Untitled


Assalamulaikum WBT & Salam Sejahtera 

Oh yeah Alhamdulillah Tahun 2013 hampir nak melabuhkan tirainya taklama lagi dan Tahun 2014 akan menjelma dan bermula lah azam baru ku. Baiklah disini ku ingin share sedikit mengenai Jorney ku melalui Instagram, haaa sekarang Instagram sangat popular selain twitter dan Facebook rasanya. Siapa yang tak suka upload gambar kan ? Semua suka hehe 

Alhamdulillah journey ku bersama Instagram hampir masuk 2 tahun  rasanya ataupun ? Ku pun tak pasti bila, nanti ku cari hehehe. Alhamdulillah follower pun amat memberangsangkan hehe. Selepas ada Instagram ini ku semakin memperbaiki cara mengambil gambar supaya gambar yang diupload itu mesti lah cantik kan hehe .


Untitled


Pada mulanya Instagram hanya boleh upload gambar, sekarang boleh upload video lagi ! Siap boleh repost lagi video yang kita lihat dengan kawan2 kita. Setiap jourmey yang dilalui oleh ku setiap hari, apa yg ku lakukan dan kadang2 upload gambar pergi event sana sini dan sangat mudah karena boleh terus link dengan twitter dan Facebook.

Adatlah jika ada followers yang unfollow, itu memang hak dia, mungkin pic kita post tu agak annoying ka, itu ka ini ka?nak buat macam mana redha kan lah hehe. Kita bukannya artis yang beratus ribu followers dan hanya manusia biasalah hehe. Kadang-kadang ikut juga keadaan nak post gambar macam mana kan, jaga hal peribadi masing2 jangan sampai expose hehe layans.



Untitled


Dan !! Gambar yang paling top dalam instagram ku ialah siapalah lagi gambar yang ku snap kereta idaman ku Suzuki Swift Kuning ! Almaklumlah bila dah pakai myvi kuning ni bila nampak aje swift kuning mesti snap gambar hehe. Agak kena dengan identiti blog ini Fan of Si Kuning! Ohyeahh merajuk pula Myvi Kuning gua alolo..... 

P/s : Cuti panjang menghabiskan cuti office yang ada hehe jom follow instagram ku ., search @eazyizzuddin hehe .... Post terdahulu ----> MY JOURNEY THROUGH INSTAGRAM 1
LAYAN 
(>_<)

Untitled

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 18 Disember 2013 ku di invite oleh bro Framestone ke event All Day Makan di Mukha Cafe TTDI. Thanks bro karena menjemput ku ke event ini. Event All Day Makan ini adalah untuk memperkenalkan AllDay Media yang sebelum ini adalah Advertlets. Korang blogger mesti tahu Advertlets kan hehe, more love for your blogs and brands hehe.

Okay baiklah, semasa All Day Makan sedang berlangsung, ku dapat bersemuka dengan blogger blogger lain, ada yang ku kenal, ada yang tidak. Kalau yang tidak itu, apa lagi harus berkenalan lah untuk mengeratkan silaturahim antara blogger lain. Event bermula dari pukul 7pm sehingga 10pm. 


Untitled


Alhamdulillah nasib menyebelahi ku karena Mukha Cafe ini berada agak dekat dengan office ku di area TTDI dan office ku diarea Kelana Jaya. Hmmm dekat ke jauh tu? Dekatlah juga kalau lalu LDP tu tanpa hadap jammed memanjang, tapi berkat kesabaran dapat juga hadir ke sana tepat pada waktunya pukul 7pm hehe.

Untitled


Yang paling ku tidak dapat lupakan ialah? Ialah makanannya di Mukha Cafe, walaupun serving agak simple tapi sangat sedap okay sehinggakan ku tambah makanan beberapa kali. Hmmm habislah diet ku kali ini hehe. Tapi dalam diet mesti ada satu hari cheatkan ? Hehe Makanan yang tak dapat ku lupakan ialah CHIPS & GRAVY ! Sangat sedap okay


Untitled 


Untitled 


Untitled


Yang lain pun sedap juga seperti Spaghetti Aglid Olid, Turkey & Beef Bacon Wrap and Chocolate Cake ! Almaklumlah bekas makanan mereka macam comel je kan, apa lagi ku tambah lah beberapa kali, sebab sedap kot tau. Sementara tengah makan tu, ada juga termasuk acara Cabutam Bertuah dapat memenangi speaker tu.


