AllDay Makan di Mukha Cafe TTDI


Untitled

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 18 Disember 2013 ku di invite oleh bro Framestone ke event All Day Makan di Mukha Cafe TTDI. Thanks bro karena menjemput ku ke event ini. Event All Day Makan ini adalah untuk memperkenalkan AllDay Media yang sebelum ini adalah Advertlets. Korang blogger mesti tahu Advertlets kan hehe, more love for your blogs and brands hehe.

Okay baiklah, semasa All Day Makan sedang berlangsung, ku dapat bersemuka dengan blogger blogger lain, ada yang ku kenal, ada yang tidak. Kalau yang tidak itu, apa lagi harus berkenalan lah untuk mengeratkan silaturahim antara blogger lain. Event bermula dari pukul 7pm sehingga 10pm. 


Untitled


Alhamdulillah nasib menyebelahi ku karena Mukha Cafe ini berada agak dekat dengan office ku di area TTDI dan office ku diarea Kelana Jaya. Hmmm dekat ke jauh tu? Dekatlah juga kalau lalu LDP tu tanpa hadap jammed memanjang, tapi berkat kesabaran dapat juga hadir ke sana tepat pada waktunya pukul 7pm hehe.

Untitled


Yang paling ku tidak dapat lupakan ialah? Ialah makanannya di Mukha Cafe, walaupun serving agak simple tapi sangat sedap okay sehinggakan ku tambah makanan beberapa kali. Hmmm habislah diet ku kali ini hehe. Tapi dalam diet mesti ada satu hari cheatkan ? Hehe Makanan yang tak dapat ku lupakan ialah CHIPS & GRAVY ! Sangat sedap okay


Untitled 


Untitled 


Untitled


Yang lain pun sedap juga seperti Spaghetti Aglid Olid, Turkey & Beef Bacon Wrap and Chocolate Cake ! Almaklumlah bekas makanan mereka macam comel je kan, apa lagi ku tambah lah beberapa kali, sebab sedap kot tau. Sementara tengah makan tu, ada juga termasuk acara Cabutam Bertuah dapat memenangi speaker tu.


Untitled


Tapi bukan rezeki ku pada malam itu tak dapat cabutam bertuah. Hah lupa pula nak mention, tema pada malam itu ialah Colourful tau, nak cari baju kalerful, ada tapi tak basuh lagi, pakai aje lah baju batik simple warna biru siap ada hood lagi tau, ingat boleh lah menang tapi tak ikut tema kan. Rezeki dekat orang lain hihi takpe.


Untitled 


Untitled 


Untitled


Hashtag pada malam itu ialah #AllDayMakan untuk memenangi hadiah siapa yang post gambar instagram yang paling kreatif! Tahniah juga kepada pemenang yang telah memenangi hadiah hadiah tersebut. Tapi ku tak pulang dengan tangan kosong, dapat juga mouse pad and cover laptop yang menawan ini. cantik !

Lastly sesi bergambar bersama bloggers, hai kepada blogger yang baru ku kenal, keep in touch okay hehe. Thanks juga kepada Bro Framestone invite ke event ini, jangan lupa jemput lagi ya hihi

p/s: decoration dalam Mukha Cafe tu best !
LAYAN
(>_<)

5 comments:

cik tenggiling said...

nampak macam sedap je...

cik tenggiling said...

nampak macam sedap je...

penaberkala said...

interior design cafe ni nampak menarik
uishh, sedap tengok chock cake tuh

Maryam Assiddeeqah said...

macam nak pergi je =)

Hanih Borhan said...

Wow deko tempat sangat hispter-ish, haha... Belanja makan? ;p