OMA CNY Dinner Gathering

DSC_2885


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

OMA CNY Dinner Gathering ? ataupun Online Media Associates Chinese New Year Dinner Gathering baru-baru ini diadakan di Restoran Hanz Harvest & Cafe bersama dengan P1. Terima kasih kepada Bro Framestone invite ku ke event Dinner Gathering ini bersama P1 untuk memeriahkan lagi.

Di dalam Dinner Gathering ini, terlibat bersama orang-orang kuat P1 turun padang bersama dengan kami Online Media Associates. Wow ! bukan senang ye nak jumpa dan bersembang bersama dengan orang-orang P1 ini. Ku berasa sangat beruntung dapat mengenali.

Dimulakan majlis Gathering ini dengan beberapa ucapan oleh orang kuat P1 dan juga bercerita serba sedikit mengenai hal isu kontroversi yang melanda P1 dahulu. Bagiku, kita tak boleh lah salah seratus peratus kepada syarikat telekomunikasi yang kita ambil, lihat pada kesalahan diri kita dahulu apa yang kita terlepas pandang.


IMG_1750


Haaa itu satu topik yang boleh ku kongsikan mengenai Perkara yang Anda Mesti Tahu Sebelum Mendaftar Masuk ke Mana-mana Kontrak Perkhidmatan.Ianya mengenai CTOS yang bermaksud “Credit Tip-Off Service”. Ia membekalkan system maklumat yang digunapakai secara meluas oleh kebanyakan institusi kewangan, syarikat dan perniagaan komersial, firma perundangan dan institusi yang lain untuk menyemak status kewangan dan maklumat bakal pelanggan.

Pelanggan tidak akan disenaraikan dalam CTOS selama-lamanya dan ia boleh dinyahsenarai setelah apa-apa bayaran yang tertunggak dibuat atau pertikaian (dispute) dapat diselesaikan dengan "pembekal perkhidmatan". So detailsnya korang boleh baca artikel di bawah ni, PENTING TAU. Kalau tak nampak klik lah ye untuk tumbesaran.


viewer (1)


viewer


Okay dah baca kan? so korang kena tahu lah 7 hal penting yang anda harus tahu tentang kontrak perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang tipikal untuk melindungi hak anda dan juga untuk memahami hak pembekal perkhidmatan.


IMG_1753


Selepas ucapan dari orang kuat P1. Hidangan utama yang tersedia di atas meja ialah Makanan Perayaan Chinese New Year iaitu ' Yee Sang '. Wahhh buat pertama kali ku merasa hidangan tersebut, suatu pengalaman sangat berharga lagi-lagi pegang chopstick hehe. Agak terkehel juga lah tapi lama-lama dah ok hehe.

Terima Kasih kepada P1 dan Bro menjemput ku ke Online Media Assiociates Chinese New Year Dinner Gathering.

p/s: Happy Chinese New Year yang akan datang tak lama lagi tahniah Bro Framestone menang iPad mini lagi hehe
LAYANS
(>_<)

No comments: