Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Oh yeah update kembali, asyik-asyik Pre Screening aje ku dapat, Alhamdulillah rezeki sambil tak buat apa di rumah bujang di malam hari, bolehlah keluar di malam hari menonton wayang hehe. Ok baiklah pada minggu ni dan selasa yang lalu, ku dapat tiket wayang Filem Runner-Runner lakonan Justin Timberlake ! Wow ! best tu! thanks kepada Advertlets and 20th Century Fox Malaysia.

Baiklah pada mula ku lihat trailer Filem ini agak macam biasa2, tapi bila dah menontonnya sendiri best! Mengisahkan Student (JT) mencari duit lebih dengan berjudi, how possible is that. Richie Furst is a Princeton student who is cheated out of his tuition money by playing online poker. 

When he learns that the site is hosted from a remote island location, he goes to confront the site's corrupt owner, Ivan Block, but is lured into becoming Ivan's protégé and right-hand man. Their relationship starts to reach a boiling point all while an FBI agent, Zbysko, tries to use Richie to bring Ivan down. 

Nak tahu cerita selebihnya jangan lupa ke pawagam berdekatan anda untuk menonton okay. Dalam masa itu secara kebetulan dan tak sengaja ku bertemu dengan blogger terkenal ni hehe iaitu Adam Haiqal. Pada mulanya ku tak perasan beliau kat situ, tetiba satu sms masuk dan dia perasan, wow ! hebat mata memandang hehe. Nice meet u bro !



p/s: hari yang ditunggu hampir tiba hehe
(>_<)
LAYANS



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Oh Yeah harini nak share pengalaman ku pergi ke Event Genting baru-baru ini iaitu Superstars of Magic 3 Show ! yang sedang berlangsung sekarang sehingga 6 Oktober 2013 depan di Genting International Showroom di Genting Highland. Pada 12 September 2013 lalu ku berkesempatan untuk hadir sendiri menonton Magic show di Genting Higlands !

Thanks Resorts World Genting kerana jemput ku sekali lagi, best join event Genting hehe. Ok baiklah, bergerak dari Wisma Genting menaiki bus Genting yang di sediakan terus ke Genting Highlands. Alhamdulillah selamat tiba di Genting dan quick check-in room hotel dan quick rest karena bermalam di sana.

First aktiviti ialah ke Magic Workshop di Genting International Showroom dan memperkenalkan host Superstar of Magic 3 Show anda ialah Rafael dari Belgium ! dan juga seorang ahli silap mata yang terkenal. Rafael menerang apa itu magic dan membuat magic2 simple dan apa rahsianya ? Rahsianya ialah 'Its magic" mestilah tak boleh bagi tahu kan hehe, dengan kami aje boleh hehe.




Dalam Magic Workshop itu tadi, kami juga mempelajari bagaimana untuk membuat puppy ballon ! tadaaa boleh lihat hasil yang ku buat hasil tunjuk ajar dari Rafael sendiri. Ok la tu dapat juga tahu bagaimana untuk membuat dog daripada belon. Cantik tak ? warna jingga lagi tu, warna kegemaran si kuning hehe. Baiklah, selepas ke bengkel kami ke Coffee Terrace untuk dinner sebelum bermula show malam nanti.




Coffee Terrace adalah salah satu kedai makan yang paling luas di resort. Memaparkan empat bahagian - Bilik persendirian, Lanai Bar, Nyonya Baba Corner dan Alfresco Teres, Coffee Terrace boleh memuatkan sehingga 600 pengunjung pada satu-satu masa. Ia juga terdapat pelbagai pilihan makanan buffet untuk customer yang mempunyai pelbagai cita rasa masing-masing, sedap dan serius ku merindui makanan di Coffee Terrace.



Oh yeah ! ku bersama blogger Amir Nawawi dan Khairul Azfar serta bersama media lain tak sabar untuk Superstars of Magic 3 show review yang akan berlangsung. Superstars of Magic 3 Show ini pernah berlangsung pada tahun 2011 dan tahun 2012 dan tahun 2013 ini merupakan tahun ke tiga ia berlangsung di Genting Highland. 

