Followers

Friday, February 21, 2014

Lagu Baru ADUH - AJAI

Untitled


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minggu lalu ku berkesempatan ke Majlis Pelancaran Klip Video Karaoke Aduh - Ajai di Redbox Ria, Sogo Kuala Lumpur. Official MTV- ADUH Ajai sudah berada lama di Youtube Warner Music Malaysia semenjak 25 Disember 2013 lalu dan kini telah telah mencecah lebih daripada 170 ribu tontonan! Wow ternyata lagu Aduh ini sangat di minati ramai.


Untitled 


Untitled


ADUH merupakan sebuah lagu yang betul betul M-POP dalam gambaran penciptanya. Lagu dan lirik yang dihasilkan sepenuhnya oleh AJAI ini dipertaruhkan sebagai buah tangan terbaru. ADUH juga merupakan sebuah cetusan melodi Melayu yang santai gubahannya muziknya. ADUH kadang-kadang menjadi bahasa seharian yang kita gunakan "aduh! sakit hatiku hehe.

Ku dah dengar lagu Aduh Ajai ini berulang kali dengan CD yang diberikan. Terima Kasih Warner Music ! Aduh juga sebuah lagu yang santai dan easy listening. Aduh akan memuatkan dalam sebuah kompilasi istimewa berjudul 'REPUBLIK AJAI' dan bakal berada di pasaran Mac ini. Memuatkan 49 buah lagu hits ciptaan Ajai dari dahulu hingga sekarang !



Lirik Lagu ADUH - AJAI

 Berdiri di sebalik awan hitam yang berkepulan
Tiada pandangan yang dapat ku perlihatkan
Hanya wajah yang selalu ada di ruang mata ini
Yang sudah terlalu jemu dari pandangan
 Sudah tiba masanya ku harus berdiri tanpamu
Menggantikan dengan awan putih yang memutih
Bila aku sudah tiada baru kau kan merasai
Bagaimana oh rasanya kehilangan

 Chorus
Aduh sayang aduh kasih
 Aku dah bosan dengan caramu
Aduh usah aduh engkau
Cuba kembali pada diriku
Kerna aku dah tahu
Apa yang kau lakukan
Kerna aku tahu
Kita tak sehaluan

 Walaupun ku tahu kan separuh mati merindui kamu
Namun harus ku cuba ‘tuk melupakan dia
Tangani semua ini dengan akal fikiranku
Biar engkau kan tahu ku tak cintamu

p/s: Nak Career sebagai Cabin Crew AirAsia? Esok mari ramai-ramai datang ke Park Royal Hotel Kuala Lumpur. details boleh ke jobs.airasia.com

Untitled

Comments (2)

On February 25, 2014 at 12:20 PM , mysare said... [Reply to comment]

best lagu ni, ada kena mengenai juga huhu

 
On July 24, 2014 at 11:08 AM , hanari said... [Reply to comment]

Lagunya cukup enak didengar