Followers

IMG_6348

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah terima kasih kepada yang menjemput ku menonton Lawak Ke Der 3 malam tadi 4 Disember 2013 di Panggung Sari Istana Budaya. Ini Kali Ke dua ku jejaki ke Istana Budaya selepas konsert Yuna beberapa bulan yang lepas hehe. Lawak Ke Der 3 yang bermula tepat pukul 8.30 malam. Wahh berlangsung pada hari ku berkerja.

Balik kerja tepat pukul 5 petang ku bergegas pulang ke Kuala Lumpur dari Kelana Jaya walaupun jalan agak jammed tapi bila masuk ke lebuhraya DUKE terus lancar perjalanan. Tepat pukul 6 ku sampai dirumah family di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Haaa sempat kan nak ke Istana Budaya, sebelah rumah je pun so takdalah nak rushing sangat hehe. 


IMG_6345


IMG_6350


Sesampai sahaja di Istana Budaya, terus berjumpa dengan Bro Framestone untuk mengambil tiket masuk, tak sangka ku dapat seat di bawah dan dihadapan sekali. Memang teruja sangat lah dapat menonton Lawak Ke Der 3 secara langsung betul-betul dihadapan mata hehe. Antara artis yang terlibat pada malam itu ialah Nabil, Douglas, Jambu dan Harith Iskandar. Walaupun Jozan tiada tapi Lawak Ke Der 3 best !

Dapatlah juga ku release tension malam itu dengan menonton Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Almaklumlah bila disuasana kerja dengan balik kerja yang jammed dan stress ! haha. Memang tidak dinafikan persembahan Lawak Ke Der 3 pada malam itu memang mencuit hatiku dan juga penonton penonton lain terutamanya pelawak Cina Douglas ! memang semua ketawa mencuit masing2 sampaikan ku terbatuk-batuk dengan lawak Douglas yang bersahaja dan original. Serta diikuti dengan Harith Iskandar menceritakan kisah2 lawak beliau .


Memang rugi siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka. Ada yang kata Lawak Ke Der 2 lagi kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik. Nak tau best ke tak best kenalah tengok.


IMG_6358


Lawak Ke Der 3 ini akan berlangsung pada 4 Disember 2013 hingga 8 Disember 2013 di Istana Budaya setiap jam 830pm. Ia juga ada versi Bahasa Inggeris pada 6 Disember 2013 yang menampilkan Jenhan !, wow havoc tu ! kalau sesiapa yang tak mahu menonton waktu malam, waktu petang juga ada pada 7 & 8 Disember 2013 bermula jam 300pm. Mahu mendapatkan tiket Lawak Ke Der 3 boleh ke online website www.ticket2u.biz ataupun boleh call di nombor 03-41478600 dan 019-2111600

Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3. Kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat atau tak sempat nak tengok. Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini anda boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif  ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan.

Lama tu! Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE. Bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom. Sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!

Caranya mudah. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel–cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3. Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888.Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.

Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE -- > www.ESCnow.com






IMG_6367[1]


Apa yang anda perlu tahu tentang ESCAPE?


ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi korang yang boleh korang bawa ke mana sahaja. Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.

Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan!

Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua. Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama. 

Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com 

p/s : ESCAPE mencuit anda dengan Lawak Ke Der 3 
LAYANS 
(>_<)

Comments (2)

On December 5, 2013 at 5:35 PM , Zulqarnain Abu Hassan said... [Reply to comment]

Bestttt gilerrr bab-sial.... LOL...

Nice2meet u for a 2nd time Eazy... terasa makin rapat lagi silaturahim antara kita... gittew...

sampai jumpa event seterusnya ya...

 
On December 7, 2013 at 12:33 AM , akubiomed said... [Reply to comment]

Pentas Lawak Ke Der 3 malam tersebut adalah milik Douglas.