FLAMO: Restoran Ayam Kampung

IMG_0734 

 Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Oh yeah Alhamdulillah dapat buat food review berbuka puasa lagi di Restoran Ayam Kampung Wangsa Maju pada 14 Julai 2014 lalu. Dekat aje dengan rumah EI. Okay baiklah, kalau korang perasan  dihadapan Restoran Ayam Kampung ada Kiosk yang dibuka. Hah nak tahu apa? Itulah salah satu food yang ku rasai beberapa hari lepas. 

Kiosk itu ialah FLAMO yang membawakan First Cuisine di Malaysia dengan makanan hidangan Satay & Kebab dari China-Arab dengan resipi resipi traditional asli di sana. Hmmm rugi kalau tidak merasai sendiri karena EI sendiri telah merasai setiap satu menu yang dihidangkan. Seperti contoh, satay daging, satay kambing & Satay Ayam. Satay ini bukan satay yang biasa, ia dinamakan Satay Xin Jiang dan menjadi buah mulut penduduk setempat.


DSC_7489
Satay Ayam, Satay Cendawan dan Sup Mi Xian


IMG_0737
Satay Cendawan


IMG_0739
Satay Kambing


DSC_7460


Produk satay ini juga dinaik taraf dengan mewujudkan 2 jenis menu tambahan iaitu Satay Jumbo dan Tahini Kebab. Oh Tahini kebab yang sedap yang di baluti tortilia dan menjadikan ia Kebab yang boleh dimakan begitu sahaja. Kebab ini juga di datangi dengan Kebab Daging, Daging Kambing dan Ayam. Sangat sedap EI dapat rasa kelainan dengan kebab ini dari kebab yang lain yang telah dicampur aduk. Hah terliur tak ? Hehe


IMG_0742
Tahini Kebab Ayam, Daging dan Kambing


Tidak lupa juga dengan aneka satay selain daging, kambing atau ayam. Cendawan tiram juga ada, menariknya kesemuanya satay itu disalut dengan taburan cili kering dan direndam bersama jintan manis dan diperam bersama tepung jagung semalaman untuk mendapatkan rasa yang unik. 

Itu baru kebab dan satay, belum lagi satu menu yang EI rasa, rasanya hampir tambah dua kali kot bila berbuka di Restoran Ayam Kampung Wangsa Maju tu. Menu hidangannya ialah Sup Mi Xian! Memang sedap, Sup Mi Xian ini boleh didapati dengan dua variasi antara basah ataupun kering, antara daging ataupun ayam, nak dua-dua pun boleh. Sup Mi Xian ini ialah masakan dari daerah Yunan China berserta dengan cili kering pedas.


IMG_0736
Sup Mi Xian


IMG_0740
Mi Xian Kering


Pedasnya pun memang terbaik !  Mi Xian ini antara makanan ruji di China dimakan dengan sup hasil campuran 22 jenis herba yang direneh lebih 9 JAM ! Wahhh memang berbaloi untuk menunggu Mi Xian ini.  Oh memang tak rugi rasa Sup Mi Xian ini. Dengar khabar Sup Mi Xian ini popular dekat UIA ? Orang orang UIA mesti pernah rasa kan ? Haruslah. 

Okay baiklah, berbalik kepada FLAMO ini, Flamo ini menyediakan menu-menu yang EI rasa sendiri diatas, dan Flamo juga memberi peluang kepada sesiapa yang nak duit poket lebih ataupun usahawan usahawan untuk berniaga. Dengan package yang disediakan ini memang lengkap dan berpatutan dan korang yang join InsyaAllah ada rezeki lebih untuk korang. Kiosk pun boleh muat dalam kereta tau hehe. 


10527666_739456156096531_6153007561161841057_n



DSC_7509


Apa-apapun boleh lah layari ke Facebook Flamo ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lagi-lagi usahawan yang berminat untuk mencari rezeki lebih. Restoran Ayam Kampung ini terletak di No 42, Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2 Wangsa Maju Kuala Lumpur. 

p/s: rasanya perkataan 'Ku' dah bertukar jadi 'EI' kot ..macam mana? hehe
LAYANS
(>_<)

3 comments:

Eshamz Halim said...

As salam bro... mmg terbaekk dan sedap flamo ni..lebih2 lagi satay kambing...meleleh tuuuu.... aku pun baru upkan entri flamo ni.... leh la check http://www.shamphotography.com/keunikan-citarasa-flamo-cuisine-di-restoran-ayam-kampung/

Hanny Abdullah said...

Salam..rasanya first time sis masuk kat sini..:)

Thanks pada Rstaurant Ayam Kampung kerana perkenalkan sis pada eazy...bertambah lagi geng sis..hehehe

hanari said...

Amboii,,sedapnya.