Blogger Melawat ke Kilang Spritzer

Untitled 

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada Sabtu lalu 1 Mac 2014 ku bersama dengan lebih 20 orang blogger yang masing-masing agak terkenal hehe ke Kilang Spritzer di Taiping Perak. Hmmm ku sangat excited apabila di invite untuk ke Kilang Spritzer. Bolehlah melihat sendiri keadaan Kilang bagaimana dengan gossip-gossip yang dikatakan Kilang Spritzer berdekatan dengan Kubur Cina?

Kiranya sumber air ini bercampur dengan kubur Cina lah ye yang gossip-gossip diperkatakan? Ok baiklah, nak tahu ? jom teruskan membaca hehe. Seawal pagi kami bergerak ke tempat berkumpul di One Utama untuk menaiki bus terus ke Taiping Perak. Semua blogger yang hadir Alhamdullilah hampir semua ku kenal dan tak rasa kekok lah nanti.


Untitled


Terima Kasih kepada penganjur Spritzer dan Bro Framestone karena telah menjemput kami. First aktiviti yang dilakukan di dalam bas ialah menjawab kuiz ? Tak pernah pernah menjawab kuiz kan, last jawab kuiz pun masa study zaman U dulu hehe. Nasib baik soalannya tak lah susah mana, just basic simple questions yang kita boleh tahu sendiri okay .

Ramainya tengah khusuk menjawab kuiz dengan harapan balik nanti tidak pulang dengan tangan kosong karena ada hadiah yang menanti kalau menjawab dengan terpantas dan betul. Dengan keadaan bas yang bergoyang-goyang memang tulisan yang cantik menjadi cakar ayam lah jawabnya haha. Almaklumlah, menjawab kuiz terpantas dan tepat. mesti nak cepat kan ? hehe


Untitled 


Untitled


Sesampai aje di Taiping Perak, kami berhenti makan di Raintree Cafe Flemington Hotel di Taiping, rasanya bersebelahan dengan Taman Tasik Taiping. Makanan yang dihidangkan sangatlah sedap, almaklumlah semua kelaparan di dalam bas kan dari pagi tak makan-makanan berat, makan roti aje hehe. Selepas semua kenyang makan bergeraklah ke kilang spritzer.

Setibanya di Kilang Spritzer, kami di sambut mesra oleh staff-staff spritzer. Permulaan diberikan sedikit slide pengenalan mengenai Sprtizer. Macam biasa, dihidangkan minuman atau produk dari Spritzer hehe, satu meja mesti penuh dengan botol air spritzer hehe. Ku setiap kali akan ke tandas, almaklumlah minum air banyak kan, baru sehat hehe.


Untitled 


Untitled 


Untitled


Kemudian kami di bawa meronda-ronda sekeliling kawasan kilang Spritzer yang berkeluasan 330 ekar. Besar tu ! dan berjalan-jalan hampir seluruh kawasan kilang, ku tak nampak pun Kubur Cina yang berdekatan. Kalau ikutkan, masa dalam perjalanan balik dari Kilang, agak jauh jugak lah nak sampai dari kilang ke Kubur Cina tu, so no worries okay.

Ku pun ada terdengar isu begini dari Ayah ku sendiri apabila ku mahu membeli air mineral Spritzer. Berita sebeginilah yang ku dengar. Dan Alhamdulillah dapat rezeki ke Kilang Spritzer dan dapat melihat sendiri keadaannya bagaimana. Punca air yang diambil sedalam 400 kaki. 400 kaki? dalam sangat tu ...


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled


Ianya bersebelahan dengan Lembaga Air Perak (LAP) dengan keluasan 200 ekar dan dikelilingi oleh hutan - hutan. Cuma yang jadi isunya, Kilang Pemprosesan sahaja yang  berdekatan dengan Kubur Cina (taklah dekat sangat), tapi kawasan tempat sumber air (pump-house) yang diambil agak jauh dari kilang sehingga kami harus menaiki kenderaan ke sana. Kalian boleh lihat sendiri peta Google Maps


Lokasi-Spritzer-dan-Kubur-Cina 


Lokasi-sumber-air-Spritzer
Sumber Google Map dari bro Hafiz Rahim,


Selepas aje meronda-ronda, akhirnya kami di bawa masuk ke dalam Kilang pembuatan daripada botol sehingga pengisian air. No Camera and No Pictures ye kawan-kawan so tak dapat nak upload di sini. Memang mengagumkan Kilang Spritzer, semua mesin bergerak dan berfungsi secara automatik untuk memperbanyakkan lagi pengeluaran mengikut pasaran.


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled


Habis sudah melawat ke Kilang Spritzer, terima kasih karena menjemput hehe. Dapat juga bawa balik sedikit sagu hati berupa produk-produk keluaran Spritzer. Produk Spritzer yang ku suka ialah TINGE ! sangat sedap hehe. Bergambar di luar Kilang Spritzer dan di dalam akan umumkan siapa pemenang untuk Kuiz dan kontest Instagram dengan Hashtag #SpritzerBloggerTrip hehe. 

 LAYANS
 (>_<)

7 comments:

MissNick said...

ok terjawab sudah kan...ada juga terbaca pasal fitnah2 tu semua...lepas tu yang lain sekali baca dah percaya n sebarkan lagi...yang dok sebar benda2 buruk tu bukannya penah pergi pun...elok la kan ada lawatan tu at least blogger boleh sebarkan hal sebenar...good job :)

Amira Amin said...

Seumur hidup ni tak pernah lagi masuk mana-mana kilang. Lawatan ke tak lawatan ke, memang tak pernah. Haha.

http://inimyapunye.blogspot.com/

Incik Zarif said...

jadi, khabar angin pasal spritzer tu memang tak betul. orang sekarang memang suka menyebar perkara yg palsu. haishh

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

Naahhh tiada keraguan laa lepas ni kan.

AkuBiomed said...

Penjelasan yang diberikan. Harap dapat memberikan jawapan kepada kontroversi yang melanda Spritzer.

Wan Maruzen Wan Husain said...

jadi khabar angin tu tak betul lah..thanks for sharing.

Ujang9897 said...

gini punya penerangan pun ada yg tak caya lagi..=)