Followers

Saturday, February 23, 2013

Si Kuning is Reveal !

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera




Pada petang Khamis yg penuh keberkatan malam Jumaat dapat call dari my car dealer Miss Fatin. "Awak? kereta awak dah siap, nanti datang amik ya waktu macam biasa kat showroom" terasa hati sungguh teruja karena akhirnya memiliki my first car, my own first car hehehe. 

Dapat call waktu time bekerja langsung terus mood nak kerja ada tak ada aje, nak buat kerja pun rasa gelisah karena teringat nak ambil Si Kuning pada petang Khamis kelmarin. Dah lah  masa nak dekat pulang masa bekerja hujan lebat, naik motor aje ke pejabat, karena kesanggupan, redah ! 

Sesampai aje di rumah, 'Bonda, jom teman abg pergi amik kereta?" semuanya rasa sungguh excited untuk menerima si kuning dalam keluarga kami hehe, bawa adik beradik sekali untuk pergi ke showroom Noble Twin berdekatan LRT Jelatek, terpaksa merempuh jammed, almaklumlah time orang balik kerja dan hujan.




Sesampai aje di showroom, dari jauh dah lihat si kuning ku berada di situ, nak senyum lebih pun tak boleh karena terlebih excited hehe. Masuk ke dalam showroom Miss Fatin sedang menunggu. First word dari Miss Fatin " Tahniah dapat kereta awak harini" fuhhhh ..

Miss Fatin menerangkan dari A to Z pasal kereta, service, warranty, radio, engine dan lain2. Dan minta maaf juga terkepit jari Miss Fatin masa mahu menutup bumbung enjin. Oh tak sabar rasanya nak drive balik ke rumah dan first destinasi ke Masjid Jalan Semarak untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul dan membawa Bonda n adik2 pergi makan dan jalan2 satu KL malam itu hehe. 




p/s: Selamat datang Si Kuning walaupun ku sendiri tak mampu untuk si Kuning yg sebenarnya Suzuki Swift :D
LAYANS
(>_<)

Wednesday, February 20, 2013

#20 Wordless Wednesday





p/s: Dah berlakon dah sekarang dia ni ...terbaik ! tahniah hehehe
LAYANS
(>_<)

Wednesday, February 13, 2013

Citra Orang Muda (COM) Blogger Pilihan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, apa yg ku inginkan sudah tercapai apabila Blog ku terpilih untuk masuk ke ruangan Citra Orang Muda (COM) Surat khabar Utusan pada Sabtu lalu 9 February 2013 dan akan menjadi kenangan sepanjang masa bagi Blog Eazy Izzuddin dan ku sendiri. Thanks kepada COM ! ku sungguh terharu.

Sebenarnya ku pun tak pasti bilakah Blog Eazy akan keluar ke ruangan COM Blogger Pilihan ini, tapi pada pagi Sabtu lalu selepas parents hantar ku ke Stesen LRT untuk balik kampung karena kereta tak muat haha, mereka pun balik kampung pada hari yg sama. Bonda call "Abg! Fan of Si Kuning dah keluar ! Abg beli lagi ok !" Alhamdulillah ku rasa sungguh excited ! hehe


IMG_4814    IMG_4737


Sebenarnya ku beli tiket bus ke Penang untuk ke Majlis Tunang my Campus Besties dan kebetulan pada hari yg sama family ku pun balik kg ke Perak, tak jauh jugak la. Ku terus beli dan baca dalam bus dan sempat lagi upload my ruangan ke dalam Instagram, Facebook dan Twitter ! Excited lah katakan hehe. Ada juga rakan2 share my ruangan blogger pilihan di lama social mereka, thanks! terharu :D

Bila baca ruangan COM Blogger Pilihan ku tergelak sendiri dan di situ tertulis semuanya mengenai Blog Eazy Izzuddin ini, Fans of Si Kuning dari mula ku berblogging hinggalah sekarang. Alamak ! muka agak berisi di dalam ruangan itu hahaha, nampaknya ku kena berdiet dan bersenam untuk maintain my fizikal dan kesihatan.


IMG_4813     IMG_4811


IMG_4809     IMG_4810


Terima Kasih juga kepada blogger dan rakan-rakan yg telah share fasal blog ku dan ku sertakan screen shoot dari mereka, oh sungguh terharu ! kalau ada yang terlepas sila bagi tahu ea. Interview dan photoshoot bersama wartawan COM sebenarnya dibuat pada dua minggu lepas di taman kegemaran ku di KLCC Park, walaupun agak panas tapi best !

Sehinggakan abg photographer berkata " Eh pandai posing rupanya dan tak perlu di suruh ! hahaha' almaklumlah kita kan pernah photoshoot, belajar dari diaorang lah hehe, segan sungguh ku di situ. Tapi apa apapun terima kasih pada Wartawan bro Amirul yg menemuramah. Dahulu ku pernah post entry tentang rakan2 blogger ku yg pernah masuk ke ruangan blogger pilihan ini. Kali ini, diriku sendiri termasuk, Alhamdulillah terima kasih !

