Followers


IMG_6369


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Oh yeah untuk update seterusnya, pada 7 Disember lalu ku bersama beberapa rakan blooggers dan Tourism Selangor pergi ke kawasan daerah Sekinchan, Selangor ! Ku pernah juga ke sana area Tanjung Karang dan Sekinchan karena dulu zaman study di Unisel Bestari Jaya Batang Berjuntai hehe. Memang agak dekat untuk ke area Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan. Tapi Seriously ku tak tahu menahu pun ada tempat menarik di sana.

Thanks kepada Tourism Selangor dan Bloogger karena invite. Seawal pagi ku ke Shah Alam untuk ke tempat berkumpul Tourism Selangor. Dapat T-shirt merah dan memang ku excited untuk ke sana ! Setibanya di daerah Sekinchan kami di sambut dengan ramah mesranya YB Sekinchan YB Ng Suee Lim ! Sangat peramah dan sporting sepanjang jalan - jalan bersama kami Media dan Selebriti iaitu Talha Harith dan Kay AF9 ! hehe.

IMG_6371


Tourism Selangor bersama Media dan Selebriti diadakan karena untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 nanti bagi menarik lagi ramai pelancong untuk datang ke Selangor ke tempat2 yang menarik. YB Ng yang dikenali di Sekinchan dengan trademark Oppa Sekinchan Style ! Permulaan tempat perhentian pertama kami di Pantai Redang Bagan Sekinchan. Tempat kawasan nelayan dan tempat yang sangat tenang untuk bersantai dan beriadah.


IMG_6387



IMG_6394


IMG_6403


IMG_6398


IMG_6382


Tarikan Utama di Pantai Redang Bagan Sekinchan ialah Pondok merah yang dalamnya ada jaring2 tempat untuk berehat dan menenangkan diri dengan angin2 pantai yang sangat menenangkan. Kata YB Ng Pondok merah itu terkenal sehingga ke Singapore ! wow ! Kemudian kami ada sesi bergambar dengan semua peserta Media & Selebriti di Pantai Redang Bagan Sekinchan. Lagi satu tarikan di sana ialah kawasan nelayan dengan bot2 nelayannya, Sangat nice viewnya !

Next Stop yang seterusnya ialah di Kilang Beras yang agak terkenal di daerah Sekinchan dengan kawasan sawah padinya yang tersangat luas dan menghijau. Kami di penerangan bagaimana pemprosesan beras dari permulaan proses sehingga penghabisan pemprosesan. Terselit juga sejarah penubuhan Kilang Beras Cap Asas PLS Sekinchan. Barangan beras khas hanya didapati di Kilang Beras ini aje tau, beras lain boleh juga didapati di mana2 kedai runcit.


IMG_6425


IMG_6419



IMG_0673

Barangan beras yang terdapat di sini



IMG_6430
Ais Krim bersama Talha Harith hehe

 Desert yang paling sedap ku rasa ialah ais krim yang dijual di Kilang beras ini ! sedap kot. Nak beli lebih bawa pulang tapi takut pula nanti cair bila dah sampai rumah hehe. Selepas bergerak dari Kilang beras, YB Ng bawa kami pulang ke tempat jual mango manis. Sangat manis dan sedap ok ! ku dah merasa dan terus ambil bakul untuk beli dan bawa pulang sedikit di rumah, Almaklumlah keluarga ku di rumah memang suka sangat dengan mango manis espicially my dad.


IMG_6433


 Ok baiklah, ini yang dinanti nantikan, selepas singgah ke pantai, singgah ke Kilang Beras dan tempat jual mango. Akhirnya tiba aktiviti makan tengah hari ! ku memang tak sabar dan lapar time tu. Makanan yang paling eksotik yang dihidangkan di situ ialah danging landak dan daging rusa ! whooaaa mesti nak rasa bagaimanakan hehe. Makanan kami dihidang oleh YB Ng sendiri tau ! sungguh sporting beliau membuatkan kami lebih berselera makan termasu dengan ulam2nya. Singgah di Restoran Lembah Bernam Hj Jaafar tau hehe.


IMG_6453


IMG_6436


Perhentian kami yang terakhirnya dan terutama dalam program ini ialah di Homestay Sungai Haji Dorani! nama macam pernah dengar, suasana di Sungai Haji Dorani sangat cantik dan menenangkan ! ah yes ! baru teringat di kawasan Homestay Sungai Haji Dorani ini selalu dijadikan lokasi shooting oleh artis2. Ramai juga artis yang ke sini. Aktiviti kami di sini dimulakan dengan pembahagian kumpulan. ! tambah lagi kenalan-kenalan ku di sini bersama media lain yeah !


