Followers

DSC_6312

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah selepas entry di Casuarina @Meru. Kali ini entry ku ke Kellie's Castle menyertai Paranormal Night Tour dalam minggu yang sama ku ke Casuarina @Meru. Yelah, Casuarina @Meru adalah tempat penginapan kami hehe. Bila korang dengan Paranormal Night Tour mesti korang tetiba rasa seram sejuk dan mengigil terketar kan? hehe . Ku rasa begini pada masa itu. 

Pada malam Sabtu pagi Ahad ku bersama dengan Sahabat Media ke Kellie's Castle. Hampir pada pukul 12.30am kami tiba diperkarangan Kellie's Castle. Turut menyertai Paranormal Night Tour ini GM Casuarina @Meru Mr Malizan. Kami berkumpul di dalam teater room untuk diberikan penerangan oleh Abg Zamn. Okeh ! dengar penerangan pun dah seram haha !


DSC_6308


Apa yang ku google, Kellie's Castle ini ada termasuk dalam senarai TOP 5 ! Scariest places in Malaysia ! Okeh memang scary betul. Kami diberi pilihan sama ada mahu berjalan mengikut dalam 10 orang dalam kumpulan ataupun Drop 2 orang di tempat2 dalam Kellie's Castle yang telah ditetapkan untuk merasai sendiri kehadiran entiti tersebut. 

Akibat kurang semangat pada malam itu, ku menyertai aktiviti kumpulan dalam 10 orang untuk masuk ke Kellie's Castle hehe. Pengalaman masuk ke dalam Kellie's Castle tepat jam lebih kurang 1 ke 2 pagi. Kami bergerak hampir ke serata dalam Kellie's Castle tapi tak dapat merasa naik ketingkat 2 Castle tersebut. Mungkin kerana tidak cukup masa barangkali.


DSC_6324


DSC_6325


DSC_6333


DSC_6335 


DSC_6336


Tapi bagi pengunjung yang berminat untuk DROP berdua dalam Kellie's Castle akan ditinggalkan dikawasan yang tertentu dan pastinya nampak entiti tersebut. Perghhh seram bulu roma satu badan hehe. Tapi Alhamdulillah tiada apa yang berlaku selepas malam itu. Banyak juga sejarah tentang Kellie's Castle ini. Korang boleh baca dengan jelas dari gambar yang ku upload ini. 

Tapi ikutkan hati, mahu saja ku mengalami dan merasai pengalaman bersama William Kellie Smith dalam pembinaan Kellie's Castle ini. Mengetahui rahsia yang selama ini terkubur di dalam Kellie's Castle. Tapi apa kan daya kita hanya manusia biasa. Hanya Allah SWT tahu segalanya. Okay baiklah, Paranormal Night Tour ini akan dibuka untuk Jumaat pertama dan keempat dan hari Sabtu sahaja.

Harga tiket hanya RM 80 seorang dan mengambil masa lebih kurang 30 ke 45 minit. Hanya berumur 17 tahun ke atas sahaja dan baik kesihatannya. Terima Kasih hehe

LAYANS
(>_<)

Comments (8)

On May 27, 2014 at 12:32 PM , Mawardi Yunus said... [Reply to comment]

Best la dpt p sana. Huhu

 
On May 27, 2014 at 12:47 PM , ✿AINAA ROSEBERRY✿ said... [Reply to comment]

Tengok gaya bangunan pun dah scary mary.. Huaaaaaaaaaaaaaaaaa. Sebaik pergi ramai ramai, ena yang baca ni pun dah rasa seram sejuk.

Btw, Helen tu siapa?? Hahahah

 
On May 27, 2014 at 3:18 PM , Zahari Baharum said... [Reply to comment]

eh,eh ada juga gambar kawan dalam ni, nasib terlindung dengan tablet.

 
On May 27, 2014 at 5:29 PM , Maria Hasun said... [Reply to comment]

errr mcm scary jer

 
On May 30, 2014 at 3:52 AM , Afasz said... [Reply to comment]

xpenah lg p. tingin nak p .tgk bangunan dia cntik... klasik..

lama tak singgah sini.. huhu. dah buh as blog list kat blog kite...

 
On June 8, 2014 at 1:17 PM , Anonymous said... [Reply to comment]

ade nmpk roh dye x???

 
On July 7, 2014 at 9:29 AM , syukur said... [Reply to comment]

Kalau ada penampakan baru itu seram.hehe

 
On July 24, 2014 at 10:30 AM , hanari said... [Reply to comment]

Pengen nyobain jadinya