My FREE SEATS

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

My AirAsia Free Seats !

"Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, saya akan ke Bandung Indonesia ! dan saya akan bawa bersama keluarga dan rakan-rakan yang setakat ini sudah lama tidak melancong ke mana-mana kerana kesibukkan aktiviti harian. Kadang-kadang kesibukkan harian kita membuat kita lupa untuk bercuti menenangkan fikiran dari kesibukkan kota. 

Untitled

Oleh itu, orang terdahulu yang saya ingin membawa bersama dalam percutian ini ialah Bonda kesayangan Hajah Nor Aisah. Kehidupan harian Bonda menjaga anak orang demi mencari rezeki, kadang-kadang duit lebih itulah Bonda buat simpanan ataupun bawa kami jalan-jalan dalam Malaysia. 




Untitled

Kedua ialah Ayahanda tercinta Mejar Roslan setiap minggu Ayahanda outstation atas urusan kerja, kadang kala ke utara dan kadang kala ke Selatan. Setiap masa Ayahanda berkata " hmmm kalau bawa family sekali kan best, dapat lihat tempat-tempat orang" mungkin kah impian ini terjadi ?




Untitled

Ketiga adinda tercinta Nur Amirah Roslan, baru sahaja pulang ke tanah air setelah hampir 2 Tahun berkerja di Negara orang, Singapore je pun hihi. Tapi haritu dia ada bagi tahu ku " Abang ! check flight Air Asia nak kemana-mana yang murah? nak release sikit tension lepas dari kerja hari itu" tengah survey juga ni dik hehe. 

Keempat adik ke tiga Alif Hazwan yang sering kali jarang pulang untuk luangkan masa bersama keluarga akibat kesibukkan di Universiti Teknikal Melaka UTeM. Almaklumlah orang ambil jurusan Software Engineering tu kena buat banyak assingment.




Untitled

Kelima adalah adik keempat ku Nazmi Hadi juga penuntut Universiti Tun Hussien Batu Pahat Johor juga jurusan Kejuruteraan. Memang jarang juga bersama, harap cuti ajelah baru nampak muka dia ni dekat rumah  haha. Dia pun jarang-jarang nak berjalan, melainkan kalau ada orang ajak dan ianya percuma? On ajelah katanya hehe. 




Untitled

Keenam tidak lupa kepada adik bongsu ku Aidil Hakimi, dia ajelah sorang adik kami yang masih bersekolah di darjah enam. Setiap kali pulang ke rumah, sunyi tanpa abang-abang dan kakak. Kesian juga ku lihat terperuk sorang-sorang dekat bilik tu. Hmm ni memang perlukan percutian bersama-sama meluangkan masa.




Untitled 

Ketujuh adalah saudara Maznizam Adha, seorang bakal teacher BI dan yang telah banyak membantu ketika dalam susah dan senang ku, walaupun dia adalah juga pergi travel. Mesti seseorang mahu travel ke tempat lain juga kan. Luas pengalaman hehe.




Untitled

Kelapan adalah seorang yg mungkin amat special bagi diriku ini ialah Siti Hajar. InsyaAllah ada rezeki kami nanti, datanglah makan nasi minyak eh hehe.

Kesembilan dan yang terakhir, ialah nenda tersayang Hajah Setiah, walaupun nenek berada di kampung, tapi kalau kita bawa dia berjalan, pergi Bandung pulak tu, memang dia sangat suka dan rambang mata bila nak membelinya hehe.

Setakat itu sahaja jika ku mendapat 10 tiket pernerbangan AirAsia akan membawa keluarga dan rakan-rakan melihat tempat orang yang menarik dilawati serta menjadi pengalaman terindah dengan menaiki penerbangan AirAsia. Untuk maklumat lanjut boleh lawati website AirAsia www.airasia.com

Bayou-Lagoon-Park-Resort


IMG_1871 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Jarang kita nampak ada Taman Tema Air di sesetengah hotel dan mungkin hanya ada beberapa sahaja di Malaysia ini. Mengikuti pengalaman ku selama 3 hari 2 malam di Melaka dan menginap di Bayou Lagoon Park Resort yang boleh dikatakan di sini adalah amat terbaik. Terima Kasih Program Sahabat Media Visit Malaysia Year 2014.