IMG_6446


IMG_6448


First task kami perlu mewarnakan batik dengan sekreatifnya, tau siapa yang buat ? kaum lelaki lah yang mewarnakannya tahu! hehe tapi task bagi kaum wanita pula bakar kuih bahulu jangan biar hangit hehe tapi ku lihat hasil kumpulan kami sangat memuaskan dan puas hati. Seronok juga dapat bergaul dan berkenalan dengan mereka-meraka ini hehe . Ku warnakan batik boleh lah sikit2 hehe. Nasiblah dulu pernah ambil subjek pendidikan seni zaman SPM dulu hehe .


IMG_6457

IMG_6483


IMG_6478

Agak2 mana yang paling chantekk hehe


IMG_6467


IMG_6474

Aktiviti yang paling best dan tak boleh ku lupakan ialah gagau ikan keli di tengah sawah padi dengan dalam lumpur gitu ! pergghhh permulaan memang perasaan agak takut dan nervouskan. Gagau ikan keli tu, nasib baik sengatnya sudah dibuang. Mula masuk ke dalam lumpur untuk gagau ikan keli, ku dapat jumpa satu dan bila nak tangkap badannya meronta untuk dilepaskan, siap kami menjerit karena geli ! hehe, tapi lama2 dan biasa dan tak takut lagi. Pengalaman sangat best gagau tengah lumpur hehe.




IMG_6487


image


IMG_6491


IMG_6492


Kumpulan kami hanya beberapa ikan keli aje tau ! oklah tu dari tak dapat lagi kan. Selepas itu kami membersihkan diri di tali air sawah, fuhhh ! sangat lega pablia dapat membersihkan diri dan berjaga-jaga juga sebab takut pacat melekat di badan korang hehe ! Selepas membersihkan diri, kini tibalah masanya untuk majlis penutup dan siapa sangka kumpulan ku dapat tempat KEDUA okeh ! fuh tak disangka langsung hehe. Mungkin batik kumpulan kami cantik kot? hehe

IMG_6497


Terima Kasih kepada Tourism Selangor menganjurkan program sebegini. Hope program sebegini dapat menarik minat pelancong pelancong luar datang berkunjung di sini. Tak perlu ke luar Malaysia, segalanya ada di Malaysia cuma anda perlu terokainya sahaja hehe. Terima Kasih !

p/s: maaf banyak pic selfie sini hehe, thanks juga pic kredit to Budak Pacak hehe
LAYANS
(>_<)

Comments (11)

On December 19, 2013 at 11:25 AM , JarN Eha said... [Reply to comment]

my village..^_^

 
On December 19, 2013 at 11:27 AM , ✿AINAA ROSEBERRY✿ said... [Reply to comment]

yoy! bestnyaaa tengok aktiviti korang.. jeleslah tgok dapat pergi event camni.. kalau ena study kt uia gombak tu, mesti dah lama ena turun sekali

 
On December 19, 2013 at 11:40 AM , Mila Ahmad said... [Reply to comment]

rumah tu cantik oiiii, seakan-akan suasama kampung je tapi sekincan jerk kan....kan...kan...

 
On December 19, 2013 at 11:48 AM , CIKPUANTATIE said... [Reply to comment]

waa best.. tak ajak. hahahaha

 
On December 19, 2013 at 11:52 AM , Maryam Assiddeeqah said... [Reply to comment]

ouh, izzuddin pernah ambil pendidikan seni,yahooo..rezeki la tu, =) ahaks. group kita dapat numb 2. ^^ *rindu lak .. salam perkenalan, moga dapat jumpa lagi =)

 
On December 19, 2013 at 11:57 AM , Shafiq Hashim said... [Reply to comment]

Bestnya suasana kampung..huhu

http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/12/permohonan-br1m-30-2014.html

 
On December 19, 2013 at 12:02 PM , Farisya Anastasyia said... [Reply to comment]

lucu muka EI masa kawan tu tangkap ikan keli.haha

 
On December 19, 2013 at 1:29 PM , Macikz Konah said... [Reply to comment]

wah atika ramli pun ada. eazy kita lama dah tak jumpa masa event blog

 
On December 19, 2013 at 4:22 PM , Khai Artzfar said... [Reply to comment]

ahahaahaha part tangkap ikan tu sampai sekarang terasa

 
On December 19, 2013 at 11:36 PM , penaberkala said... [Reply to comment]

pergh, ini best broo
x tau pasal event ni arituh
klu dapat join, mesti syokk

 
On January 22, 2014 at 2:53 PM , Hanih Borhan said... [Reply to comment]

Tak beraninye lahai naka gagau ikan keli tu...takuttt...haha ;p