C88E0034


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada Sabtu lalu 29 November 2014, Resort World Genting mengadakan pertunjukkan untuk Sesame Street Live - Elmo Makes Music ! di Genting International Showroom Genting Highland dan ku bersama dengan rakan-rakan blogger yang lain. Okay baiklah, sesiapa di sini membesar dengan siri Sesame Street ini yang selalu ditayangkan di kaca televisyen? Mesti ramai kan ? Ku pun hehe. 


C88E9685


C88E9797


C88E9805


Sesame Street yang sangat popular dengan program pendidikan televisyen untuk kanak-kanak baru nak belajar telah menjadi pendorong berjaya selama 45 tahun ! dan menjadi rancangan yang terpanjang yang pernah ditayangkan di televisyen. Karektor kegemaran ku dalam Sesame Street mestilah Elmo yang sungguh comel itu hihi.

Sesame Street Live - Elmo Makes Music di Resort World Genting akan dipersembahkan hampir 2 dozen lagu dan diikut dengan lagu klasik buat kanak-kanak boleh menyanyikan bersama seperti C is for COOKIES dan 'The Alphabet Song' semasa persembahan yang telah diadakan pada 28th November 2014 sehingga 3 January 2015 .

Christopher Harper, Director of  'Sesame Street Live - Elmo Makes Music' berkata "Sesame Street Live - Elmo Makes Music ini didatangi dengan productions yang terbaharu termasuk beberapa lagu baru dan kanak-kanak boleh mengikuti menyanyi bersama-sama secara live yang akan diperform oleh Elmo & Friends dan pastinya disukai kanak-kanak.


C88E9901


C88E9939


C88E9991


Okay, Elmo, Abby Cadabby, Cookie Monster, Big Bird dan semua kawan-kawan dari Sesame Street akan menggegarkan Resort World Genting dengan persembahan Sesame Street Live-Elmo Makes Music bermula pada 28 November 2014 ini !. Proudly organized oleh RWGenting, Produced oleh VEE Production. Genting Reward dan CIMB bank card holder akan mendapat exclusive discount !

Ku sendiri menonton dan menyertainya memang mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu belajar huruf-huruf hehe. Memang meriah dan penuh dengan kanak-kanak. Sepanjang show dijalankan. Ia mengambil masa dalam 90 minit dari 5.30pm tiap hari kecuali hari Selasa dan persembahan tambahan dari pukul 2.00pm untuk hari Jumaat dan Sabtu.

Tiket bermula dari RM88 dan ke atas, so jangan lepaskan peluang ini untuk menonton Sesame Street Live - Elmo Makes Music di Genting International Showroom, Genting. untuk maklumat lanjut boleh layari di www.rwgenting.com atau telefon di 03-61011118


20141129_154811
Pizza Hut 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada minggu lalu ku berpeluang ke Pizza Hut Maju Junction untuk Pizza Hut's Jam Packed Pizza Blogger Party. Ini kerana pelancaran pizza terbaru keluaran Pizza Hut Malaysia. Piza dua lapisan, keju 3 rasa dan inti berganda adalah ungkapan yang jelas menggambarkan piza terbaru dan menawarkan pelbagai cetusan rasa hebat dalam satu piza. Ku sendiri pernah merasa, terbaik !


Pizza Hut


Piza Jam-packed padat dengan segala rasa yang anda inginkan seperti sos, inti dan juga keju 3 rasa memberikan korang dua kali kenikmatan dalam setiap rasa kegigitan. Piza Jam-packed baharu ini adalah dua lapisan inti disusun bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian. Kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama kepingan peperoni ayam dan sensasi sos pesto, chicken peperoni florets, lada benggala serta hirisan daging ayam lazat.

Piza lapisan bawah yang melengkapi piza lapisan atas dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar lain yang sememangnya menyelerakan. Kehebatan piza ini terletak pada kepadatannya dengan pelbagai rasa yang pastinya menawan setiap rasa. Hmm begitulah rasa piza terbaru Jam-packed pizza yang ku rasa memang sangat terliur.


Pizza Hut


Pizza Hut


Pizza Hut


Pizza Hut


Disamping merasa piza jam packed piza yang terbaru, kami juga dapat merasa beberapa menu yang disediakan oleh Pizza Hut dari pembuka selera sehingga pencuci mulut. Sangat sedap dan menyelerakan. Selain itu, kami juga menyertai beberapa aktiviti yang menyeronokkan dan dapat memenangi beberapa hadiah sampingan yang akan dibawa balik hehe.

