Followers

Untitled 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah diberi peluang untuk attend Press Conference bersama AirAsia, Thanks invite ! Okay baiklah,AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia terus meningkatkan jaringan di rantau ini dengan pengumuman laluan terbaru, penerbangan terus menghubungkan Kuala Lumpur ke Kalibo, Filipina yang akan mula beroperasi pada 18 April 2014. Destinasi Beach Paradise akhirnya telah diumumkan oleh CEO AirAsia Aireen Omar.

Wow! Destinasi terus ke Kalibo, Boracay Filipina tanpa perlu nak transit. Ini sangat memudahkan anda untuk terus sampai ke Beach Paradise anda dalam percutian hehe. Kalibo adalah pintu masuk ke pantai dan Pulau Boracay di Filipina dan penerbangan 4x seminggu ini akan beroperasi pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad; laluan ini juga merupakan laluan ketiga destinasi Filipina dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Miri dan Kota Kinabalu.


Untitled

Dari Kanan: Kenny Wong, Head of Commercial AirAsia Berhad; Aireen Omar, Chief Executive Officer of AirAsia Berhad; H.E Jose Eduardo E. Malaya III, The Ambassador of the Philippines to Malaysia, Datin Melissa Ong, Marketing Director for Malaysia & Thailand, Philippine Department of Tourism


Dengan pengumuman Destinasi Beach Paradise tersebut ke Kalibo, AirAsia akan menawarkan tempat duduk percuma dengan cukai dan surcaj yang bermula dari serendah RM77 sehala yang boleh ditempah menerusi laman web www.airasia.com dari 12.00 tengah hari ini, 19 Februari hingga 23 Februari 2014 ! Berita baik kepada sesiapa ahli BIG.

BIG  menawarkan keutamaan penebusan bagi ahli BIG bermula dari 0 BIG Points, bermula dari 0001 hingga 1200 (GMT+8) pada 19 Februari, terlebih dahulu dari orang awam. Tempoh perjalanan bagi tempat-tempat duduk percuma bermula dari tarikh bermulanya penerbangan sulung pada 18 April 2014 sehingga 31 Januari 2015. Boleh rancang perjalanan anda mulai sekarang ! hehe.


Untitled


Untitled


Untitled


Haa dunia sekarang semakin mudah, bagi anda yang ada smartphone boleh membuat penempahan melalui aplikasi AirAsia phone masing-masing. Rasa-rasanya masing-masing pun dah muat turun aplikasi AirAsia kan? Haruslah, tak sabar untuk terbang bersama AirAsia ke destinasi yang anda ingin tuju. Dalam sidang media semalam, Aireen Omar, CEO Air Asia berkata'-

“Kami komited dalam menghubungkan komuniti-komuniti dari rantau ini yang kaya dengan destinasi-destinasi pantai dan pulau bertaraf dunia, dan kami sangat berbangga dapat menambah Kalibo, pintu masuk ke Pulau Boracay di Filipina ini ke dalam jaringan terluas dan destinasi-destinasi menarik kami.”


Untitled


Untitled


Sangat menarik hehe, kepada sesiapa yang baru mengetahui destinasi ke Kalibo ini, dan tertanya-tanya apa yang menarik disana, ada sedikit info mengenai Kalibo. "Kalibo adalah pusat daerah Aklan dan juga dikenali sebagai pintu masuk utama ke pantai putih di Pulau Boracay dan pulau-pulau disekeliling dan pantai-pantai yang merupakan destinasi yang sesuai bagi masyarakat bandar yang inginkan percutian yang dapat merehatkan minda atau menikmati aktiviti seperti snorkelling dan menyelam."

 "Kalibo juga adalah pusat pembuatan fabrik buatan tangan Filipina yang dikenali sebagai kain Pina yang diperbuat daripada fiber pokok nenas dan acara tahunan Ati-Atihan festival yang disambut setiap minggu ke-3 bulan Januari."

So tempahan akan di buka pada 19 Feb 2014 (12pm) sehingga 23 Feb 2014 ini. Jangan lepaskan peluang berharga ini hehe.

Flight Schedule for Kuala Lumpur – Kalibo (Commencing 18th April 2014):

Route
Flight No
ETD
ETA
Frequency
Kuala Lumpur– Kalibo
AK 608
1040hrs
1435hrs
Mon, Wed, Fri, Sun
Kalibo – Kuala Lumpur
AK 609
1505hrs
1850hrs
Mon, Wed, Fri, Sun


Untitled

p/s :   look up hehe
LAYANS
(>_<)