Untitled 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Oh yeah semalam  28 January 2014 ku telah menghadiri ke Pelancaran Transformers Expo Malaysia 2014! Hasbro's TRANSFORMERS Expo 2014 kick started their 30 Anniversary celebration di Malaysia untuk pertama kalinya ! Wah ! memang sesuai dengan Visit Malaysia 2014. Terima Kasih Genting karena menjemput.

Transformers Expo Malaysia 2014 ini dilancarkan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Ini adalah kali pertama Transformers Expo diadakan di dalam skala yang besar dan mempamerkan dua watak utama iaitu Optimus Prime dan Bumble Bee yang tingginya hampir 23 kaki bernilai hampir 2 juta.


Untitled 


Untitled 


Untitled


Ini adalah diberi peluang kepada peminat-peminat Transformers di dalam malah diluar negara untuk ke Malaysia, khasnya di Genting Highlands apabila Transformers Expo ini sedang berlangsung. Ia juga dapat meningkatkan pengunjung luar untuk Visit Malaysia 2014. Okay kita teruskan pengembaraan di dalam Expo ini.

First stop di bahagian Collector mainan Transformers from all the time dari permulaan tahun Transformers hingga sekarang. Memang Lejen betul bila ku melihat semua koleksi mainan Transformers ini. Mesti ada diantara kalian yang ada koleksi yang diminati masing-masing kan ? Hampir 1520 collectibles and memorabilia oleh peminat di Malaysia berkumpul.


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled 


Untitled


Second stop, untuk sesiapa peminat kereta boleh dapat melihat sendiri Kereta Chevrolet CAMARO yang boleh bertukar kepada Bumble Bee di hadapan mata anda sendiri. Jarang-jarang kot dapat melihat CAMARO di Malaysia. CAMARO Kuning berada disitu untuk pengunjung berpeluang untuk bergambar dengan Bumble Bee hehe.

Next stop is 3D Warzone tunnel! Di sini anda akan diberikan cermin mata 3D untuk melihat feature Transformers Movies dan kartun ! dengan memakai cermin mata 3D seolah -olah anda berada di dalam cerita tersebut. Dalam tunnel itu memaparkan 84 inch Toshiba 4k Ultra HD Resolution yang sangat jelas dan terbaik !


Untitled 


Untitled 


Untitled


Selepas melalui tunnel, anda akan terus masuk ke dalam Arena of Stars dan melihat sendiri Optimus Prime yang berketinggian 23 kaki dan Bumble Bee yang berketinggian 18 kaki ! Seolah melihat watak tersebut muncul dihadapan kita sendiri dan Ianya sangat awesome ! Ia satu peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk melihat Transformers.

Selain daripada itu, pengunjung juga dapat mengambil gambar dengan watak dan Mascots Transformers kegemaran mereka. Tidak ketinggalan akan ada banyak giveaways, contest dan stage performance di dalam Expo tersebut. Terdapat banyak peluang untuk memenangi hadiah melalui menjawab soalan trivia yang di host EMcee di Expo tersebut.


Untitled 


Untitled


Wow ! memang awesome dan menarik ! ok baiklah, Transformers Expo 2014 ini akan bermula pada 31 January 2014 sehingga 16 February 2014 selama 17 hari ! Ianya tak lama, save the date! gunakan peluang cuti sekolah Tahun Baru Cina ini dan masa terluang kalian untuk ke Expo Transformers !

Tiket untuk kanak-kanak RM 45 berumur antara 4 hingga 12 tahun dan RM 55 untuk dewasa. Untuk warga emas pula 60 tahun ke atas hanya RM45 sahaja. Bagi pakej keluarga 2 dewasa dan 2 kanak-kanak hanya RM180 per family. Untuk maklumat lanjut boleh lah layari www.transformersmal.com.my


Untitled
Ku Bersama dengan Mr Wong Chin Yam salah seorang founder dan collector mainan Transformers ini !


p/s: Rasa macam nak pergi lagi sekali jumpa dengan Bumble Bee hehe
LAYANS
(>_<)
Untitled 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


First of all ku mengucapkan Tahniah buat Hafiz menjadi Juara Lagu untuk Anugerah Juara Lagu AJL 28 dengan lagunya Bahagiamu Deritaku.

Adakah Hafiz mengikuti jejak langkah Siti Nurhaliza di Anugerah Juara lagu ? Legend juara lagu sedang tercipta selepas Dato Siti Nurhaliza yang memenangi banyak kategori dalam sesuatu juara lagu dan sekali gus dinobatkan sebagai Juara Lagu !