Untitled


Tapi bukan rezeki ku pada malam itu tak dapat cabutam bertuah. Hah lupa pula nak mention, tema pada malam itu ialah Colourful tau, nak cari baju kalerful, ada tapi tak basuh lagi, pakai aje lah baju batik simple warna biru siap ada hood lagi tau, ingat boleh lah menang tapi tak ikut tema kan. Rezeki dekat orang lain hihi takpe.


Untitled 


Untitled 


Untitled


Hashtag pada malam itu ialah #AllDayMakan untuk memenangi hadiah siapa yang post gambar instagram yang paling kreatif! Tahniah juga kepada pemenang yang telah memenangi hadiah hadiah tersebut. Tapi ku tak pulang dengan tangan kosong, dapat juga mouse pad and cover laptop yang menawan ini. cantik !

Lastly sesi bergambar bersama bloggers, hai kepada blogger yang baru ku kenal, keep in touch okay hehe. Thanks juga kepada Bro Framestone invite ke event ini, jangan lupa jemput lagi ya hihi

p/s: decoration dalam Mukha Cafe tu best !
LAYAN
(>_<)


IMG_6369


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Oh yeah untuk update seterusnya, pada 7 Disember lalu ku bersama beberapa rakan blooggers dan Tourism Selangor pergi ke kawasan daerah Sekinchan, Selangor ! Ku pernah juga ke sana area Tanjung Karang dan Sekinchan karena dulu zaman study di Unisel Bestari Jaya Batang Berjuntai hehe. Memang agak dekat untuk ke area Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan. Tapi Seriously ku tak tahu menahu pun ada tempat menarik di sana.

Thanks kepada Tourism Selangor dan Bloogger karena invite. Seawal pagi ku ke Shah Alam untuk ke tempat berkumpul Tourism Selangor. Dapat T-shirt merah dan memang ku excited untuk ke sana ! Setibanya di daerah Sekinchan kami di sambut dengan ramah mesranya YB Sekinchan YB Ng Suee Lim ! Sangat peramah dan sporting sepanjang jalan - jalan bersama kami Media dan Selebriti iaitu Talha Harith dan Kay AF9 ! hehe.

IMG_6371


Tourism Selangor bersama Media dan Selebriti diadakan karena untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 nanti bagi menarik lagi ramai pelancong untuk datang ke Selangor ke tempat2 yang menarik. YB Ng yang dikenali di Sekinchan dengan trademark Oppa Sekinchan Style ! Permulaan tempat perhentian pertama kami di Pantai Redang Bagan Sekinchan. Tempat kawasan nelayan dan tempat yang sangat tenang untuk bersantai dan beriadah.


IMG_6387



IMG_6394


IMG_6403


IMG_6398


IMG_6382


Tarikan Utama di Pantai Redang Bagan Sekinchan ialah Pondok merah yang dalamnya ada jaring2 tempat untuk berehat dan menenangkan diri dengan angin2 pantai yang sangat menenangkan. Kata YB Ng Pondok merah itu terkenal sehingga ke Singapore ! wow ! Kemudian kami ada sesi bergambar dengan semua peserta Media & Selebriti di Pantai Redang Bagan Sekinchan. Lagi satu tarikan di sana ialah kawasan nelayan dengan bot2 nelayannya, Sangat nice viewnya !

Next Stop yang seterusnya ialah di Kilang Beras yang agak terkenal di daerah Sekinchan dengan kawasan sawah padinya yang tersangat luas dan menghijau. Kami di penerangan bagaimana pemprosesan beras dari permulaan proses sehingga penghabisan pemprosesan. Terselit juga sejarah penubuhan Kilang Beras Cap Asas PLS Sekinchan. Barangan beras khas hanya didapati di Kilang Beras ini aje tau, beras lain boleh juga didapati di mana2 kedai runcit.


