 at 12:24 PM , ct cheery said... [Reply to comment]

eh...sinopsis macam best..hihi