Untitled


Seperti Hafiz pula juga pernah memenangi beberapa kategori dalam juara lagu yang sebelum ini. Dan terbukti pada malam semalam Hafiz dinobatkan Juara Lagu yang ke 28 ! Juga memenangi persembahan terbaik.



Untitled 


Pada tahun 1997 Dato Siti Nurhaliza telah dinobatkan Juara Lagu kategori Balada dengan lagu Aku Cinta Padamu, lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri. Suatu kebetulan Hafiz telah memenangi Juara Lagu Bahagiamu Deritaku juga lagu dan lirik ciptaan LY dan Baiduri hehe.

P/s: AJL28 trending sekarang hehe
LAYANS
(>_<)
Untitled 

 Assalamuailaikum WBT & Salam Sejahtera


Oh yeah ! dah lama ku tak pergi ke pra tonton sebegini, terima kasih lah kepada Bro Framestone bagi tiket ke Pra Tonton filem ini hehe. Memang ku ternanti nanti untuk menonton filem ini karena ku nonton trailer Kami Histeria ini di Astro. Macam best je, macam menarik je, macam nak nonton je? sekali dapat Alhamdulillah .

Okay baiklah, Filem Kami Histeria ini mempamerkan pelakon yang begitu mantop seperti Nur Fazura, Nad Zainal, Diana Danielle, Sara Ali, Mila Jirin dan Umie Omar. Ia juga turut dibantu oleh Afdlin Shauki dan Izzue Islam. Ini adalah pertama kali pelakon pelakon ini digandingkan bersama.


Untitled 


Untitled


Sedikit sinopsis Filem Kami Histeria ini memaparkan 5 gadis remaja yang gemar dengan membuat lagu dan memain alat muzik dan akan dimuat naik ke laman Youtube. Pada suatu malam sedang mereka merakam lagu baru, terdengar bunyi langsuir sedang mengilai dan mereka terakam dalam lagu tersebut.

Yakin bahawa suara mengilai tersebut tidak begitu jelas kedengaran, mereka sepakat untuk upload lagu tersebut seperti biasa. Dalam masa yang singkat lagu tersebut menjadi popular. Dengan populariti yang telah dikecapi, mereka terus memuat naik lagu baru, namun tidak satu pun berjaya mendapat perhatian ramai.



Untitled 


Untitled 

Mereka kemudian menyimpulkan bahawa lagu popular mereka berjaya hasil dari pertolongan 'pengeras'nya. Nekad untuk mengulangi kejayaan lagu pertama, KAMI HISTERIA masuk ke dalam hutan dibelakang pangsapuri mereka dengan perakam suara untuk 'meminjam' suara 'Langsuir' tersebut sekali lagi.

Kami Histeria ini telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 2 juta dan masa penggambaran diambil selama sebulan dan 10 bulan lagi untuk meyiapkan editing dan kesan khas serta muzik dalam filem ini. Kami Histeria terbitan Astro Shaw, Marna Films dan Red Films ini adalah dibawah pengarah Shamyl Othman dan lakon layarnya Rafidah 3R!


Untitled 

Ku pergi pra tonton Kami Histeria ini pada 15 Januari 2014! wehooo ceritanya best ! dan anda harus tonton dipawagam pada 6 Februari ini. Ku pun rasa nak menonton kali kedua. Dapat juga ku berjumpa dengan barisan artis Kami Histeria, terutama sekali Fazura hehe dapat juga bergambar. Nak lihat gambar ? scroll ke bawah lagi.


Untitled

Nur Fazura sebagai Cik Lang / Langsuir


Untitled

Sara Ali sebagai Bad


Untitled

Mila Jirin sebagai Airin


Untitled

Rafidah 3R / Lakonlayar/Cerita Asal


Untitled

Umie Omar sebagai Jojo


Untitled

Nad Zainal sebagai Peanut


Diana Danielle

dan watak utama Diana Danielle sebagai Laila

p/s: capai hajat jumpa Fazura hehe, jealous tak ?? hehe. OST Kami Histeria best juga! memaparkan penyanyi suara Diana Danielle dan Mila Jirin. Boleh search di Youtube
LAYANS
(>_<)
DSC_2885


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

OMA CNY Dinner Gathering ? ataupun Online Media Associates Chinese New Year Dinner Gathering baru-baru ini diadakan di Restoran Hanz Harvest & Cafe bersama dengan P1. Terima kasih kepada Bro Framestone invite ku ke event Dinner Gathering ini bersama P1 untuk memeriahkan lagi.