Balik ke kampung baru ini, ramai lah atuk nenek pakcik dan makcik saudara dan adik2 sepupu dok kecoh pasal ku masuk paper harini, aduhai malunya, ku biasa2 aje tapi meraka sungguh bangga. Layans


IMG_4660     IMG_4652


IMG_4735     IMG_4734 

 p/s: Adakah anda yang seterusnya? terima kasih juga pada blogger Hazwan Hairy hihi
LAYANS
(>_<)

Thursday, February 7, 2013

PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Pada Jumaat 18 Januari lalu, ku dan beberapa orang blogger telah menyertai PETRONAS Switch for XTRA Grand Finale Event di G Tower Kuala Lumpur bagi memeriahkan lagi majlis. Ini kali kedua ku sertai Event PETRONAS dan sangat excited ! Terima kasih kepada yang menjemput ku dan blogger-blogger lain ke event ini. Pada Jumaat petang itu ku bergerak ke LRT Ampang Park dan ketemu blogger2 lain ;)


IMG_1980


Event berlangsung di View Rooftop Bar G Tower, oh sangatlah tinggi, belum lagi setinggi KLCC tu dan sangatlah gayat tapi ku okey aje layans. Kami sampai dalam pukul 6pm gitu sementara menunggu event bermula dan menikmati pandangan dari Rooftop G Tower. Sementara itu sempat kami sertai balloon contest, create dialog dalam gambar selebriti dan menangi iPad mini !

Baiklah, PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge adalah salah satu daripada inisiatif pemasaran PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) untuk mendekati pelanggannya melalui laman sosial dan juga turut turun padang melalui aktiviti ini untuk mendidik para pengguna mengenai produknya. Satu perlumbaan maya telah dianjurkan di laman Facebook PETRONASbrands dan boleh layari www.facebook.com/PETRONASbrands




IMG_3844 


64286_477568822302022_925557864_n


Dalam event tersebut artis yg menyertainya seperti Faizal FBI, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Hanis Zalikha ! yang turut menyertai program PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge! Dan Faizal FBI bersama pasukannya menjadi Juara PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge dan membawa pulang hadiah bernilai RM 10,000 !! dan menewaskan selebriti lain, wow terbaik lah !

Ini dianjurkan menerusi laman Facebook PETRONASbrands, kempen selama 3 bulan itu menyaksikan selebriti-selebriti tersebut mengembara ke seluruh negara untuk menamatkan pelbagai cabaran bersama peminat terpilih. Pelbagai pengalaman dan kenangan manis yg dilalui oleh para selebriti semasa menyertai program 'PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge'

Untuk melihat para selebriti beraksi dalam perlumbaan ini bersama 2 orang peminat yg terpilih di dalam perlumbaan ini boleh ke Youtube PETRONASbrands www.youtube.com/thePETRONASbrands. Setiap pasukan telah dihantar pada roadtrip ke lokasi di Malaysia, di mana mereka diperlukan untuk menyelesaikan beberapa cabaran yang menarik.

Selain daripada perlumbaan selebriti ini, penyertaan awam juga telah berlangsung dalam bentuk peraduan "Take a Challenge"di Facebook PETRONASbrands di mana mereka dikehendaki untuk menonton video, menjawab beberapa soalan dengan betul dan menulis slogan kreatif untuk memenangi RM100 Hadiah Kad PETRONAS!



Pada majlis penyampaian hadiah 'PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge' Ketua Bahagian Perniagaan Peruncitan PDB, Akbar Md Thayoob berkata PDB mengutamakan pelanggan yg setia dan memberi ganjaran kepada mereka yg telah membantu mengukuhkan kedudukan PETRONAS sebagai Jenama Pilihan No.1 dan sentiasa menganjurkan program ganjaran seperti ini.' Katanya.

Pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini, kempen PETRONAS Coffee Break datang lagi ! Fasa pertama akan berlangsung pada 7 hingga 9 February dan fasa kedua 15 hingga 17 February. Kopi dan makanan ringan untuk mereka yang pulang ke Kampung di musim perayaan ini. Sebanyak 33 buah stesen minyak PETRONAS yg terlibat dalam kempen ini.

Okay baiklah, tentang penggunaan PETRONAS PRIMAX 95 XTRA. Ia merupakan bahan api yang menawarkan prestasi yang lebih tinggi dan memberi penjimatan kepada anda! Mungkin ini masa yang sesuai untuk anda “Switch for XTRA” dengan menggunakan petrol PRIMAX 95 XTRA sebagai bahan api kenderaan anda.