Dan tak lupa juga, terima kasih kepada usaha murni Bahagian Komunikasi & Publisiti Tourism Malaysia dan Majalah Santai Travel dalam memupuk budaya bercuti secara terancang di kalangan rakyat Malaysia. Okay baiklah, Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Bukit Katil Melaka mempunyai 2 blok bangunan apartment modern yang dinamakan Amari Villa dan Tahiti Villa. 

Bayou Lagoon Park Resort yang dipenuhi dengan bermacam-macam tawaran untuk memenuhi permintaan pelancong yang berbeza antara perniagaan, rekreasi dan perkhidmatan dengan standard kelas pertama. Pelancong boleh lari daripada kesibukan bandar dan bercuti di Bayou Lagoon Park Resort yang hanya terletak 20 minit dari pusat bersejarah Bandaraya Melaka.


IMG_1859


IMG_1860


IMG_1866 
 our Studio Room with Jacuzzi.. Terbaik


Kami team Sahabat Media seramai dalam 40 orang tiba di Melaka dari Kuala Lumpur dan diberikan bilik Studio berserta dengan Jacuzzi. Teramat teruja dengan melihat bilik Studio yang berkeluasan 491sqft dan ia amat luas dan kemudahan yang disediakan ialah 2 penyaman udara, bilik mandi berserta Jacuzzi, LCD Tv, dan lain-lain. Memang amat selesa sepanjang 3 hari 2 malam menetap di Bayou Lagoon Park Resort.

Penginapan yang amat menenangkan oleh Bayou Lagoon Park Resort yang menawarkan selain Studio Room, ia juga turut menawarkan beberapa jenis bilik yang mengikut kesesuaian masing-masing seperti Studio Room tanpa Jacuzzi, Studio Room dengan Waterpark view, 2 Bedrooms Apartment, 3 Bedrooms Apartment dan yang paling best ialah di Penthouse Room. Bayou Lagoon Park Resort sangat komited menyediakan perkhidmatan yang selesa dan santai bercuti untuk penginapan semua tetamu hotel.


IMG_2345
2 Bedroom Apartment


IMG_2346
2 Bedroom Apartment


IMG_2348
3 Bedroom Apartment


IMG_2351
Penthouse


IMG_2355
Penthouse


IMG_2356
Penthouse


Taman Tema Air Bayou Lagoon Park Resort yang hanya terletak beberapa meter dari apartment, kalau anda dapat bilik view Water park adalah sangat beruntung, segar sikit mata memandang hehe. Ku berpeluang merasa bermain di Water Park pada waktu malam dengan disertakan makan malam yang sungguh exclusive ! Terima Kasih kepada CEO menjemput kami dan mengadakan makan malam yang sungguh Indah di Water Park.

Water Park di Bayou Lagoon Park Resort terdiri daripada dua slide air yang sangat menarik dan mendebarkan, ini membuatkan Bayou Lagoon Park Resort menjadi tumpuan Utama pilihan keluarga untuk bercuti di Melaka. Tiket untuk masuk ke Water Park adalah dari RM 10 hingga RM 20 seorang. Dewasa RM20, Kanak-kanak RM 15 dan bagi warga tua RM10 sahaja serta percuma untuk kanak-kanak bawak dari 3 ft tinggi.


IMG_2350


IMG_2323 


IMG_2296 


IMG_2402 


IMG_2395 


IMG_2394


Yang paling penting apabila berada di Hotel adalah makanannya, makanan di sini mempunyai pelbagai jenis dan boleh mengikuti citarasa tetamu hotel. Selama 3 hari 2 malam ku berada disini, memang tidak pernah puas untuk merasa makanan yang dihidangkan, setiap hari akan bertukar hidangan supaya tetamu Hotel tidak pernah merasa jemu apabila breakfast, lunch atau dinner di sini. Terbaiklah.


makanan


IMG_1873


IMG_2396


Akhir sekali entertaiment yang kami cuba di Bayou Lagoon Park Resort ini adalah Bayou 9D Theatre! Tiket masuk adalah RM15 seorang dan terdapat jadual tayang 9D dan mengikut jenis 9D yang akan ditayangkan. Biasalah Theatre 9D dengan pergerakan kan kerusi sambil memakai kaca mata 3D seperti anda berada di dalam filem tersebut. Kemudahan lain seperti bili permainan game, bumper car dan lain2

Di sidang media bersama Sahabat Media, Mr Seow Cheng Swee melancarkan Bayou Membership Card dan anda dapat menikmati pelbagai kemudahan yang terdapat di Bayou Lagoo Park Resort dengan hanya RM1880.00 sahaja dan dapat kemudahan sehingga RM6220 ! terbaik ni. Terima Kasih juga kepada CEO Bayou Lagoon Park Resort, Sahabat Media, Santai Travel, M-Mode karena invite ku ke percutian Cuti-Cuti 1 Malaysia ini !