Di dalam Dinner Gathering ini, terlibat bersama orang-orang kuat P1 turun padang bersama dengan kami Online Media Associates. Wow ! bukan senang ye nak jumpa dan bersembang bersama dengan orang-orang P1 ini. Ku berasa sangat beruntung dapat mengenali.

Dimulakan majlis Gathering ini dengan beberapa ucapan oleh orang kuat P1 dan juga bercerita serba sedikit mengenai hal isu kontroversi yang melanda P1 dahulu. Bagiku, kita tak boleh lah salah seratus peratus kepada syarikat telekomunikasi yang kita ambil, lihat pada kesalahan diri kita dahulu apa yang kita terlepas pandang.


IMG_1750


Haaa itu satu topik yang boleh ku kongsikan mengenai Perkara yang Anda Mesti Tahu Sebelum Mendaftar Masuk ke Mana-mana Kontrak Perkhidmatan.Ianya mengenai CTOS yang bermaksud “Credit Tip-Off Service”. Ia membekalkan system maklumat yang digunapakai secara meluas oleh kebanyakan institusi kewangan, syarikat dan perniagaan komersial, firma perundangan dan institusi yang lain untuk menyemak status kewangan dan maklumat bakal pelanggan.

Pelanggan tidak akan disenaraikan dalam CTOS selama-lamanya dan ia boleh dinyahsenarai setelah apa-apa bayaran yang tertunggak dibuat atau pertikaian (dispute) dapat diselesaikan dengan "pembekal perkhidmatan". So detailsnya korang boleh baca artikel di bawah ni, PENTING TAU. Kalau tak nampak klik lah ye untuk tumbesaran.


viewer (1)


viewer


Okay dah baca kan? so korang kena tahu lah 7 hal penting yang anda harus tahu tentang kontrak perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang tipikal untuk melindungi hak anda dan juga untuk memahami hak pembekal perkhidmatan.


IMG_1753


Selepas ucapan dari orang kuat P1. Hidangan utama yang tersedia di atas meja ialah Makanan Perayaan Chinese New Year iaitu ' Yee Sang '. Wahhh buat pertama kali ku merasa hidangan tersebut, suatu pengalaman sangat berharga lagi-lagi pegang chopstick hehe. Agak terkehel juga lah tapi lama-lama dah ok hehe.

Terima Kasih kepada P1 dan Bro menjemput ku ke Online Media Assiociates Chinese New Year Dinner Gathering.

p/s: Happy Chinese New Year yang akan datang tak lama lagi tahniah Bro Framestone menang iPad mini lagi hehe
LAYANS
(>_<)
Untitled
 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Jumaat 17 Januari 2014- Kuala Lumpur, ku menghadiri Press Conference bersama Malaysian Society Of Hypertension ataupun Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH 2014) di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur. MSH 2014 sempena 11th Annual Scientific Meeting . 3 hari event ini dilancarkan oleh Director-General of Health Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.


Turut ada  Majlis pelancaran Meeting ini adalah Professor Datin Dr Chia Yook Chin (President, Malaysia Society of Hypertension). Professor Dr Abdul Rashid Abdul Rahman (Chairman, Hypertension Guidelines Working Group,CPG, Malaysia). Dan Associate Professor Dr Sazzli Kassim (Chairperson of the Scientific Committe).

Untitled


Untitled


Annual Scientifi Meeting ini akan dibawa bersama 8 international speaker dan hampir 30 local speakers dengan hampir 400 delegates yang menyertai Annual Scientific Meeting ini selama 3 hari ini. Ini adalah berkaitan untuk menggalakkan semangat wawasan yang mendalam, perbincangan untuk menangani isu2 penting mengenai tekanan darah tinggi.


Isu tekanan darah tinggi ini adalah MAJOR CONCERN di Malaysia tahu. berkata dalam ucapan pelancaran oleh YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah "It is indeed with great pleasure that I accept this kind invitation from the Malaysian Society of Hypertension (MSH) to deliver this Keynote Address at their 11th Annual Scientific Meeting. Pleasure,"


Beliau berkata lagi " Yes, but also with some trepidation as I note that the MSH has managed to secure top scholars and researchers to this Meeting – it’s almost like a meeting of Who’s Who in hypertension. Nonetheless, this Keynote Address provides me with an opportunity to engage you with my thoughts to help us all move forward together to help secure a lasting success in this area of public health challenge."


