Followers

Bayou-Lagoon-Park-Resort


IMG_1871 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Jarang kita nampak ada Taman Tema Air di sesetengah hotel dan mungkin hanya ada beberapa sahaja di Malaysia ini. Mengikuti pengalaman ku selama 3 hari 2 malam di Melaka dan menginap di Bayou Lagoon Park Resort yang boleh dikatakan di sini adalah amat terbaik. Terima Kasih Program Sahabat Media Visit Malaysia Year 2014.

Dan tak lupa juga, terima kasih kepada usaha murni Bahagian Komunikasi & Publisiti Tourism Malaysia dan Majalah Santai Travel dalam memupuk budaya bercuti secara terancang di kalangan rakyat Malaysia. Okay baiklah, Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Bukit Katil Melaka mempunyai 2 blok bangunan apartment modern yang dinamakan Amari Villa dan Tahiti Villa. 

Bayou Lagoon Park Resort yang dipenuhi dengan bermacam-macam tawaran untuk memenuhi permintaan pelancong yang berbeza antara perniagaan, rekreasi dan perkhidmatan dengan standard kelas pertama. Pelancong boleh lari daripada kesibukan bandar dan bercuti di Bayou Lagoon Park Resort yang hanya terletak 20 minit dari pusat bersejarah Bandaraya Melaka.


IMG_1859


IMG_1860


IMG_1866 
 our Studio Room with Jacuzzi.. Terbaik


Kami team Sahabat Media seramai dalam 40 orang tiba di Melaka dari Kuala Lumpur dan diberikan bilik Studio berserta dengan Jacuzzi. Teramat teruja dengan melihat bilik Studio yang berkeluasan 491sqft dan ia amat luas dan kemudahan yang disediakan ialah 2 penyaman udara, bilik mandi berserta Jacuzzi, LCD Tv, dan lain-lain. Memang amat selesa sepanjang 3 hari 2 malam menetap di Bayou Lagoon Park Resort.

Penginapan yang amat menenangkan oleh Bayou Lagoon Park Resort yang menawarkan selain Studio Room, ia juga turut menawarkan beberapa jenis bilik yang mengikut kesesuaian masing-masing seperti Studio Room tanpa Jacuzzi, Studio Room dengan Waterpark view, 2 Bedrooms Apartment, 3 Bedrooms Apartment dan yang paling best ialah di Penthouse Room. Bayou Lagoon Park Resort sangat komited menyediakan perkhidmatan yang selesa dan santai bercuti untuk penginapan semua tetamu hotel.


IMG_2345
2 Bedroom Apartment


IMG_2346
2 Bedroom Apartment


IMG_2348
3 Bedroom Apartment


IMG_2351
Penthouse


IMG_2355
Penthouse


IMG_2356
Penthouse


Taman Tema Air Bayou Lagoon Park Resort yang hanya terletak beberapa meter dari apartment, kalau anda dapat bilik view Water park adalah sangat beruntung, segar sikit mata memandang hehe. Ku berpeluang merasa bermain di Water Park pada waktu malam dengan disertakan makan malam yang sungguh exclusive ! Terima Kasih kepada CEO menjemput kami dan mengadakan makan malam yang sungguh Indah di Water Park.

Water Park di Bayou Lagoon Park Resort terdiri daripada dua slide air yang sangat menarik dan mendebarkan, ini membuatkan Bayou Lagoon Park Resort menjadi tumpuan Utama pilihan keluarga untuk bercuti di Melaka. Tiket untuk masuk ke Water Park adalah dari RM 10 hingga RM 20 seorang. Dewasa RM20, Kanak-kanak RM 15 dan bagi warga tua RM10 sahaja serta percuma untuk kanak-kanak bawak dari 3 ft tinggi.


IMG_2350


IMG_2323 


IMG_2296 


IMG_2402 


IMG_2395 


IMG_2394


Yang paling penting apabila berada di Hotel adalah makanannya, makanan di sini mempunyai pelbagai jenis dan boleh mengikuti citarasa tetamu hotel. Selama 3 hari 2 malam ku berada disini, memang tidak pernah puas untuk merasa makanan yang dihidangkan, setiap hari akan bertukar hidangan supaya tetamu Hotel tidak pernah merasa jemu apabila breakfast, lunch atau dinner di sini. Terbaiklah.


makanan


IMG_1873


IMG_2396


Akhir sekali entertaiment yang kami cuba di Bayou Lagoon Park Resort ini adalah Bayou 9D Theatre! Tiket masuk adalah RM15 seorang dan terdapat jadual tayang 9D dan mengikut jenis 9D yang akan ditayangkan. Biasalah Theatre 9D dengan pergerakan kan kerusi sambil memakai kaca mata 3D seperti anda berada di dalam filem tersebut. Kemudahan lain seperti bili permainan game, bumper car dan lain2

Di sidang media bersama Sahabat Media, Mr Seow Cheng Swee melancarkan Bayou Membership Card dan anda dapat menikmati pelbagai kemudahan yang terdapat di Bayou Lagoo Park Resort dengan hanya RM1880.00 sahaja dan dapat kemudahan sehingga RM6220 ! terbaik ni. Terima Kasih juga kepada CEO Bayou Lagoon Park Resort, Sahabat Media, Santai Travel, M-Mode karena invite ku ke percutian Cuti-Cuti 1 Malaysia ini !

Layari pautan ini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Bayou Lagoon Park Resort --- > http://www.bayaoulagoon.com.my


IMG_2325 


IMG_2344


LAYANS
Visit Malaysia 2014
Malaysia Truly Asia
(>_<)

p/s: gambar kredit kepada, Penaberkala, Nisa Kay, Ahmad Fauzi Aryan, Khai Artzfar, Tengku Syukri, Mawardi Yunus dan Nannie Isa.

Comments (4)

On August 26, 2014 at 7:11 PM , Rosmiza Ali said... [Reply to comment]

Wah! Syoknya dapat bercuti2 Malaysia.. Ditaja pulak tu.. Untunglah.. Hehe.. Tengok makanan yg pelbagai pilihan tu rasa lapar pulak.. Glup!
Rosmiza Ali Official Blog™

 
On August 27, 2014 at 3:18 PM , Lea IsNawi said... [Reply to comment]

bilik dia cm best jer

 
On August 28, 2014 at 2:05 PM , akubiomed said... [Reply to comment]

Fuh sayup pemandangan dari level yang tinggi. Rasa gayat pun ada.

 
On October 25, 2014 at 11:29 PM , Anonymous said... [Reply to comment]

Slps baca blog anda sy check in di hotel ni pd 22/10/14.tp service hotel ni amat mengecewakan..tak berbaloi dgn hg yg kita bayar..sori sy xkan suggest org lain utk stay di sini lg.