Followers

Monday, February 17, 2014

AirAsia Bloggers' Community #AABC

Untitled


Untitled 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Oh yeah untuk entry kali ini nak ucap terima kasih kepada AirAsia karena menjemput ku dan bloggers yang lain ke AirAsia Academy Sepang pada Rabu 12 Feb 2014 lalu untuk merasa pengalaman latihan menjadi seorang pramugari, pramugari ataupun Flight Attendance FA hehe. Ku bersama 3 orang blogger lain car pool ke Air Asia Academic, maaf agak terlambat sedikit karena jammed. Almaklumlah weekdays hehe 

Alhamdulillah selamat tiba di AirAsia Academic. Terima Kasih kepada Mr Ashman menjemput kami. Dimulakan dengan breakfast dahulu yang sangat sedap sebelum kami memulakan tour di keliling AirAsia Academic bersama dengan Mr Elson . Terasa sangat teruja untuk tour di dalam Academic, ibarat terasa seperti student Air Asia itu sendiri. Dari kelas makeup, safety class, examination, office admin dan lain2. Dapat juga berjumpa dengan bakal2 FA seperti dari Thailand. Oh mereka sangat Friendly hehe dan cantik ! 


Untitled 


Untitled


Untitled


Untitled


Untitled


Untitled


Pengalaman yang paling berharga apabila kami dapat merasa menjadi FA sementara didalam pesawat replika untuk Safety Demonstration dan Duties & Checks. Pengalaman menjadi P1 pun ada P2 P3 and P4 hehe. Alah, kalau korang naik flight mesti ada FA buat safety demostrations. Ku dah mengalami pengalaman exclusive ini. Safety belt, Mask, Life Jacket dan manual read di setiap tempat duduk didalam pesawat. Walaupun ada kesilapan, practice make perfect okay. Dengan latihan, apabila nak berhadapan dengan passenger tak lah rasa kekok dan segan hehe. Terima kasih kepada Mr Elson.


Untitled


Untitled


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled


Aktiviti seterusnya ialah Door Drill Training. Door Drill Training ini diberitahu untuk semua FA dapat practice untuk membuka dan menutup pintu Kapal Terbang dengan sempurna sebelum berlepas. Jika berlaku kecemasan, FA yang bertugas dapat melaksanakan tugas beliau dengan sempurna dengan latihan yang diberikan. Ku mencuba sendiri membuka pintu replika kapal terbang tersebut dan agak berat ya hehe .


Untitled


Kena memastikan semua pintu ditutup sempurna sebelum berlepas. Selagi pintu tak tutup dengan sempurna, selagi itu kapal terbang tidak boleh berlepas. Harga pintu tersebut tu pun hampir 1.8 million ! tu dia haha. Mencuba membuka pintu kapal terbang dari luar pun perlu ada kekuatan untuk membukanya. Dapat juga merasa sendiri Door Drill Training seperti ini hehe.


Untitled 


Untitled


Okay seterusnya ialah Slide Drill, Slide yang akan terbuka apabila berlaku kecemasan untuk turun dari Kapal Terbang. Seperti gelongsor menyusur ke bawah, ku dan beberapa rakan blogger lain mencuba gelongsor dengan pelbagai cara. Dengan cara tangan ditegakkan dan badan bongkong sedikit ke bawah supaya dapat terus gelongsong tanpa cedera. Ada juga dikalangan blogger kita Maznizam Adha berasa gayat untuk gelongsor ke bawah. Gayat pun terjah aje hehe dapat rasa pengalaman Slide Drill.


Untitled 


Untitled


Lastly, kami dapat merasa menjalani latihan Water Drill ! nasib baiklah ku boleh lah berenang sikit hehe. Okay, menjalani water drill cara-cara menaiki Life Boat. Ku menjadi orang terakhir menaiki Life Boat karena mahu memastikan semua penumpang selamat naik ke atas Life Boat. Perghh !! agak memenatkan, almaklumlah dah lama tak practise berenang, memang akan penat teruslah hehe.

Selepas semua naik ke atas Life Boat, kami dibahagikan kumpulan dengan mendayung Life Boat tersebut sampai ke darat atau di tempat yang selamat. Latihan Water Drill ini sangat mencabar dan memerlukan stamina yang kuat, kalau tidak anda akan kepenatan serta merta di situ.Terima Kasih kepada En Mahadi karena tunjuk ajar. Ku sangat berterima kasih kat Air Asia karena sudi jemput dan bagi peluang merasai pengalaman yang exclusive ini ! tak ramai yang terpilih tau untuk merasa.

Begitulah salah satu training yang wajib dan perlu dilalui oleh seorang bakal FA sebelum bertugas di situasi sebenar. Perlu bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. Thanks Air Asia. AirAsia Bloggers' Community.


Untitled


Untitled


Untitled


p/s: nak rasa lagi pengalaman-pengalaman sebegini hehe. Thanks AirAsia #AABC #AirAsia #AABCCabinCrewForADay
LAYANS
(>_<)

Comments (5)

On February 17, 2014 at 7:48 PM , Marionette Doll said... [Reply to comment]

I am attracted to that mermaid's hair color

 
On February 18, 2014 at 6:50 PM , Macikz Konah said... [Reply to comment]

Best eazy. Pengalaman tu. Tak boleh beli pakai duit.....

 
On February 24, 2014 at 10:58 AM , ::FAIZ:: said... [Reply to comment]

rindu gile tmpt tu... bestkan? if u study kat situ lg best. cuma exam la x best. hehe

owh, sorry, bkn Air Asia Academic, Tapi Air Asia Academy.

 
On May 9, 2014 at 12:24 AM , *JacQueliNe* said... [Reply to comment]

Looks fun!

 
On May 26, 2015 at 1:01 PM , gulew kapas said... [Reply to comment]

seronoknya. bro. event jumaat ni event ape ye? maaf sy baru join AABC