Followers

Friday, January 24, 2014

Kami Histeria Pra Tonton ! Terbaik

Untitled 

 Assalamuailaikum WBT & Salam Sejahtera


Oh yeah ! dah lama ku tak pergi ke pra tonton sebegini, terima kasih lah kepada Bro Framestone bagi tiket ke Pra Tonton filem ini hehe. Memang ku ternanti nanti untuk menonton filem ini karena ku nonton trailer Kami Histeria ini di Astro. Macam best je, macam menarik je, macam nak nonton je? sekali dapat Alhamdulillah .

Okay baiklah, Filem Kami Histeria ini mempamerkan pelakon yang begitu mantop seperti Nur Fazura, Nad Zainal, Diana Danielle, Sara Ali, Mila Jirin dan Umie Omar. Ia juga turut dibantu oleh Afdlin Shauki dan Izzue Islam. Ini adalah pertama kali pelakon pelakon ini digandingkan bersama.


Untitled 


Untitled


Sedikit sinopsis Filem Kami Histeria ini memaparkan 5 gadis remaja yang gemar dengan membuat lagu dan memain alat muzik dan akan dimuat naik ke laman Youtube. Pada suatu malam sedang mereka merakam lagu baru, terdengar bunyi langsuir sedang mengilai dan mereka terakam dalam lagu tersebut.

Yakin bahawa suara mengilai tersebut tidak begitu jelas kedengaran, mereka sepakat untuk upload lagu tersebut seperti biasa. Dalam masa yang singkat lagu tersebut menjadi popular. Dengan populariti yang telah dikecapi, mereka terus memuat naik lagu baru, namun tidak satu pun berjaya mendapat perhatian ramai.



Untitled 


Untitled 

Mereka kemudian menyimpulkan bahawa lagu popular mereka berjaya hasil dari pertolongan 'pengeras'nya. Nekad untuk mengulangi kejayaan lagu pertama, KAMI HISTERIA masuk ke dalam hutan dibelakang pangsapuri mereka dengan perakam suara untuk 'meminjam' suara 'Langsuir' tersebut sekali lagi.

Kami Histeria ini telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 2 juta dan masa penggambaran diambil selama sebulan dan 10 bulan lagi untuk meyiapkan editing dan kesan khas serta muzik dalam filem ini. Kami Histeria terbitan Astro Shaw, Marna Films dan Red Films ini adalah dibawah pengarah Shamyl Othman dan lakon layarnya Rafidah 3R!


Untitled 

Ku pergi pra tonton Kami Histeria ini pada 15 Januari 2014! wehooo ceritanya best ! dan anda harus tonton dipawagam pada 6 Februari ini. Ku pun rasa nak menonton kali kedua. Dapat juga ku berjumpa dengan barisan artis Kami Histeria, terutama sekali Fazura hehe dapat juga bergambar. Nak lihat gambar ? scroll ke bawah lagi.


Untitled

Nur Fazura sebagai Cik Lang / Langsuir


Untitled

Sara Ali sebagai Bad


Untitled

Mila Jirin sebagai Airin


Untitled

Rafidah 3R / Lakonlayar/Cerita Asal


Untitled

Umie Omar sebagai Jojo


Untitled

Nad Zainal sebagai Peanut


Diana Danielle

dan watak utama Diana Danielle sebagai Laila

p/s: capai hajat jumpa Fazura hehe, jealous tak ?? hehe. OST Kami Histeria best juga! memaparkan penyanyi suara Diana Danielle dan Mila Jirin. Boleh search di Youtube
LAYANS
(>_<)

Comments (2)

On January 24, 2014 at 12:05 PM , ✿AINAA ROSEBERRY✿ said... [Reply to comment]

untunglah dapat jumpa artis2... huuuuuu..

 
On January 25, 2014 at 12:53 PM , Anisa Anuar said... [Reply to comment]

walaweiiii jumpe artisssss =)