Genovasi Design Thinking Teaser

Genovasi 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Oh yeah pada 14 June 2014 yang lalu ku berpeluang ke Genovasi yang bertempat di Jalan 13/2 Petaling Jaya. Kalau korang guna Waze Gps pun ada terus akan direct ke Genovasi. Genovasi ini bertujuan untuk menggalakkan budaya inovasi melalui program-program pendidikan dan latihan yang akan diberikan. Genovasi ini adalah dari Design Thinking School di Malaysia di bawah Hasso Plattner Institute School of Design Thinking di Potsdam University Germany.

Genovasi menawarkan 'Design Thinking Program' melalui Program Pembangunan Duta Invovasi di bengkel Pendidikan Eksekutif. Ramai juga company-company yang telah menyertai Program inovasi ini untuk menjadi pemikiran pekerja lebih kreatif. Program ini sangat mendapat sambutan dan ingin tahu maklumat lanjut, bolehlah layari website Genovasi ini.

Okay baiklah, pada mula ku sampai ke tempat ini, terasa suatu kelainan, design dalaman Genovasi ini sangat unik dan kreatif. Bila orang masuk ke dalam akan tidak pernah rasa bosan dengan suasana dekorasi dan susunan perabot yg sangat unik. Yang paling penting terdapat 'Coffee Machine' di setiap floor, tak lah rasa mengantuk apabila memikirkan idea di Genovasi hehe.


Genovasi 


Genovasi 


Genovasi 


Genovasi 


Genovasi 


Genovasi



Genovasi


Sedang dalam program berlangsung, kami menyertai Program yang selalu mereka laksanakan untuk Genovasi ini dalam 2 jam. Kami diberi tugas dalam sesuatu perkara, seperti contoh mencipta sesuatu produk atau barang untuk warga yang kurang upaya bagi memudahkan dalam melakukan kerja. Seperti contoh, Ismail mengalami suatu penyakit yang tidak boleh menggerakkan jari tangan.

So kami ada diberi briefing 5 step 'The design Thinking process'. Situasi pertama seperti kami merasa sendiri penyakit yang dialami seperti tidak dapat menulis dengan sempurna. Dari situ kita dapat merasai apa yang dilalui pesakit dan kita ingin pesakit tersebut boleh menulis dengan baik. Kemudian kami memikirkan idea dan cara dapat membantu pesakit dengan berkongsi maklumat dengan rakan sebelah.

Dari situ kami dapat idea dan mencipta suatu prototype atau barangan dari barangan yang disediakan oleh pihak Genovasi. Dan prototype itu akan diuji cuba dan kita dapat mengetahui kebaikkan dan kelemahan prototype tersebut. Jika terdapat beberapa kelemahan, ia dapat diperbaiki supaya ia menjadi suatu produk yang akan berguna pada masa akan datang.

Selama 2 jam program ini berlangsung dan ia memberi kesan positivie pada diriku seperti berfikiran secara kreatif dan lebih terbuka dan ia juga dapat memperbaiki diri sendiri . Kalau mahu membuat sesuatu itu haruslah berfikir dahulu sebelum buat hehe. Terima Kasih Genovasi karena invite kami ke program sebegini.


Genovasi


Genovasi 


Genovasi


Genovasi


Bagi kalian yang ingin tahu lebih lanjut, boleh lah ke :


website: www.genovasi.my
instagram : instagram.com/mygenovasi

Oh tidak ketinggalan, Genovasi akan mengadakan beberapa Contest,
dibawah ini disertakan Kalendar contest yang sedang berlangsung.


Genovasi Contest


p/s : creative thinking 
LAYANS
(>_<)

4 comments:

Maria Hasun said...

good job :)

akubiomed said...

Aktiviti seperti ini mampu memupuk Budaya Inovasi dikalangan Gen Y.

syukur said...

Keren,,bener-bener mantab

hanari said...

Sukses selalu,semakin bertambah ilmu.