Seperti berselfie yang paling kreatif bersama Pizza Jam-Packed, tweet yang paling kreatif dan beberapa trivia questions yang lain. Alhamdulillah ku dapat menang pendrive untuk tweet yang kreatif hehe. Piza Jam-packed ini boleh didapati secara makan di restoran, bawa pulang atau khidmat penghantaran. Dengan tambahan hanya RM6.00, anda boleh menikmati piza Jam-packed ini melalui kombo Huts Delight Meal, Big Double Box dan Big Variety Box.

Terima kepada Pizza Hut karena memberi peluang ku merasa Pizza Jam-Packed ini dan tak lupa juga blogger Izzati dan Khai Artzfar karena menjemput.


Pizza Hut


LAYANS
(>_<)
Ruza Malaysia 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah pada minggu lalu ku berpeluang nak merasa dan review satu product keluaran Ruza Malaysia iaitu Ruza Nutri Drink Cafe Latte Mix dan Choc-o-lait mix. Semua mesti tertanya-tanyakan apakah itu? ianya ialah dua perisa serbuk air Kopi Latte dan Chocolate. Selalunya korang hanya minum kopi latte ataupun Coklat panas yang biasa2 aje kan ?

Tapi Cafe Latte Mix dan Choc-o-lait mix oleh Ruza Nutri Drink Malaysia ini selain hanya anda minum tapi akan mendapat tambahan manfaat kesihatan seperti campuran Pearl & Sakura Extract yang dapat meningkatkan daya hidup, anti-inflammation dan meningkatkan daya penglihatan. Campuran Almond, Papaya dan Tomato Extract yang dapat meningkatkan metabolism, meningkatkan blood circulation dan tinggi antioxidant. 


Ruza Malaysia
Cafe Latte Mix


Ruza Malaysia
Choc-o-lait mix


Bagus bukan? selain daripada itu, ia juga mengandungi Calcium & Protein amino acids yang dapat melawan osteoporosis dan meningkatkan radical pertahanan. Minuman Kopi dan coklat ini akan dapat merawat dari dalam untuk mengurangkan serba sedikit back pimple dan parut-parut. Ini juga merupakan produk bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. 

 Ku sendiri mencuba dua - dua perisa serbuk air Ruza Nutri Drink cafe latte mix dan choc-o-lait mix, sedap dan tidak perlu tambah gula, cuma hanya perlu ada air panas dan gelas sahaja hehe. Ia juga boleh dicampur kepada sesiapa yang minat Mocca Latte antara campuran Cafe Latte Mix dan Choc-o-lait mix. Boleh diminum antara waktu pagi dan waktu malam. 

Sekotak terdapat 20 sachets dan harga sekotak hanya RM60 sahaja, Mereka juga ada produk seperti Ruza Skincare Dollface set dan Setakat ini Ruza Malaysia hanya menerima dari Instagram dan korang boleh terjah ke website official mereka. Instagram --> http://instagram.com/ruzamalaysia dan facebook --> https://www.facebook.com/ruzamalaysia 


Ruza Malaysia


Ruza Malaysia
bersama - sama dengan pengasas Ruza Malaysia


Terima kasih kepada Ruza Malaysia beri peluang untuk kami review produk kalian di Melur & Thyme Restoran KLCC. 

LAYANS
(>_<)

Ruza Nutri Drink

by on 3:27 PM
   Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera Alhamdulillah pada minggu lalu ku berpeluang nak merasa dan review satu product kel...
Untitled 


CONTEST @AsiaHorizonMagazine kini bermula sekarang di INSTAGRAM dan korang sekarang berpeluang untuk memenangi trip 10 hari ke TURKEY bersama Eazy hehe .

Dan akan ditaja sepenuhnya oleh @AsiaHorizonMagazine ke TURKEY  itu nanti. Bestkan dapat jalan2 ke negara orang. Nak tahu caranya mudah aje .

1. Follower harus follow instagram @AsiaHorizonMagazine dan @eazyizzuddin .


2. Kemudian post/repost gambar diatas dengan hashtag WAJIB dibawah. Jangan lupa ya. Supaya senang nak kesan anda.

#AHEazy
#AsiaHorizon
#AsiaHorizonIGContest .