Dalam press conference beliau juga berkata, perlu di sektor Kesihatan seperti di Sektor Awam dan Sektor Swasta untuk bergabung jadi satu ataupun integrasi dan sesama membantu dan menangani isu Tekanan Darah Tinggi ini ataupun Hypertension adalah pembunuh No satu di Malaysia.


Di sini ku terangkan serba sedikit mengenai Hypertension ini, korang mesti ada yang blur2 sikitkan? hehe. Ok baiklah,tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah satu keadaan yang berlaku apabila tekanan di dalam arteri anda adalah konsisten di atas julat normal. Tekanan darah adalah daya darah menolak ke arah dinding arteri.

Hipertensi ini juga dipanggil 'silent killer' kerana tiada simptom penyebabnya. Bahaya juga tu, selalulah korang buat medical checkup ya. Cadangan daripada Doctor :-
  • pesakit perlulah membuat follow up dengan doctor
  • pesakit perlu mendapat pandangan nasihat daripada doctor
  • pesakit perlu beritahu doctor selepas mengalami side effect dari mana perubatan
Dari segi cara hidup pula perlulah mengurangkan memakan makanan yang berlemak tinggi, berkolesterol dan kurangkan garam. Elakkan daripada merokok, kurangkan stress dan maintain exercise harian. 

Leaflet ENG Inside (Blue) 5 Boxes MSH 


Leaflet ENG cover (Blue) 5 Boxes MSH


Untitled


p/s : jagalah kesihatan, ramai dengar yang sakit ni, prevention is better rather than cure 
LAYANS
(>_<)
Untitled

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

KUALA LUMPUR - Khamis 9 Januari 2014, Soft Launch of Transformers Expo Malaysia 2014 telah dilancarkan dan disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Puan Hamdiah Ismail di Times Square, First World Plaza, Resort World Genting. Wahhh ramai yang ternanti nantikan Expo sebegini di Genting Highlands sementara menunggu Outdoor Theme Genting akan dibuka tak lama lagi .


DSC_2416


Emcee telah memulakan kata katanya dan Miss Angeala Siew, Project Director of Target Exposition, naik ke pentas untuk memberikan ucapan beliau. Beliau berkata "This expo is unlike any Transformers exhibition held before."Tambah beliau lagi "Some of the highlights would be the popular 23 feet-tall Optimus Prime, Bumble Bee & Camaro Chevrolet making their debut here at the expo" Beliau juga berkata "There will also be 3D mapping, Augmented Reality, Cybertron World on 3D tunnel technology.


DSC_2424


Selepas itu Mr Kenny Yap, Assistant Vice President of Theme Park Operations & Marketing, Resort World Genting, pula naik ke pentas untuk memberi ucapan. Beliau berkata "This expo where visitors can venture to Transformers world at a few zones namely the Cybertron, home planet of Transfornmers" , Tambah beliau lagi "Visitors will witness the never ending battling to control Cybertron and its resources, the Transformers' epic wars and take part in the war games."

Excited bukan ! tak sabar menanti Expo ini akan dibuka pada 31 January 2014 sehingga 16 February 2014 ini. Dengar kata event ini akan berlangsung di Arena of Star Genting. Event ini di organised oleh Target Exposition Sdn Bhd in association bersama Hasbro Incorporated dan supported oleh Resort World Genting serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk sambutan Anniversary Transformers yang ke 30 !


Untitled


Untitled



6I7K7204 


Almaklumlah kan Visit Malaysia Year 2014 baru dilancarkan, event seperti ini amat digalakkan terutama dapat menarik pelancong luar serta pelancong tempatan. Ok baiklah, selepas sahaja ke majlis pelancaran. Kami terus dibawa ke Press Conference dan media disitu mengajukan beberapa soalan mengenai Soft Launch Transformers Expo ini. Semestinya ramai yang tidak sabar untuk ke EXPO Transfomers ini yang akan bermula pada 31 Januari hingga 16 Februari 2014.

Ku pun tak sabar hehe. Harga ticketnya adalah RM45 untuk kanak - kanak yang berumur 4 hingga 12 dan RM55 untuk orang dewasa. Bagi bayi dan kanak - kanak berumur bawah 3 tahun adalah percuma. Bagi Warga Emas pula yang berumur 60 dan ke atas adalah RM45. Untuk maklumat lanjut, please check it out on www.transformersmal.com.my

For Further enquiries, please contact 603-6259-2697


Untitled



6I7K7327 


p/s : Jom ke Genting Highland, dapat juga bergambar dengan bumble bee hehe
LAYANS
(>_<)