IMG_6425


IMG_6419



IMG_0673

Barangan beras yang terdapat di sini



IMG_6430
Ais Krim bersama Talha Harith hehe

 Desert yang paling sedap ku rasa ialah ais krim yang dijual di Kilang beras ini ! sedap kot. Nak beli lebih bawa pulang tapi takut pula nanti cair bila dah sampai rumah hehe. Selepas bergerak dari Kilang beras, YB Ng bawa kami pulang ke tempat jual mango manis. Sangat manis dan sedap ok ! ku dah merasa dan terus ambil bakul untuk beli dan bawa pulang sedikit di rumah, Almaklumlah keluarga ku di rumah memang suka sangat dengan mango manis espicially my dad.


IMG_6433


 Ok baiklah, ini yang dinanti nantikan, selepas singgah ke pantai, singgah ke Kilang Beras dan tempat jual mango. Akhirnya tiba aktiviti makan tengah hari ! ku memang tak sabar dan lapar time tu. Makanan yang paling eksotik yang dihidangkan di situ ialah danging landak dan daging rusa ! whooaaa mesti nak rasa bagaimanakan hehe. Makanan kami dihidang oleh YB Ng sendiri tau ! sungguh sporting beliau membuatkan kami lebih berselera makan termasu dengan ulam2nya. Singgah di Restoran Lembah Bernam Hj Jaafar tau hehe.


IMG_6453


IMG_6436


Perhentian kami yang terakhirnya dan terutama dalam program ini ialah di Homestay Sungai Haji Dorani! nama macam pernah dengar, suasana di Sungai Haji Dorani sangat cantik dan menenangkan ! ah yes ! baru teringat di kawasan Homestay Sungai Haji Dorani ini selalu dijadikan lokasi shooting oleh artis2. Ramai juga artis yang ke sini. Aktiviti kami di sini dimulakan dengan pembahagian kumpulan. ! tambah lagi kenalan-kenalan ku di sini bersama media lain yeah !


IMG_6446


IMG_6448


First task kami perlu mewarnakan batik dengan sekreatifnya, tau siapa yang buat ? kaum lelaki lah yang mewarnakannya tahu! hehe tapi task bagi kaum wanita pula bakar kuih bahulu jangan biar hangit hehe tapi ku lihat hasil kumpulan kami sangat memuaskan dan puas hati. Seronok juga dapat bergaul dan berkenalan dengan mereka-meraka ini hehe . Ku warnakan batik boleh lah sikit2 hehe. Nasiblah dulu pernah ambil subjek pendidikan seni zaman SPM dulu hehe .


IMG_6457

IMG_6483


IMG_6478

Agak2 mana yang paling chantekk hehe


IMG_6467


IMG_6474

Aktiviti yang paling best dan tak boleh ku lupakan ialah gagau ikan keli di tengah sawah padi dengan dalam lumpur gitu ! pergghhh permulaan memang perasaan agak takut dan nervouskan. Gagau ikan keli tu, nasib baik sengatnya sudah dibuang. Mula masuk ke dalam lumpur untuk gagau ikan keli, ku dapat jumpa satu dan bila nak tangkap badannya meronta untuk dilepaskan, siap kami menjerit karena geli ! hehe, tapi lama2 dan biasa dan tak takut lagi. Pengalaman sangat best gagau tengah lumpur hehe.