3. PUBLIC kan IG anda .

4. Setiap seorang hanya dibenarkan repost gambar diatas SATU kali sahaja .

5. Jangan lupa tag kawan kawan yang lain ya .

6. Dah repost tu tolong tag atau inform ya .

7. Contest ini akan berlangsung selama 3 minggu bermula 19 November 2014 sehingga 10 Disember 2014 .

8. Pemenang akan diumumkan pada 14 Disember 2014 .

9. Pemenang bukan berdasarkan BERAPA kali post. Tapi berapa ramai FOLLOWER akan post gambar di atas .

10. Itu sahaja, senang bukan ? So korang boleh juga promote di followers kalian dan .

P/s: ku adalah salah seorang follower/blogger bertuah dari 12 yang lain dapat anjurkan contest sebegini. Kalau korang mahu aku menang dan salah seorang follower yg bertuah dapat IKUT bersama ke TURKEY .

Marilah sama-sama memeriahkan Contest by @AsiaHorizonMagazine dan jangan lupa hashtag #AHEazy ya. Jom ke link Instagram Eazy --> http://instagram.com/eazyizzuddin 

IMG_3497 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Pada bulan lalu ku berpeluang ke Pusat Konvensyen Antarabang Putrajaya ataupun dikenali dengan nama PICC untuk mereka memperkenalkan menu makan malam baru iaitu bufet stimbot. Pengenalan menu baru ini adalah bertujuan untuk merangsang minat orang ramai datang dan makan di PICC terutamanya keluarga dan pelancong berkumpulan untuk makan malam.

Pihak PICC berkata, promosi ini telah bermula sejak Ogos 2014 dengan harga RM35.00 seorang untuk dewasa dan RM18.00 seorang untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak di bawah 5 tahun, kemasukkan adalah percuma dan bufet ini akan bermula pada jam 6 petang hingga 10.30malam dan dibuka pada setiap hari Isnin hingga Sabtu.

Sempena pelancaran menu bufet stimbot PICC, pengunjung akan dapat menikmati bufet ini pada kadar diskaun sebanyak 20%. Ini bermaksud bagi dewasa adalah RM28.00 dan RM 14 untuk kanak-kanak. Promosi bermula dari sekarang sehingga hujung tahun ini iaitu 31 Disember 2014. Wow! bagi ku ianya harga yang sangat berpatutan untuk menu Stimbot ini.


IMG_3479


IMG_3480


IMG_3481


IMG_3483


IMG_3494


IMG_3485 


IMG_3484


IMG_3488 


IMG_3495


Hidangan bufet ini menawarkan pelbagai makanan laut segar, daging ayam, ladu dan sayur-sayuran dengan pelbagai sos buatan sendiri dan perasa untuk melengkapkan hidangan, Pengunjung boleh menikmati stimbot dengan beberapa pilihan mi seperti kuey teow, mi kuning dan bihun. Korang boleh memilih sup ayam dan halia atau tomyam untuk hidangan stimbot.

Terdapat juga stesen pasta yang merangkumi spagethi, penne dan fetuchini dengan pilihan sos Bolognese, Carbonara dan Napolitano. Pelbagai juadah pencuci mulut juga boleh didapati dengan potongan buah-buahan, kek, ais kacang dan bubur. Menu ala carte juga tersedia bagu pengunjung yang berselera kecil seperti masakan Melayu, Barat dan hidangan menu Fusion.

Bagi ku, dengan harga yang ditawarkan serta makanan stimbot yang disediakan adalah amat berbaloi bagi sesiapa yang mahu bawa keluarga datang ke PICC untuk Menu Bufet Stimbot makan malam. Cafe di PICC kini dibuka kepada orang ramai untuk bersarapan pagi hingga makan malam dan kafe ini boleh memuatkan sehingga 800 pengunjung.

Cafe di PICC juga merancang untuk menambah 'Teh Tarik Corner' sebagai daripada jamuan hidangan minum petang dengan pelbagai sajian makanan ringan tempatan dan mempunyai persembahan tradisional dan kebudayaan di PICC tidak lama lagi. Ianya menjadikan PICC sebagai satu kawasan 'Melting pot' untuk pelancong domestik dan antarabangsa di Putrajaya.



IMG_3509


IMG_3511


Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.picc.com.my dan untuk tempahan pula boleh hubungi di talian 03-88876162.

Sinbad


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Teater kali ini yang ku sertai ialah Teater Bangsawan SINBAD Dendam Ratu Kala yang dibawakan oleh Grand Opera JKKN. Persembahan Teater ini telah dimulakan ataupun dipersembahkan dari hari Jumaat lau 7 November 2014 dan akan terus berlangsung sehingga 9 November 2014 di Auditorium DBKL. Hihi

Sedikit sebanyak sinopsis Sinbad Dendam Ratu Kala, mengisarkan dedam Ratu Kala ke atas kematian anaknya Ratu Sheba dan mengambil  Puteri Jasmin sebagai tebusannya. Dari situ permulaan pengembaraan Sinbad bersama-sama dengan ahli-ahli Istana, dayang-dayang dan 3 orang syaitan untuk menyelamatkan Puteri Jasmin.