Layari pautan ini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Bayou Lagoon Park Resort --- > http://www.bayaoulagoon.com.my


IMG_2325 


IMG_2344


LAYANS
Visit Malaysia 2014
Malaysia Truly Asia
(>_<)

p/s: gambar kredit kepada, Penaberkala, Nisa Kay, Ahmad Fauzi Aryan, Khai Artzfar, Tengku Syukri, Mawardi Yunus dan Nannie Isa.
C88E6248 

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada Sabtu lalu 16 Ogos 2014, Resort World Genting mengadakan Media Launch untuk Sesame Street Live - Elmo Makes Music ! di One Utama Bandar Utama bersama dengan Genting Mega Fun Roadshow. Okay baiklah, sesiapa di sini membesar dengan siri Sesame Street ini yang selalu ditayangkan di kaca televisyen? Mesti ramai kan ? Ku pun hehe. 

Sesame Street yang sangat popular dengan program pendidikan televisyen untuk kanak-kanak baru nak belajar telah menjadi pendorong berjaya selama 45 tahun ! dan menjadi rancangan yang terpanjang yang pernah ditayangkan di televisyen. Karektor kegemaran ku dalam Sesame Street mestilah Elmo yang sungguh comel itu hihi.


C88E6196 


C88E6308


Sesame Street Live - Elmo Makes Music di Resort World Genting akan dipersembahkan hampir 2 dozen lagu dan diikut dengan lagu klasik buat kanak-kanak boleh menyanyikan bersama seperti C is for COOKIES dan 'The Alphabet Song' semasa persembahan yang akan diadakan pada 28th November 2014 sehingga 3 January 2015 . 

Semasa pelancaran Media di One Utama, turut juga dipersembahkan Elmo was with Cookie Monster, Bert dan Ernie dengan persembahan yang sangat menakjubkan kepada penonton dihadapan pentas, lebih energertic dan terbaik ! Kanak-kanak yang berada di kawasan sekeliling turut teruja untuk menyertai dan bergambar bersama-sama dengan Elmo. 


C88E6329


Kevin Tann, VP - Promotions & Entertaiment of RWGenting berkata " Sesame Street belum kembali ke Malaysia untuk beberapa tahun, dengan Sesame Street Live- Elmo Makes Music ini semestinya akan 'WOW' dengan meriah bersama penonton. Dengan lagu - lagu yang sungguh bertenaga sungguhnya akan menarik perhatian kanak - kanak dengan lebih minat. 

Christopher Harper, Director of  'Sesame Street Live - Elmo Makes Music' berkata "Sesame Street Live - Elmo Makes Music ini didatangi dengan productions yang terbaharu termasuk beberapa lagu baru dan kanak-kanak boleh mengikuti menyanyi bersama-sama secara live yang akan diperform oleh Elmo & Friends. 

Sesame Street Live - Elmo Makes Music ini adalah sebahagian dari Genting Mega Fun road show yang akan bermula pada 13 August. Sebanyak 1888 special preview tiket akan dijadualkan pada 27 November 2014 ini dan akan di bagi kepada pemenang bertuah ! dan disertakan juga dengan 'Reading Togehter, muppet making workshop .

Okay, Elmo, Abby Cadabby, Cookie Monster, Big Bird dan semua kawan-kawan dari Sesame Street akan menggegarkan Resort World Genting dengan persembahan Sesame Street Live-Elmo Makes Music bermula pada 28 November 2014 ini !. Proudly organized oleh RWGenting, Produced oleh VEE Production. Genting Reward dan CIMB bank card holder akan mendapat exclusive discount !

Tiket bermula dari RM88 dan ke atas, so jangan lepaskan peluang ini untuk menonton Sesame Street Live - Elmo Makes Music di Genting International Showroom, Genting. untuk maklumat lanjut boleh layari di www.rwgenting.com atau telefon di 03-61011118


Untitled

LAYANS
(>_<)
Untitled

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah ku telah memenangi untuk menonton Pra Tonton Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa dari Bro Frametone. Thank u bro ! Okay baiklah kiranya rezeki juga dapat pergi menonton wayang antara yang terawal. Karena Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa ini akan ditayangkan pada 14 Ogos 2014 ini di seluruh Pawagam dan terima kasih kepada Mangkin Prestij.

