Followers

Tuesday, June 18, 2013

LG Fiesta Blogger Event


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Oh yeah, kalau kalia masih ingat lagi pada entry yang lalu tentang LG TV yang amazing itu? Sekarang ku dapat melihat sendiri LG TV di hadapan mataku sendiri ! Pada weekend yang lalu, ku bersama rakan blogger lain ke event LG Fiesta di The Piazza The Curve Damansara dan event tersebut bertemakan 'LG Fiesta" oh yeah !

Dimulakan dengan pendaftaran blogger dan dibahagikan mengikut kumpulan karena ada aktviti yang menarik bakal dijalankan antara kami. Dan apa yang menarik perhatian ku ialah kaca mata 3D dari LG karena ia tidak perlu menggunakan batery untuk digunakan dan ia sangat mesra pengguna dan ringan serta warnanya juga sangat menarik perhatian ku hehe.







Baiklah, dalam masa event berlangsung, di dalam khemah booth LG terdapat pelbagai model LG TV dan produk LG yang lain berada disitu. Kami diberi penerangan satu persatu di setiap sudut barangan LG disitu, ternyata ia adalah sangat terbaik ! seperti yang diinginkan oleh pengguna, Konsep : Perfect Match of LA 8600 (Top Range of TV) tambahan pula dengan BH9530 HTS. 

Kalau kalian nak tahu lebih lanjut tentang Konsep Perfect Match tersebut, boleh lah klik link di atas mengenai Top Range of TV and Home Theater System. Memang pada kali ini ku dapat merasakan sendiri Home Theater System nya sangat terbaik dan memang kena dengan diriku sekaligus LG TV yang sekarang sangat berteknologi tinggi dan memudahkan kehidupan.

Ku pasti setiap daripada kalian mahu dan inginkan teknologi seperti LG TV ini berada dirumah kalian, pastinya dapat mengalami sendiri HD 3D LG TV  ke tahap paling maksima ditambah pula dengan home Theater Systemnya yang sangat ohsem! Memang lepas balik kerja terus lepak rumah dan tak keluar2 layan movie HD dari LG TV :D




Dan perkara yang tidak ku lupakan ialah aktiviti antara group. Kami blogger dibahagikan kepada 10 kumpulan dan aktiviti yang tidak dapat dilupakan, setiap daripada kumpulan perlu membuat dance  OPPA Gangnam Style ! memang style lah ! ku pun tak beberapa tahu step, tapi dengan video PSY yang ditayangkan di LG TV berulang kali, boleh la serba sedikit ku dance Gangnam Style dengan ahli kumpulan ku hehe.

LG Fiesta event blogger antara salah satu event yang ku tidak dapat lupakan dan terima kasih banyak-banyak kepada LG dan Advertlets serta sesiapa yang terlibat dengan menjemput kami blogger.

Foto Kredit kepada Akubiomed

p/s: LG TV dalam igauan.. ku mahu ! hehe
LAYANS
(>_<)