Followers

Sunday, July 6, 2014

Bufet Ramadhan di Hotel De Palma

Untitled 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah di bulan Ramadhan yang mulia ini ku dan beberapa rakan blogger yang lain berpeluang berbuka puasa di Hotel De Palma Shah Alam. Sesuai untuk golongan yang bekerjaya seperti ku yang kadang2 tidak sempat untuk ke bazar ataupun pulang ke rumah memasak, Almaklumlah hidup bujang kan hehe. Dengan itu adanya Bufet Ramadhan di hotel dan mempunyai pelbagai hidangan untuk berbuka. 

Ku berkesempatan ke Hotel De Palma Shah Alam Jumaat lalu untuk merasai sendiri Bufet Ramadhan yang disediakan oleh Hotel De Palma Shah Alam. Yang amat mempersonakan, terdapat pelbagai jenis juadah berbuka dan barisan chef memilih 'Masakan dari Periuk & Belanga' yang merupakan warisan Melayu zaman dahulu kala. Memang rambang mata hehe. 


Untitled


Untitled 


Untitled


Bufet Ramadhan di Hotel De Palma Shah Alam masih mengekalkan konsep gerai ala bazar dan menu menampilkan sedikit kelainan dan juadah yang ditampilkan juga menggabungkan 3 bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Antara menu Bufet Ramadhan ini seperti pakora, vadey, capati dan tosai antara menu masyarakat India.

Menu makanan masyarakat Cina pula seperti Nyonya Curry Mee dan masyarakat Melayu seperti Sup Tulang, Gulai Kambing dan Gulai Nangka. Hah tu baru sedikit, kalau nak tahu lebih kena pergi Hotel De Palma Shah Alam lah hehe. Selain itu, terdapat juga menu lauk pauk pengantin, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Kerutuk, Ikan Masak Masam Manis dan pelbagai. 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled


Yang istimewa di Bufet Ramadhan Hotel De Palma Shah Alam didatangkan dengan pengisian rohani seperti Tahlil Ringkas, tazkirah dan azan maghrib akan di laungkan secara langsung di dewan Grand Ball Room yang juga merupakan dewan utama untuk Bufet Ramadhan yang boleh memuatkan seramai 850 pada satu2 masa. Siap ada pelamin lagi tu hehe, siapa nak posing sanding pun boleh. 

Okay korang baca kat sini pun tak kena, harus rasai sendiri Bufet Ramadhan di Hotel De Palma Shah Alam dengan hanya RM 75 bersih untuk dewasa dan RM 37.50 bersih untuk kanak-kanak. Tapi sebelum datang haruslahh membuat tempahan dahulu di talian 03-55428080 dan sambungan pada 519. 


Untitled

p/s: terliur tak tengok gambar2 di atas ? kalau korang nak pergi, MENTION nama blog ku, DAPAT 15% DISCOUNT  hehe ..pic copyrights eazyizzuddin.com
LAYANS
(>_<)

Comments (4)

On July 6, 2014 at 9:34 PM , luqman zakaria said... [Reply to comment]

pernah jgk dulu lunch kat sini..boleh tahan jgk makanan die..time2 puasa tak tahu pulak ade buffet. :)

 
On July 6, 2014 at 10:56 PM , Azrin Rahim said... [Reply to comment]

terliur lah jugakan.. hehe

 
On July 7, 2014 at 9:15 AM , syukur said... [Reply to comment]

Wouww,,sangat menyelerakan. Menunya sangat banyak sekali dan sepertinya sedapppp

 
On July 24, 2014 at 10:00 AM , hanari said... [Reply to comment]

Hidangan yang sungguh mengundang selera.