Stars on Strings at Genting Highland

IMG_5716

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Once again Alhamdulillah dapat jemputan lagi ke Genting Highland dan menginap disana. Okay baiklah pada weekend lepas ku ke Genting Highland untuk menghadiri beberapa event yang sedang hangat berlangsung di atas sana walaupun outdoor theme park sedang ditutup sementara dan sedang direnovation untuk keriangan dan kegembiraan yang bakal kita nikmati akan datang hehe.

Beberapa entry akan diupdate untuk event Genting ini. Entry ini khas untuk event Stars on Strings at Resorts World Genting. Memperkenalkan puppet master John Chisholm dan Josef Probst yang telah master dalam persembahan marionettes dan puppets hampir lebih 25 tahun ! wow ! anda akan berasa terhibur apabila melihat persembahan mereka.

IMG_5707



IMG_5696



IMG_5715


Persembahan puppets ini memang sesuai dengan kanak-kanak. Kanak-kanak kecil kan suka dengan patung-patung permainan ini, mesti mereka lebih berminat apabila anak patung tersebut 'hidup' walaupun ia dikawal oleh Puppets Master. Lagi-lagi sekarang zaman cuti persekolah telah bermula, boleh lah bawa anak-anak anda ke Genting untuk menyaksikan Stars on Strings ini.

Kesan-kesan visual yang menakjubkan serta watak-watak ditambah pula dengan gabungan muzik-muzik untuk memainkan watak-watak puppets tersebut. Bukan senang ya untuk mengendali puppets dengan menggunakan tali. Ia juga tersiar di satellite television across Europe dan juga pelayaran cruise seperti Cunard, P&O, Crystal, Silversea, Saga, and Norweigian Cruise Line .

So jangan lupa ke Resorts World Genting untuk menonton Stars on Strings ! Best ! terutama untuk kanak-kanak. Kalau anda nak merasa jadi kanak-kanak pun boleh juga menonton Stars on Strings hehe. Harga tiket RM25 (VIP) dan RM15 (PS1). Genting Rewards Card Member pula boleh enjoy discount RM18(VIP) dan RM11 (PS1). 

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com. Stars on Strings ini juga akan berlangsung sehingga 9 DECEMBER 2013 ini ! 

p/s: Rindu suasana Genting 
LAYANS
(>__<)


1 comment:

atuk said...

Assalamualaikum Eazy

tentu ramai orang akan naik kat atas tu...
tambah2 cuti sekolah ni