Sinbad 


Sinbad 


Sinbad 


Sinbad


Yang menjadi tumpuan ialah watak 3 orang syaitan iaitu Kramba, Mumbra dan Yaman yang begitu terkesan dan mencuit hati. Tidak lupa juga pelakon utama ialah Fairuz Selamat sebagai Sinbad, Nor Azreen Nizar sebagai Puteri Jasmin dan Milyana Arshad sebagai Ratu Kala. Diselitkan juga beberapa selingan yang sangat menarik dan sangat terbaik.

Selingan berikut Seperti nyanyian, tarian, persembahan dan lain-lain untuk setiap pertukaran babak-babak didalam Sinbad ini. Terima kasih juga buat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN dengan kerjasama DBKL. Tak lupa juga Miss Paris dan Destination Malaysia karena memberi peluang ku untuk menonton Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala.

Keseluruhan ku sangat berpuas hati dan berasa bangga dapat sertai dan menonton Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala dan berharap kegiatan atau aktiviti seperti ini diadakan lagi dan meningkatkan prestasi Seni Persembahan bagi kepada yang meminati seni. 


Sinbad
Untitled 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Bercerita tentang Nostalgic ataupun Nostalgia, ianya mengimbau kembali kenangan-kenangan lalu yang pernah kita lalui sama ada kenangan manis mahupun pahit. Terutamanya kenangan ketika kita masih kanak-kanak sekolah rendah mahupunn tadika. Terima Kasih juga kepada P1 Social menganjurkan Pertandingan sebegini yang dapat mengimbau kembali permainan yang ku pernah main sewaktu kecil.

Sebaik sahaja ku mendaftarkan diri untuk menyertai P1 Nostalgic Nation ini, ku terus teruja dengan tugasan pertama yang diberikan. Tugas pertama yang diberikan ialah #FoldABoat ! haaa korang tahu kan Fold A Boat tu macam mana. Ambil kertas A4 takpun masa dulu, ku senyap-senyap koyak buku latihan nak buat Bot kertas hehe.

#FoldABoat


Untitled


Buat bot kertas dengan hasil lipatan ikut kreativiti masing-masing dan asalkan ia boleh terapung pun dah bagus. Idea ini datang dan ku ingin ucapkan terima kasih kepada Khai Artzfar kerana meminjamkan lokasi penggambaran untuk membuat Fold A Boat ini di Kolam Renang Kondominium beliau. Almaklumlah rumah sendiri takde kolam renang hihi.




#FoldABoat

Idea datang secara sponton merakamkan setiap detik kapal kertas tersebut dengan berlatarkan suasana matahari terbenam. Tapi banyak juga shot yang diambil supaya ia benar-benar menjadi hehe. Bila dirakam, tak tenggelam juga, hmm bagus juga rekaan kapal kertas ku ni. Inilah pengalaman semasa hendak membuat #FoldABoat ini.

Tugasan yang kedua telah pun dapat, tapi bukan rezeki ku lagi untuk memenangi hadiah mingguan. Tugasan kedua ialah #FoldAPlane. Ini memang tak perlu cakap lebih lah kan? Sewaktu zaman kegemilangan kanak-kanak dahulu, tiap petang aje mesti ke padang permainan dan bawa kertas lebih sebab nak buat kapal terbang kertas.

#FoldAPlane


Untitled


Ianya sangat menyeronokkan apabila kapal terbang yang dibuat itu dapat terbang dengan lebih tinggi dan lama berada di atas udara. Idea untuk membuat #FoldAPlane ini mengambil masa juga Almaklumlah dah berada di peringkat dewasa kini, tapi ia datang apabila lepas pulang dari kerja. Ku menyuruh adik bongsu ku untuk menjadi 'pelakon extra' dalam video kali ini hehe.




#FoldAPlane

Lokasi membuat penggambaran hanya di belakang rumah ku sendiri yang berlatar belakangkan awan biru dan bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Permulaan agak mencabar kerana mencari shot video yang cantik untuk menampakkan kapal kertas itu terbang dengan sempurna. Tapi berkat kesabaran dapat juga beberapa shot FoldAPlane ini.

Tugasan yang terakhir ialah #MakeAFall. Walaupun ada sedikit kelewatan akibat kerja di pejabat banyak. Ku tidak ketinggalan untuk membuat juga video #MakeAFall dengan gigihnya kerana inilah salah satu peluang untuk merasa kembali pengalaman yang ku pernah merasa ketika di zaman kanak-kanak. Dahulu di kelas pendidikan seni cikgu ada ajar buat payung terjun.