Pra tonton yang diadakan malam Isnin lalu di e@Curve Damansara. Filem seram komedi ini mengisahkan tentang kehidupan tiga rakan baik iaitu Rudy, Akhir dan Remy yang tinggal bersama di rumah sewa mereka yang dimiliki oleh Pak Cik Osman Basah. Rudy merupakan seorang pelakon ekstra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam filem. Akhir pula seorang pekerja di sebuah stesyen minyak dan Remy adalah seorang pengilap kasut.


Untitled


Review Ei tentang filem ini adalah sangat menarik dan penuh gelak tawa serta seram tu pun ada juga. Kumpulan Bocey berlakon memang lawak itu sentiasa ada, penuh satu panggung wayang pada malam itu dengan gelak tawa penonton. Memang menarik perhatian dan tidak membosankan. Terutama dalam babak mereka ingat housemate dorang mati, rupanya ? nonton lah sendiri hehe

Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa ini dibarisi oleh Kumpulan Bocey iaitu Acey, Fad dan Abam, Yassin, Epy Kodiang dan lain-lain. Memang meriah satu panggung pada malam itu, Almaklumlah mereka ini kan pelawak, memang berlakon pun kita terhibur dengan lawak mereka. Terima Kasih kepada bro karena menjemput dan beberapa blogger lain yang hadir.


Untitled

LAYANS
(>_<)

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Oh Ei menyahut cabaran up entry ni karena nak sangat menonton Kawan Aku Mati Dalam Sewa Rumah. Hehe. Okay baiklah Ei memulakan jalan cerita yang pendek dan ringkas bak kata Bro Framestone hehe.

Bermula pada minggu permulaan Study gua macam biasa setiap hari Isnin, ku akan pulang ke rumah sewa. Sesampai aje dirumah, tiada siapa lagi yang sampai almaklumlah gua sorang aje yang ada kenderaan, yang lain naik bas aje dari rumah masing-masing. Kawan lagi seorang tu memang tak tahu nak balik rumah bila hujung minggu, nak nampak lepak dihadapan ruang tamu lagi lah susah. Suka buat hal sendiri dalam bilik.. Hmm apalah yang dibuatnya. 

Tapi petang ahad tu rasa lain macam, rumah sewa tu pun ada berbau-bauan yang tidak menyenangkan. Dorang ni lupa buang sampah kot. Bilik lain terbuka, cuma bilik member sorang ni berkunci, ketuk-ketuk tak menyahut pula, padahal ade aje selipar kasut dekat luar. Ku merasa lain macam ni, cepat-cepat call member yang lain suruh cepat balik sembang ku dah rasa lain macam. Entah-entah mati kering kat dalam tu haha. Jujur cakap ku penakut sikit dengan mayat ni haha. Macam-macam fikir dalam otak haish menyeramkan, cepatlah dorang ni balik.

Tetiba lampu terpadam, suasana luar hujan lebat, nak minta pertolongan pun susah, time macam ni lah pulak line telefon tiada. Adehh !  Cepatlah korang balik. Dalam keadaan samar ku nampak bayang dipintu dengan warna putih. Dalam hati dok baca ayat suci Quran, dengan hati yang nervous. Tertiba kilay melanda dengan flashlightnya yang kuat. Allahhuakbar!! ternampak muka hantu housemate yg terkurung tu! Ku terus berlari keluar luar dan kawan housemate yg lain tiba Alhamdulillah! 

Cepat-cepat minta call polis, time lepas ku kena sakat tu lah line telefon ada balik haha. Saja nak bagi kena terkejut ni adehhh. Confirm ku demam panas ni esok haha. Polis tiba di rumah dan pecah pintu bilik housemate tu. Ya Allah dah mati mereput kat dalam bilik. Hmm patutlah kami keluar dari rumah sewa Khamis lepas kali terakhir nampak dengan muka kecewa terus balik. Hmmm mungkin sebab itu kot, itulah suka buat hal sendiri dalam bilik dan tak mahu bersosial. 

Demikian lah cerita pendek hehe. Ini boleh dikatakan kisah benar pernah berlaku dekat Ei masa study di Unisel, rumah hostel sebelah seorang pelajar India gantung diri akan putus cinta dekat kipas. Langsung rumah hostel tu kosong takda siapa nak duduk haha. Layanss harap dapat menang tiket wayang Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa hehe



(>_<)
LAYANS