Followers

Friday, March 14, 2014

Konsert Teaterikal SUARA KITA

Untitled 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Konsert Teaterikal SUARA KITA ! dengan gabungan penyanyi dan pelakon terkenal zaman ku sekolah rendah dahulu iaitu ERRA FAZIRA, AWIE dan ZIANA ZAIN ! Teringat zaman masa menonton Filem Maria Mariana dan Sembilu dulu. Kini di gabungkan menjadi satu semula setelah hampir 20 tahun berlalu. Suatu gabungan yang LEGEND ! bagi ku sendiri.

Alhamdulillah pada Ahad lalu ku dengan beberapa rakan blogger yang lain ke Konsert Teaterikal SUARA KITA di Istana Budaya. Dipahamkan Ahad lalu merupakan Konsert dan hari yang terakhir untuk mempersembahkan 'Suara Kita' ini. Terima kasih dan penghargaan kepada www.CelcomESCAPE.com karena sudi sponsor tiket kami di Istana Budaya ini hehe.

Ok baiklah, macam biasa, permulaan persembahan oleh Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain. Ku dapat rasakan Konsert Teaterikal SUARA KITA ini sangat mengagumkan dan terbaik ! Dengan gabungan mantap 3 artis yang LEJEN ini, ku sangat khusuk menonton dan bersorak untuk mereka, lagi masing-masing mempunyai kekuatan vokal masing-masing.

Serius best Konsert Tearterikal ini, tak rugilah datang. Patutlah di dalam Istana Budaya penuh dengan penonton sebab konsert ini sangat best ! Ku sendiri meremang bulu roma melihat Konsert ini. Itu tandanya sangat bagus hehe. Dari segi persembahan lakonan pula sangat mengikuti Filem2 yang pernah mereka bertiga membintangi dahulu dengan di selitkan lagu2 dalam filem masing-masing.


Untitled 

Yang paling ku suka nonton dahulu ialah Filem Maria Mariana dan Maria Mariana 2. Part yang paling penting ialah pabila Ziana Zain mengangkat keningnya berulang kali, tinggi kot ! ku pun tak terdaya untuk meniru gaya beliau hehe. Ada juga part yang menyentuh hati dan perasan kita, takkan nak menangis kot? Pandai2 lah cover dalam Istana Budaya tu hehe.

Keseluruhan, sangat beruntung dan tak rugi datang menonton Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya. Ada part gembira, sedih dan lawak. Tahniah buat Awie, Erra Fazira, dan Ziana Zain di atas pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita sangat terbaik ! Tamat lah sudah hari ke 7 Konsert Teaterikal Suara Kita.

p/s: Yang Terindah Hanya Sementara - Erra Fazira .. fav song ...
LAYANS
(>_<)

Comments (5)

On March 14, 2014 at 3:48 PM , ✿AINAA ROSEBERRY✿ said... [Reply to comment]

Bestnyaaaa dapat pergi konsert macam ni... hurmmmmmmm

 
On March 14, 2014 at 4:47 PM , Santan Manis said... [Reply to comment]

ok. jeles seketika. :D btw SM done follow sini, jmput singgah ke blog kalau sudi :)

http://santanmanis.blogspot.com/2014/03/nostalgia-sangat-dengan-gula-gula-nie.html

 
On March 14, 2014 at 8:52 PM , luqman zakaria said... [Reply to comment]

bestnye dapat tgk..huhu

 
On March 14, 2014 at 10:28 PM , akuzle ayu said... [Reply to comment]

Syok woh Eazy..

 
On July 7, 2014 at 9:34 AM , syukur said... [Reply to comment]

Sangat mengesankan tentunya.,