Magician yang berasal dari negara-negara yang berbeza dengan pelbagai latar belakang dan gaya. Antara 7 Magician yang terlibat untuk Superstars of Magic 3 show ialah Ed Alonzo (USA), David Kaplan (USA), Rafael (Belgium), the husband-and-wife team: Double Fantasy (Ukraine), Jordan Gomez (France), Lim Jae Hoon (Korea) and Aaron Crow (USA).  




Persembahan dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada Magician Rafael dari Belgium dan agak kagum di situ. Sementara itu,antara magician yang ku kagum dengan anugerah kemenangan pemberani ahli silap mata, Aaron Crow yang menggabungkan magic, tergantung dan berbahaya aksi. Aksi beliau menggunakan pedang dan ku sendiri semeja dengan beliau masa dinner sebelum show bermula.

Baru-baru ini dia telah mengambil bahagian di Got Talent itu Britain 2013 dan berjaya melayakkan diri ke separuh akhir dengan perbuatan yang berbahaya! Aaron juga telah muncul dalam pelbagai rancangan TV dan gala, termasuk "La Plus Grand Cabaret Du Monde" yang disiarkan Lilin dan perbuatan Pedang tiga kali




Magician yang seterusnya ialah The American Mexico Ed Alonzo trademark adalah beliau menonjol kan Groucho Marx kening manakala Harold Llyold adalah cermin mata, mendahului dengan gaya rambut tinggi bagai letupan ialah trademark beliau, diiktiraf sebagai Comedian Magician Extraordinaire. Pada bulan April 2013, beliau telah dianugerahkan "Magician of The Year" di  Academy Magical Arts awards show di Hollywood.

Semasa sesi temubual dengan beliau, beliau pernah bekerjasama dengan Britney Spears, Michael Jackson dan lain-lain artis. Beliau 'Create the magic"  untuk persembahan Britney Spears supaya tampak lebih menarik dan lain dari yang lain. Memang sesuai dengan beliau yang tidak pernah putus asa untuk meneruskan kerjaya sebagai Magician. 




Di atas adalah penutupnya dan gambar ada yang kurang jelas almaklumlah Kamera iPod aje hehe. Di sini juga ku ingin sertakan serba sedikit Magician yang selebihnya akan membuat persembahan di Genting International Showroom itu nanti. Antaranya ialah :-

  1. The Great David Kaplan's : Performance includes him trying to tame a rogue ball bowling ball, juggling furniture adn performing feats of prestidigitation. beliau lebih kelakar dengan memainkan melodies atau lagu dengan hanya menggunakan belon ! wow !
  2. Rafael : he is a tru master in hilarious improvasion with an awesome sense of originality, humor and imagination.
  3. Double Fantasy: is a husband and wife magician that combines with stunning visual illusions. 
  4. Jordan Gomez: Young rising star is set to mesmerize you with his illusion acts where he performs with minimal props and manipulates ordinary household projects.
  5. Lim Jae Hoon: the magnificent illusionist from Korea is a talented whisperer of doves.





Selepas habis Superstar of Magic 3 Show, sidang press conference diadakan untuk bertanyakan lebih detail tentang Superstars of Magic 3 Show dan di arah oleh David Lai is Malaysia's most prominent and unique entertainers in the country. Persediaan mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk menjayakan Magic ini, terlibat dengan masa terluang oleh setiap ahli Magic dan dapat digabungkan sekali dalam satu masa. 

Masing2 ahli Magician ini semuanya terlatih dan professional untuk melakukannya dan serta nasihat, jangan lakukannya dirumah jika anda tidak tahu untuk membuat magic hehe xD.



Dari Kiri David Kaplan (USA),  Ed Alonzo (USA),  Lim Jae Hoon (Korea), Rafael (Belgium), Aaron Crow (USA). the husband-and-wife team: Double Fantasy (Ukraine), and Jordan Gomez (France)  




with Ed Alonzo and Rafael ! 



the youngest, baru berumur 22 tahun, Jordan Gomez


Ok baiklah sebagai penutup, mari beramai-ramai ajak keluarga untuk datang ke Genting Highland untuk menonton Superstars of Magic 3 Show di Genting International Showroom, tak rugi karena ku sendiri menontonnya dan best ! eye contact mereka sangat bagus, fun dan menarik hehe. Tiket untuk dewasa dari RM60 hingga RM250 dan bagi kanak2 dari RM30 hingga RM100.

