Followers

Wednesday, August 28, 2013

WE'RE THE MILLERS !


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Pada malam semalam ku pergi menonton Pre Screening filem We're The Millers ! lakonan Jennifer Aniston, terima kasih kepada yang sudi jemput ku menonton filem ini. Bagi ku Filem ini best ! tapi ada unsur2 18 tahun ke atas ye, so kepada sesiapa yang mahu menonton filem ini, pastikan kan anda cukup umur ya hehe. Lagi bagus kalau sesiapa yang sudah menikah hehe layans.

Baiklah sedikit preview tentang filem We're The Milliers ini, Filem ini mengisahkan seorang Drug Dealer yang mahu seludup dadah dari negara luar. Kerna terpaksa dan mahu membayar hutang dia sanggup lakukan apa sahaja untuk melangsaikan hutang tersebut. David Clark memikirkan satu idea yang menarik untuk dia melakukan penyeludupan dadah .

Idea mewujudkan FAKE Family dengan menaiki RV adalah amat menarik hehe. Pelbagai masalah, ragam dan karenah yang berlalu sepanjang membawa balik Dadah itu ke tempat boss nya. Best ! ku pun dok tergelak-gelak dalam pawagam haha. Kalau mahu tahu cerita selanjutnya, jangan lupa menontonnya dia pawagam yang aka keluar pada 29 August 2013.

Perhatian ! untuk 18 tahun ke atas sahaja ea yang boleh menonton filem ini dan kenapa? anda tahu sebabnya hehe. Be ready to watch ! have fun dan selamat menonton.

p/s: Open House !
LAYANS
(>_<)

Thursday, August 15, 2013

Hari Raya 2013 - Theme Yellow n Red




Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Alhamdulillah sudah hampir seminggu kita beraya, pejam celik cepatnya masa berlalu, ku pun dah mula bekerja dan masih mencari mood untuk buat kerja, harap mood itu dapat datang dengan jayanya. Tema baju hari raya family ku tahun 2013 warna merah kemerahan. Siapa nak tahu adik beradik ku semua pakai baju bewarna merah..

Semestinya beraya di desa perasaan dan suasananya berasa sangat berbeza ketika beraya di Kota Bandar, lagi2 kampung memang betul2 terletak di tengah2 sawah padi. Alhamdulillah ramai sanak saudara pulang ke kampung dan sungguh meriah apabila menanti hari Lebaran Hari Raya Aidil Fitri. Myvi Kuning ku pun turut menjadi tumpuan di Kampung, Almaklumlah kereta pertama cucu dia di kampung.

Kita masih ada beberapa minggu lagi di dalam bulan Syawal, lawat beraya lah bersama keluarga, sanak saudara dan jiran tertangga yang terdekat. Kalau ada sesiapa yang buat open house jangan lah lupa jemput ea hehe. 

p/s: Salam Lebaran lagiks, *seluar dah ketat hehe
LAYANS
(>_<)

Wednesday, August 7, 2013

Salam Lebaran buat semua







Assalamualaikum wbt & salam sejahtera

Alhamdulillah sudah sebulan kita berpuasa, tibanya hari Syawal Bahagia Hari Raya Aidilfitri. Cepat sungguh masa berlalu, Alhamdulillah ku dan keluarga telah selamat sampai ke kampung halaman untuk menyambut lebaran bersama keluarga tercinta di sini.

Di sini ku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin jika ku meyakiti kalian sama ada secara langsung atau tidak, pohon ampun maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Pic di atas saja ku post karena ramai yg begitu menyukai suasana kampung hehe, yeah its my village ! 