IMG_6487


image


IMG_6491


IMG_6492


Kumpulan kami hanya beberapa ikan keli aje tau ! oklah tu dari tak dapat lagi kan. Selepas itu kami membersihkan diri di tali air sawah, fuhhh ! sangat lega pablia dapat membersihkan diri dan berjaga-jaga juga sebab takut pacat melekat di badan korang hehe ! Selepas membersihkan diri, kini tibalah masanya untuk majlis penutup dan siapa sangka kumpulan ku dapat tempat KEDUA okeh ! fuh tak disangka langsung hehe. Mungkin batik kumpulan kami cantik kot? hehe

IMG_6497


Terima Kasih kepada Tourism Selangor menganjurkan program sebegini. Hope program sebegini dapat menarik minat pelancong pelancong luar datang berkunjung di sini. Tak perlu ke luar Malaysia, segalanya ada di Malaysia cuma anda perlu terokainya sahaja hehe. Terima Kasih !

p/s: maaf banyak pic selfie sini hehe, thanks juga pic kredit to Budak Pacak hehe
LAYANS
(>_<)
Fantastica poster 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Fantastica di Genting Highland ! Ok baiklah ini Entertaiment paling yang sedang berlangsung di Genting Highland. Pelbagai pertunjukkan meriah yang dipenuhi dengan akrobatik, tarian-tarian yang sangat menakjubkan mengujakan, magic dan muzik. Seriously anda akan tidak kelip mata pabila melihat persembahan mereka Fantastica 2.

Acara Fantastica 2 ini di peringkat antarabangsa yang diiktiraf dari seluruh dunia yang akan ataupun telha memukaukan penonton sesiapa yang menontonnya. Ku sangat kagum dengan persembahan upside down dari siling, persembahan buih-buih gergasi, persembahan akuatik seperti ikan duyung dan juga pengimbangan badan. Acara ini juga termasuk persembahan komedi dan performance penari professional yg memakai pakaian seperti mencontohi fesyen show Victoria's Secrets.


upside down ceiling walker 2



Upside down ceiling walker


Upside Down by Kai Leclerc
ok baiklah persembahan pertama oleh Kai Leclerc iaitu Upside Down. Anda akan tertanya tanya bagaimanakah mereka boleh melekat di atas siling. Kai Leclerc berasal dari Kanada dan dibesarkan di Milan Itali. Upside down ini diilhamkan melalui century-old act with roots ini Indian Traditions and culture.Aksi yang mengagumkan ini melibatkan menyanyi, menari, dan menjugel dengan kakinya yang melekat di siling.

Wow darah boleh naik ke kepala kalau terlalu di atas upside down situ. Tapi mereka sungguh professional dan mungkin banyak berlatih dan ia tidak menjadi masalah buat mereka untuk membuat persembahan upside down ini. Ku bertanya pada Kai, kadang kala mereka berlatih sampai kebas kaki mereka dan banyak kali berlatih ia seperti perkara biasa bagi mereka.



C88E8800



jano yang 4


Bubble by Gazilion Bubble Show.
Jano Yang membuat art dan masterpiece of bubbles artist dengan hanya menggunakan Bubble dengan pelbagai corak dan cahaya warna warni yang sangat mengagumkan dan menakjubkan. Beliau menghabiskan hampir 20 tahun untuk menyempurnakan persembahan beliau sehingga penonton akan terpukau dengan persembahan beliau. Beliau pernah di nominated for the Best Artist ini the Popular French TV Show in Las Vegas !



AZZ_6618


AZZ_6590 


 Rola-Rola by Dany Daniel & Edina
Datang dari Portugal, Dany Daniel seorang yang pakar dalam pengimbangan badan dan seorang yang terkenal dengan Rola Rola Man. Beliau bermula dari umur beliau 14 tahun lagi di Perancis dan hampir 25 tahun membuat persembahan di stage dan TV. Assistent beliau Edina yang sungguh cantik dan jelita, beliau continues to defy the law of gravity untuk membuat persembahan pengimbangan badan. Ku sendiri teruja bila melihat persembahan beliau. risau juga takut kalau beliau terjatuh hehe.