Terdapat juga untuk pakej family dari RM234 for 2 adults and 2 children. Untuk maklumat lanjut bolehlah layari www.rwgenting.com.

LAYANS
(>_<)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Happy Malaysia 50 th day ! Ok baiklah, di sini ku ingin berkongsi dengan kalian aktiviti lepas raya yang terbaik ku pernah sertai iaitu pergi Konsert Orkestra Yuna ! Wow Yuna tu, Thanks kepada sponsor yang sponsor tiket ke Konsert Yuna. Ia berlangsung Pada 7 September 2013 lalu. Sebenarnya Konsert Yuna ini telah berlangsung selama 3 hari dari 6 Sept hingga 8 Sept 2013 di Istana Budaya

Sebenarnya ku pertama kali menjejakkan kaki ku ini ke Istana Budaya dan konsert pertamanya ialah Konsert Yuna. Sungguh excited ! Alhamdullilah dapat Upper Circle pun syukur dapat nonton Yuna membuat persembahan dari jauh. Konsert Yuna ini di organise sendiri oleh YunaRoomRecords, Istana Budaya dan paling penting wajib ada ialah National Symphony Orchestra !





Dup dap dup dap menantikan persembahan daripada Yuna sendiri dan Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar sekali. Yuna menyanyi live sangat terbaik ! seperti suara dalam lagu rakaman dan tidak sia sia sesiapa yang pergi ke Konsert Yuna di Istana Budaya. Dengan bunyi alunan muzik dari National Symphony Orchestra yang begitu lunak. 

Konsert berlangsung selama hampir 3 jam dan ada juga selingan persembahan dan juga pemain gitar dari kumpulan Incubus ! wow ! itu sangat best dan menarik bagi ku. Antara lagu Yuna yang ku suka bila Yuna nyanyi ialah diantara Lullabies, Remember My Name, I Wanna Go, Coffee, Deeper Conversation, Lelaki, dan penutup lagu ialah Penakut !




Memang tidak sia-sia ke konsert Yuna dan suara Yuna sangat terbaik bila nyanyi live. Hampir 3 jam di dalam Istana Budaya, Konsert Yuna menutup tirainya. Ku tidak berkesempatan untuk bergambar dengan penyanyi itu sendiri, mungkin belum ada rezeki barangkali, InsyAllah satu hari nanti hehe. 

Dan siapa sangka penyanyi Yunalis Zarai ini yang pernah pegi audition One in A Million dahulu dan tidak sebegitu popular seperti sekarang dapat menjadi taraf penyanyi international. Ku sangat berbangga, dan betullah kata Paul Moss dalam One in a Million yang menjadi juri buat Yuna atau Alis dahulu " Alis, semua orang akan sukakan kamu :')



p/s : we Love u Yuna hehe
LAYANS
(>_<)



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56th beberapa hari yang lalu. Ku tak berkesempatan untuk pergi ke Dataran, Almaklumlah weekend kan. Lain lah macam tahun-tahun lepas ku sentiasa pergi ke Dataran untuk sambutan Kemerdekaan. Meriah dengan suasana perarakan kontinjen. Baiklah ku ingin update sedikit tentang Filem yg terbaru ku menonton iaitu Tanda Putera.

Tanda Putera yg depa kata kontroversi eah ? tapi ku menonton filem ini bagiku sendiri ia mengisahkan apa yang berlaku pada zaman itu 13 May  serta kepimpinan Perdana Menteri yg Kedua Tun Abdul Razak. Jalan cerita menarik dan menunjukkan kepimpinan untuk aman dan membangunkan Malaysia. Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, 

Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri. 

 Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat. . Begitulah sedikit sebanyak sinopsis Tanda Putera




By The Way Si Kuning pun semangat menyambut Kemerdekaan ke 56. Bendera kecil berkibar semasa si Kuning berjalan. Menunjukkan semangat patriotik. 

LAYANS
(>_<)

Tanda Putera

by on 12:45 PM
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera Alhamdulillah, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56th beberapa hari yang lal...