Salam Lebaran, Maaf Zahir Batin
Dari Eazy Izzuddin Roslan


Tuesday, August 6, 2013

Iklan Raya - Terasa Uols


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sometimes, the best way to connect is to switch OFF! hah mesti kalian dah nonton iklan ini di tv kan ? kalau tak nonton lagi silalah pergi ke Youtube baru layans hehe. Maksudnya di sini bila kita berada di Kampung mestilah mahu bergaul dengan sanak saudara, takkan lah asyik nak melekat dekat phone je kan ? anti social sangat ... hahaha.

walaupun ada diantara kita ataupun saudara mara kita pakai phone canggih2 yg boleh connect pada internet tanpa mengharapkan wifi di Rumah Kampung, tapi jangan lah muka dan tangan tu asik melekat kat phone, ada juga yang kena campak kang hahaha. Iklan ini sorok wifi dalam songkok.. hmmm idea yang bagus =p

Terasa lah juga kan dengan iklan ini, tapi ada juga kebaikkannya untuk menyedarkan kepada siapa yg kaki pegang phone 24/7 haha. korang terasa tak ? hehe Ku setuju dengan iklan maxis 2013 ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Dari Ku Eazy Izzuddin. 

p/s: malam ni balik kampung ..oh yeah 
LAYANS
(>_<)

Monday, August 5, 2013

Decoration Raya di Mall










Assalamualaikum wbt & salam sejatera

Harini dengan kekuatan diri ku gigih lah juga keluar berjalan window shopping ye sebab bajet dah ke nak balik kampung hehe. Nasiblah ku guna kemudahan LRT Putra ke destinasi, tak lah menghadap mjammed sangatkan. First lokasi mestilah di KLCC my second home hehe.

Decoratiom kat situ pun boleh tahan juga ala2 minang kabau habaq hang adalah juga rasa feel balik kampung kan hehe Almaklumlah nak dekat raya ni kan mestilah meriah dengan suasana kampung halaman. Oh gak sabarnya nak pulang ke kampung.

Next decoration mall ialah di Pavilion, kat sini rasa sangat meriah karena kawasannya luas dan macam2 boleh buat di sini, music dia dan aktiviti yg disediakan, lagi2 ada tempat duduk di setiap tangga. Jaga2 jangan sampai blok laluan orang ya di sini tau hehe.  

P/s: Selamat Hari Raya
LAYANS
(>_<) 


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, August 2, 2013

Ramadhan bersama VCOA - Treenea



Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Alhamdulillah 10 malam terakhir Ramadhan kita berpuasa dan tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan syawal tak lama lagi. Okay baiklah sepanjang bulan Ramadhan ini ku kekal bertenaga mestilah bersunat dengan sahur ditambah pula ku mengambil VCO ataupun Virgin Coconut oil dari Treenea kerana ia dapat meningkatkan sistem daya tahan tubuh.

Dalam hampir sebulan ku mengambil VCO Antioxidants Treenea ini ada beberapa perubahan dari segi kesihatan ku semakin baik, ku kurang ambil ubat sedut Asma, kurang muka berjerawat, merawat masalah kulit ku dan ia juga dapat melambatkan sel dan tisu penuaan tau. Terima kasih kepada Blogger Eazyinsyira karena bagi VCO Antioxidants Treenea kepada secara percubaan dan untuk testimoni sekali. 

Selepas ini kena order lagi lah VCO ini dekat anda karena ku juga ingin kekal sehat dan kelihatan cantik gitu hehe. Sebab ramai yang kata VCO ini bagus untuk penjagaan kesihatan anda. so apa lagi dapatkan sekarang VCO Antioxidants Treenea ini karena ia kaya dengan Vitamin A dan Vitamin E serta bebas kolestrol dan rendah kalori. 

Sedikit sejarah Minyak kelapa dara VCO ini, VCO diperolehi dari Treenea mempunyai banyak khasita dan manfaat kesihatan tubuh badan manusia karena ia mempunyai kandungan antioxidants yang tinggi. VCO -Treenea kaya dengan dengan vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol) dan Vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan tubuh badan manusia.

Vitamin A dan E juga dipercayai boleh bertndak sebagai ejen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan dengan jantung. 



  
Senyum sokmo hehe ... Peace dari Eazy Izzuddin Roslan .. Selamat berpuasa ...

p/s : boleh contact The Beauty Court By Eazy Insyira untuk dapatkan VCO Antioxidants Treenea ini ..oh yeah ...terbaik ...