Deo Aqua Mermaids



Deo Aqua Mermaids 2 


Doe Aqua by Mermaids
Deo Aqua Mermaids adalah gabungan Anudati dan Khaliun, gadis cantik dari Mongolia yang sangat terlatih dengan persembahan Aqua mereka. Terpukau dengan badan mereka yang sangat flexsible, ku pun tak termampu nak berbuat begitu haha. Mereka merupakan pemenang the Best Act award di Italian CIrcus Festival 2010 ! dan juga membuat persembahan hampir di seluruh dunia. Memang anda akan terpukau lah terasa seperti mahu berenang juga hehe.



Fantastica cast group photo


harga tiket dijual pada harga RM115 (VIP), RM85 (PS1) dan RM55 (PS2). Dan bagi kanak-kanak pula adalah RM60 (VIP), RM45 (PS1), dan RM30 (PS2)

p/s: untuk maklumat lanjut boleh lah ke website Genting www.rwgenting.com untuk maklumat lanjut.
LAYANS
(>_<)
IMG_6348

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah terima kasih kepada yang menjemput ku menonton Lawak Ke Der 3 malam tadi 4 Disember 2013 di Panggung Sari Istana Budaya. Ini Kali Ke dua ku jejaki ke Istana Budaya selepas konsert Yuna beberapa bulan yang lepas hehe. Lawak Ke Der 3 yang bermula tepat pukul 8.30 malam. Wahh berlangsung pada hari ku berkerja.

Balik kerja tepat pukul 5 petang ku bergegas pulang ke Kuala Lumpur dari Kelana Jaya walaupun jalan agak jammed tapi bila masuk ke lebuhraya DUKE terus lancar perjalanan. Tepat pukul 6 ku sampai dirumah family di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Haaa sempat kan nak ke Istana Budaya, sebelah rumah je pun so takdalah nak rushing sangat hehe. 


IMG_6345


IMG_6350


Sesampai sahaja di Istana Budaya, terus berjumpa dengan Bro Framestone untuk mengambil tiket masuk, tak sangka ku dapat seat di bawah dan dihadapan sekali. Memang teruja sangat lah dapat menonton Lawak Ke Der 3 secara langsung betul-betul dihadapan mata hehe. Antara artis yang terlibat pada malam itu ialah Nabil, Douglas, Jambu dan Harith Iskandar. Walaupun Jozan tiada tapi Lawak Ke Der 3 best !

Dapatlah juga ku release tension malam itu dengan menonton Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Almaklumlah bila disuasana kerja dengan balik kerja yang jammed dan stress ! haha. Memang tidak dinafikan persembahan Lawak Ke Der 3 pada malam itu memang mencuit hatiku dan juga penonton penonton lain terutamanya pelawak Cina Douglas ! memang semua ketawa mencuit masing2 sampaikan ku terbatuk-batuk dengan lawak Douglas yang bersahaja dan original. Serta diikuti dengan Harith Iskandar menceritakan kisah2 lawak beliau .


Memang rugi siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka. Ada yang kata Lawak Ke Der 2 lagi kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik. Nak tau best ke tak best kenalah tengok.


IMG_6358


Lawak Ke Der 3 ini akan berlangsung pada 4 Disember 2013 hingga 8 Disember 2013 di Istana Budaya setiap jam 830pm. Ia juga ada versi Bahasa Inggeris pada 6 Disember 2013 yang menampilkan Jenhan !, wow havoc tu ! kalau sesiapa yang tak mahu menonton waktu malam, waktu petang juga ada pada 7 & 8 Disember 2013 bermula jam 300pm. Mahu mendapatkan tiket Lawak Ke Der 3 boleh ke online website www.ticket2u.biz ataupun boleh call di nombor 03-41478600 dan 019-2111600

Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3. Kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat atau tak sempat nak tengok. Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini anda boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif  ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan.

Lama tu! Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE. Bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom. Sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!

Caranya mudah. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel–cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3. Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888.Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.

Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE -- > www.ESCnow.com






IMG_6367[1]


Apa yang anda perlu tahu tentang ESCAPE?


ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi korang yang boleh korang bawa ke mana sahaja. Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.

Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan!

Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua. Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama. 

Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com 

p/s : ESCAPE mencuit anda dengan Lawak Ke Der 3 
LAYANS 
(>_<)