#MakeAFall


IMG_5415


Dan didalamnya berisi telur, kalau percubaan pertama diterbangkan dengan payung terjun dan telur itu pecah. Maka anda tidak berjaya lah tu, tapi jika percubaan pertama tidak pecah ? Anda sangat hebat dalam menerbangkan telur tersebut hehe. Rasanya ia ada teknik telur itu terbang dengan sempurna kan ? hehe.




#MakeAFall


Selain permainan payung terjun, ada juga disekolah menjual mainan Payung Terjun dan dalamnya seorang patung askar sedang turun dari payung terjun tersebut. Memang sangat menjadi dan menggamit memorilah ketika itu sebab dapat terbangkan payung terjun tersebut dengan sempurna. Dalam pembikinan video #MakeAFall kali ini pula.

Cabaran yang dihadapi ketika unutk membuat Make A Fall ini ialah dari segi rintangan angin dan bangunan. Hah pun boleh hehe. Tapi Syukur, percubaan kali kedua, payung terjun P1 berjaya jatuh dengan sempurna hehe.

Okay ini sahaja serba sedikit cabaran yang dihadapi dan sebenarnya mengimbau kembali kepada zaman kanak-kanak yang kita semua pernah lalui suatu ketika dahulu. Terima kepada P1 kerana memberi peluang untuk sertai game sebegini. 

LAYANS
#P1Connect
#P1NostalgicNation
#FoldABoat
#FoldAPlane
#MakeAFall
IMG_1043 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Pada 31 Oktober 2014 ku berkesempatan ke Media Launch Ultraman Live In Genting 2015. Superhero Asia yang akan tiba di Resort World Genting bermula 19 February 2015 dan mereka sekarang sedang giat menjalankan Roadshow di Pavilion Kuala Lumpur dari 27hb Oktober 2014 sehingga 9hb November 2014. Korang pun dapatkan tiket nak nonton Ultraman di situ.

Okay baiklah, Media Launch kali ini di adakan pintu masuk Pavilion Shopping Mall yang terletak di Bukit Bintang dimana Ultraman Zero bersama adik beradiknya, Ultraman Tiga dan Ultraman Ginga tiba di pekarangan Pavilion Kuala Lumpur. Kemunculan Trio Heroic ini termasuk dengan pertempuran antara raksasa Dark Baltan dan Ex Zeton untuk mengujakan penonton sekitar Pavilion.



IMG_0809


IMG_0866


IMG_0861


IMG_0992


IMG_1113


IMG_1038


IMG_1121



Pertempuran Live ini diadakan di hadapan Pavilion untuk menunjukkan suasana sebenar yang akan dan bakal diadakan di Genting nanti dan ia dapat menarik minat pengunjung ke Resort World Genting untuk Ultraman Live in Genting 2015.


Turut hadir di Media Launch ini ialah Mr. Yoshinori Kodama dari Kedutaan Jepun di Malaysia serta Mr Kevin Tan Vice President of Promotion & Entertainment of Resort World Genting dan Mr Yoshihide Tanaka - Wakil dari Tsuburaya Production. Ultraman Live di Genting ini mempamerkan Ultraman edisi yang terbaru sekali seperti Ultraman Ginga dan Zero serta Raksasa Kaiju.

Show ini merupakan persembahan yang terbesar pernah Tsuburaya Production hasilkan. Tidak hairanlah Ultraman ini merupakan hero bagi kanak-kanak di seluruh dunia termasuk ku. Ku pun dahulu pernah berangan-angan mahu jadi Ultraman hehe.



IMG_1219


IMG_1313



Apa yang diketengahkan disini, iainya dipenuhi dengan jalan cerita baru dan dipenuhi dengan harapan dan keberanian yang boleh di relate kan dengan kanak-kanak zaman sekarang. Sepanjang roadshow diadakan, korang boleh bergambar mahupun selfie bersama Ultraman pilihan anda di Pavilion Kuala Lumpur. Mereka juga mengadakan break dance performance, screening promo dan kontest.

Ultraman Live in Genting 2015 akan bermula dari 19 February 2015 sehingga 22 March 2015 dan dapatkan tiket-tiket anda sekarang. Harga tiket (VIP) RM88, (PS1) RM68, dan (PS2) RM48. Jika korang ahli Genting Rewards Card members dapat discount sebanyak 30 %.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com atau telefon fi talian 03-27181118.