Oh selesai sahaja di majlis yg amat gemilang itu, ada sesi temubual, dinner, penyampaian hadiah, dan sesi bergambar. Dan yang ditunggu2 selepas dinner tu ialah mahu bergambar dengan selebriti yang hadir seperti Awal, Scha, FBI dan Hanis Zalikha ! Tak tersangka juga my fav blogger Hanis Zalikha ada dan dapat juga bergambar dengan beliau!

Hanis Zalikha so sweet dan impian bertahun-tahun sebagai blogger untuk berjumpa dengan Hanis Zalikah tercapai serta dapat bergambar lagi tau hehe. Termasuk juga dengan selebriti-selebriti lain. Dalam masa itu, Nisa Kay telah memenangi hadiah untuk siapa Tweet yang terpantas ! ku juga telah memenangi kad hadiah PETRONAS bernilai RM100 !

Dan sangat bertuahnya apabila salah seorang dari kami blogger telah memenangi iPad mini ! untunglah kan tidur malam tak lena hehe. Apa-apa pun terima kasih kepada PETRONAS ! harap program-program seperti mendatangkan manfaat kepada pelanggan dan memberi ganjaran dapat diteruskan lagi dan menjadi Jenama Pilihan No 1 di Malaysia !





Wednesday, February 6, 2013

#19 Wordless Wednesday

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera




IMG_9803


p/s : meh sini baca entry yg sebelum ni, lekas download mobile apps Genting hihi --> Mobile Apps Genting
LAYANS
(>_<)

Saturday, February 2, 2013

Genting Apps Mobile Launch

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

C360_2013-01-17-15-36-05 

 Pada 17th January 2013 lalu Resort World Genting (RWG) telah melancarkan Resort World Genting Mobile Apps secara rasmi di Wisma Genting. Di mana Apps Genting boleh download terus ke dalam smartphone anda seperti Android dan IOS untuk iPhone. Genting Apps Mobile juga telah mengejutkan dunia digital dan resort menjadi " No 1 Top App Integrated Resort in Malaysia!" terbaiklah !

Dalam suku pertama Tahun 2012, RWG telah melancarkan aplikasi untuk IOS serta Android dengan kejayaan yg membanggakan. Dalam masa hari pelancaran ,RWG No 1 Travel Apps di Malaysia dan Singapura untuk IOS, dan Top 10 Travel Apps di Malaysia untuk Android. Apabila Windows 8 App dilancarkan pada Disember, RWG adalah salah satu daripada partner. Sehingga hari ini, RWG App mempunyai lebih 100,000 muat turun dalam masa kurang daripada setahun!


C360_2013-01-17-16-36-33 


 RWG Apps ini tidak seperti Apps yg lain karena ia membenarkan ahli Worldcard untuk melihat mata terkumpul mereka dan membuat room reservation secara mudah di RWG Apps. Menarik bukan? Selain itu, di dalam RWG Apps juga ada Hotel,Shows and Events, Food and Beverage, Highlights, ‘Getting There’, Social, Theme Park and My Planner menus dan Ia sangat memudahkan pengguna.

Pada Genting Apps Mobile Launch petang itu bersama media dan blogger, Executive Vice President, Dato’ Kevin Sim bersama Senior Vice President of E-Service, Mr Thomas Ng dan Vice President of Marketing, Mr Chow Wei Heng, Resorts World Genting menceritakan pengalaman perjalanan organisasi tersebut dalam dunia digital yang sangat mencabar dan menarik.

Tambahan pula, semenjak website Genting dilancarkan pada tahun 1997, Syarikat tidak terhenti-henti untuk melancarkan sesuatu baru yg mengunakan teknologi. Dengan lebih 66 juta page views dan 3.6 juta unique visitors pada tahun 2012. Ia juga banyak memberi kemudahan dan faedah kepada pelanggan RWG untuk terus bercuti di Genting .





Sekarang dengan adanya RWG Apps lebih memudahkan lagi untuk melihat rewards point mereka, tarikh luput, apa yang sedang berlangsung di Genting dan boleh buat booking Hotel secara mudah dengan menggunakan Rewards Point. Cuma kalian hanya perlu muat turun apps ni di dalam smartphone anda, cuma search 'Genting' dan bolehlah memuat turun dan menggunakan apps tersebut.

Ku sendiri telah pun memuat turun apps Genting ini dan telah mencuba untuk booking bilik hotel pada tarikh yg diingini dan ternyata ia amat mudah ! Terima Kasih banyak kepada Resort World Genting menjemput dan  memberi 1 malam percuma menginap di hotel, sangat seronok ! Selepas majlis pelancaran, kami blogger dan media disajikan makan dan minum petang sambil menghirup udara di level tertinggi Wisma Genting hehe.


C360_2013-01-17-16-57-16 


IMG_3761


p/s: Terasa berada di luar negara apabila ke Genting.. hehe.. lekas download Apps Genting di smartphone kalian
LAYANS
(>_<)