Followers

Untitled 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Oh yeah semalam  28 January 2014 ku telah menghadiri ke Pelancaran Transformers Expo Malaysia 2014! Hasbro's TRANSFORMERS Expo 2014 kick started their 30 Anniversary celebration di Malaysia untuk pertama kalinya ! Wah ! memang sesuai dengan Visit Malaysia 2014. Terima Kasih Genting karena menjemput.

Transformers Expo Malaysia 2014 ini dilancarkan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Ini adalah kali pertama Transformers Expo diadakan di dalam skala yang besar dan mempamerkan dua watak utama iaitu Optimus Prime dan Bumble Bee yang tingginya hampir 23 kaki bernilai hampir 2 juta.


Untitled 


Untitled 


Untitled


Ini adalah diberi peluang kepada peminat-peminat Transformers di dalam malah diluar negara untuk ke Malaysia, khasnya di Genting Highlands apabila Transformers Expo ini sedang berlangsung. Ia juga dapat meningkatkan pengunjung luar untuk Visit Malaysia 2014. Okay kita teruskan pengembaraan di dalam Expo ini.

First stop di bahagian Collector mainan Transformers from all the time dari permulaan tahun Transformers hingga sekarang. Memang Lejen betul bila ku melihat semua koleksi mainan Transformers ini. Mesti ada diantara kalian yang ada koleksi yang diminati masing-masing kan ? Hampir 1520 collectibles and memorabilia oleh peminat di Malaysia berkumpul.


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled


Second stop, untuk sesiapa peminat kereta boleh dapat melihat sendiri Kereta Chevrolet CAMARO yang boleh bertukar kepada Bumble Bee di hadapan mata anda sendiri. Jarang-jarang kot dapat melihat CAMARO di Malaysia. CAMARO Kuning berada disitu untuk pengunjung berpeluang untuk bergambar dengan Bumble Bee hehe.

Next stop is 3D Warzone tunnel! Di sini anda akan diberikan cermin mata 3D untuk melihat feature Transformers Movies dan kartun ! dengan memakai cermin mata 3D seolah -olah anda berada di dalam cerita tersebut. Dalam tunnel itu memaparkan 84 inch Toshiba 4k Ultra HD Resolution yang sangat jelas dan terbaik !


Untitled 


Untitled 


Untitled


Selepas melalui tunnel, anda akan terus masuk ke dalam Arena of Stars dan melihat sendiri Optimus Prime yang berketinggian 23 kaki dan Bumble Bee yang berketinggian 18 kaki ! Seolah melihat watak tersebut muncul dihadapan kita sendiri dan Ianya sangat awesome ! Ia satu peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk melihat Transformers.

Selain daripada itu, pengunjung juga dapat mengambil gambar dengan watak dan Mascots Transformers kegemaran mereka. Tidak ketinggalan akan ada banyak giveaways, contest dan stage performance di dalam Expo tersebut. Terdapat banyak peluang untuk memenangi hadiah melalui menjawab soalan trivia yang di host EMcee di Expo tersebut.


Untitled 


Untitled


Wow ! memang awesome dan menarik ! ok baiklah, Transformers Expo 2014 ini akan bermula pada 31 January 2014 sehingga 16 February 2014 selama 17 hari ! Ianya tak lama, save the date! gunakan peluang cuti sekolah Tahun Baru Cina ini dan masa terluang kalian untuk ke Expo Transformers !

Tiket untuk kanak-kanak RM 45 berumur antara 4 hingga 12 tahun dan RM 55 untuk dewasa. Untuk warga emas pula 60 tahun ke atas hanya RM45 sahaja. Bagi pakej keluarga 2 dewasa dan 2 kanak-kanak hanya RM180 per family. Untuk maklumat lanjut boleh lah layari www.transformersmal.com.my


Untitled
Ku Bersama dengan Mr Wong Chin Yam salah seorang founder dan collector mainan Transformers ini !


p/s: Rasa macam nak pergi lagi sekali jumpa dengan Bumble Bee hehe
LAYANS
(>_<)