Followers

Friday, July 19, 2013

Bazar Ramadhan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Oh yeah hampir sepuluh hari kita berpuasa dan ini kali kedua rasanya ku jejak kaki ke bazar Ramadhan, almaklumlah hidup bujang berbuka puasa di rumah bujang dengan lauk pauk yang siap di order di office, sedap! jimat ! Kalau di hujung minggu pun berbuka dengan family tercinta, Bonda masak hehe untunglah rumah family dekat.

Baiklah, ku ingin share sedikit pendapat ku tentang Bazar Ramadhan sekarang, terkini, Alaf 2013 haha. Agak terkejut juga karena Bazar sekarang semakin banyak tapi kalau jual makanan yg berlainan jenis pun ok juga, tapi ada beberapa kedai jual makanan atau minuman yang sama sahaja. Ku jalan2 sahaja karena ada makanan atau minuman yang masih tak menawan hati ini.

Baru2 ini ku pergi ke Bazar Ramadhan terdekat di area tempat kerja dan agak terkejut sepanjang ku jalan di Bazar tersebut harga dia bukan main mahal lagi, tak macam dulu murah sikit, sekarang nak cari makanan or kuih harga RM1 ke bawah pun dah susah haha. Semua gerai yang ku usha paling tidak pun boleh dapat dengan harga RM2 ke atas. perghhhh.

Ku tahu niat murni peniaga nak mencari rezeki halal di Bulan Ramadhan, tapi harga makanan itu rasanya macam tidak berbaloi, kalau sedap takpe, tapi rasanya macam ala2 kadar sahaja. Baru ku tahu kenapa Bonda lebih suka memasak dan membuat kuih dirumah, lagi berbaloi dan jimat. Ku pun agak terasa juga duit habis sahaja huk2. 

Bukannya tak boleh nak naikkan harga, tapi biarlah kualiti dan juga kuantiti itu sepadan, jangan tangkap muat aje 'rupa kuih cantik, rasa tak seberapa'. Tak sepatutnya mereka mengambil kesempatan di Bulan Ramadhan  yang mulia ini. Renung-renungkan dan selamat berpuasa hihi.

p/s: this is based on my opinion aje, peace ! hope tak terasa hihi (walaupun hargamu mahal sikit aje, ku tetap beli makanan favorite iaitu MURTABAK hehe)
LAYANS
(>_<)

Wednesday, July 17, 2013

8 Ramadhan

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera


Selamat Berpuasa Kawan kawan 
Sudah seminggu, cepat aje masa berlalu 
Dalam bulan Ramadhan ni berbanyakkan sedekah 
Walaupun kita tak mampu untuk bantu semua
Tapi masih ada segelintir yang masih mampu kita bantu

Renung2 kan dan selamat beramal 
LAYANS
(>_<)

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan 2013



السَّلاَمُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللّهوَبَرَكَاتُهُ 

Sempena Ramadhan yg menjelang tiba, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan laku atau kata sepanjang perkenalan kita di dalam blog sama ada sengaja atau tidak. Mohon juga halalkan makan dan minum jika ada. Semoga kita mendapat keberkatan dan kebaikan sepanjang bulan yg mulia ini dengan ibadah dan sadaqah ...

 إنشٲ لله 
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَ نِاٌلرَّحِيْـــــــــمِ 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا 
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
  .آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن

SINCERELY dari Eazy Izzuddin dan Family :')

Wednesday, July 3, 2013

Perhentian Trip -Travelog

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama tak bercerita tentang percutian yang ku pergi pada tahun 2013 ini. Tak banyak pun tempat pelancongan tapi bila sekali kundah pergi, pasti akan banyak kenangan manis akan tercipta di sana walaupun tempat itu kita boleh pergi banyak kali. 

Baiklah, tempat percutian yg ku pergi baru2 ini ialah di Pulau Perhentian! Trip percutian ku bersama rakan rakan zaman sekolah dahulu. Lama tak jumpa mereka, apa salahnya habiskan masa bersama karena mereka sekarang busy dengan kerjaya masing-masing. Trip ini ku lergi masa hari Cuti pekerja 1 May lalu hehe 


Kami bergerak malam hari dari Kuala Lumpur dan tiba pada Subuh hari di Jeti Kuala Besut Terengganu. Pertama kali sebenarnya ku nak bercuti di Pulau Perhentian, dengar kata rakan2 yang pernah pergi best ! Itulah yang ku tunggu2 ini hehe. Tak sabar rasanya. 

Pengalaman permulaan paling best semestinya dapat naik bot dari Jeti ke Pulau Perhentian. Oh yeah ! Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Bila hampir sampai, perkara yg tertarik bagi ku ialah air lautnya biru kehijauan dan cantik, terpukau seketika. 



Kami menetap di Ombak Resort di Pulau Perhentian, terbaik oh ! Nasib baik perkhidmatan elektriknya 24 jam dan ada  penyaman udara. Setibanya di sana, Alhamdulillah pihak resort bagi kami check in awal karena kami sampai dalam pukul 10 pagi, sepatutnya 12pm .

Nasiblah amik package, thanks lah member karena uruskan semuanya, kami bayar aje hehe. Setelah penat travel dari Kuala Lumpur ke Terengganu, kami berehat sebentar sementara menantikan aktiviti malam dan keesokkannya. 



Nak tahu ? Tunggu hehe 
p/s: abaikan perut boroi itu haha 
Layans 
(>_<)