Keenakkan CholeQ

Untitled 


Untitled 


Untitled 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah kali petama ku dapat pergi Food Tasting katernya hehe. Thanks Khai karena invite. Ianya bermula pada Jumaat malam yang lalu ku bersama beberapa orang blogger ke Restoran CholeQ. Balik kerja terus ku gigih pergi ke Kajang. Restoran CholeQ yang terletak di Kajang-Bangi area Taman Reko, rasanya korang pun tahukan kawasan ini. Nak tahu menu makanannya apa? jom teruskan membaca.

CholeQ? korang pernah dengar? Rasanya CholeQ ini berasal dari negeri Pantai Timur seperti Kelantan, haaa sesiapa orang Kelantan tak tau Choleq nak kata apa hehe. Choleq ini diwujudkan khas bagi untuk menghimpun semua jenis makanan 'Colek' dari seluruh Malaysia. Okay untuk pengetahuan kalian, buat pertama kali ku merasa makanan bernama Choleq ini. 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled


Rezeki pada malam itu ku dapat merasa beberapa jenis Choleq, ku tak beberapa pasti Choleq yang mana satu karena semua hampir kelihatan serupa yang ditabur diatas dan isi di dalamnya pula lain. Seperti contoh ku merasa Choleq Ayam Cherang dan Choleq Ayam Pasir Puteh, sangat sedap oh Khas dari Kelantan ke Kajang ni hehe. 

Tak perlu dah pergi jauh2 ke Kelantan untuk merasa Choleq, dekat Kajang Selangor pun dah ada terjual di sini. Banyak juga menu makanan Choleq yang kami rasa, kalian boleh juga lihat pada Senarai nama menu yang ku telah snap beserta senarai harganya sekali, sangat berpatutan bukan ? Di Sempatlah juga berphotoshoot bersama Choleq2. Ku tak pasti yang mana satu, tapi kalian boleh mencubanya.


Untitled 
Menu

Untitled
Jus buah 3 layer

Yang paling special dekat situ ialah Jus Buah 3 layer! Jus Oren, Jus Epal Hijau, dan Jus Tembikai. Kata pemilik Restoran, inspirasi ini datang semasa ke Thailand. Oh sangat segar dan manis okay Jusnya, kalau boleh nak bawa balik sekali dengan bekas2nya sekali, sangat Unik hehe. Baiklah, Choleq Restoran ini di buka dari pukul 4 petang sehingga 1 pagi.

Choleq terletak di berdekatan dengan Jalan Reko Sentral, berdekatan dengan Petronas dan Uptown Jalan Reko. Wahhh begitu strategic tempat untuk korang datang, sambil merasa Choleq sambil tu boleh shopping malam-malam dekat Uptown Jalan Reko. 


Untitled 


Untitled 


Untitled

p/s:Terima Kasih Owner Choleq, Khai Artzfar, Maznizam Adha, Nazlan Nasir, Izzati, Nannie, Mawardi Yunus, Atika Ramlan. 
LAYANS
(>_<)

9 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Huishh bestnyaaa.. tempat dia pun menarik.. cara makanan tu diolah pun buat ena rasa nak pergi makan malam ni juga.. huaaaaaa hope dapat makan kt sini suatu hari nanti

Shark Kay said...

kreatif betuil nama tu..
nampk moden bila dah rebranding nie.
mmg wajib singgah untuk kaki colek :)
jemput maklah tu cambest jer..
hehehe

Syazwan Che Deraman said...

mula mula aku tengok tajuk entry.
duk fikir, ape benda choleq ni.
bila baca and tengok gambar,baru tahu.

it is colek!!

keno try ni bos..

akuzle ayu said...

Harus terjah ni Eazy. Byk yg menarik..

Mawardi Yunus said...

ok tgh plan utk p kali ke 3 ekekeke

syukur said...

Sedapnya,,kenyang dan puas

Anonymous said...

Boleh tahu landmark restoren ni ape? Sy dh cari tp.xjumpe

hanari said...

Hemm,,segarnya makan makanan yang enak.

dilabangiWORLD said...

ALA RUGI LAR SAYA TAK ORDER AYER TINGKEK TINGKEK TU. Pe pun makanan situ semua best lah lain dari yang lain