Bazar Ramadhan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Oh yeah hampir sepuluh hari kita berpuasa dan ini kali kedua rasanya ku jejak kaki ke bazar Ramadhan, almaklumlah hidup bujang berbuka puasa di rumah bujang dengan lauk pauk yang siap di order di office, sedap! jimat ! Kalau di hujung minggu pun berbuka dengan family tercinta, Bonda masak hehe untunglah rumah family dekat.

Baiklah, ku ingin share sedikit pendapat ku tentang Bazar Ramadhan sekarang, terkini, Alaf 2013 haha. Agak terkejut juga karena Bazar sekarang semakin banyak tapi kalau jual makanan yg berlainan jenis pun ok juga, tapi ada beberapa kedai jual makanan atau minuman yang sama sahaja. Ku jalan2 sahaja karena ada makanan atau minuman yang masih tak menawan hati ini.

Baru2 ini ku pergi ke Bazar Ramadhan terdekat di area tempat kerja dan agak terkejut sepanjang ku jalan di Bazar tersebut harga dia bukan main mahal lagi, tak macam dulu murah sikit, sekarang nak cari makanan or kuih harga RM1 ke bawah pun dah susah haha. Semua gerai yang ku usha paling tidak pun boleh dapat dengan harga RM2 ke atas. perghhhh.

Ku tahu niat murni peniaga nak mencari rezeki halal di Bulan Ramadhan, tapi harga makanan itu rasanya macam tidak berbaloi, kalau sedap takpe, tapi rasanya macam ala2 kadar sahaja. Baru ku tahu kenapa Bonda lebih suka memasak dan membuat kuih dirumah, lagi berbaloi dan jimat. Ku pun agak terasa juga duit habis sahaja huk2. 

Bukannya tak boleh nak naikkan harga, tapi biarlah kualiti dan juga kuantiti itu sepadan, jangan tangkap muat aje 'rupa kuih cantik, rasa tak seberapa'. Tak sepatutnya mereka mengambil kesempatan di Bulan Ramadhan  yang mulia ini. Renung-renungkan dan selamat berpuasa hihi.

p/s: this is based on my opinion aje, peace ! hope tak terasa hihi (walaupun hargamu mahal sikit aje, ku tetap beli makanan favorite iaitu MURTABAK hehe)
LAYANS
(>_<)

7 comments:

Faiz Mahmood said...

Betul setuju sangat. Harga melampau2, hari to aku beli kuih cara. Gula pun xde dalam to. Hampeh jer.

Fifi Nur 'Aqilah Yusof said...

betul. kadang- kadang rasa melampau pun ada. cara paling senang, buat sendiri lah kalau rasa nak makan kuih tu :)

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

sekarang harga pakat2 mahal dah.. hurmmmm... dulu 5 biji kuih, bari seringgit.. sekarang 4 biji, rm2... adeiiiii

suezen said...

bazaar skang melampau2 harga haaa....dh la x sedap..better msk sendiri je...tp....ttp nk cuci mato kt bazaar. cmne tu

Arry Rennwood said...

yup..mmg tu..hrga mahal tp kualiti makanan xdelh gempak or sdap sgt..ala kadar jer..air yg djual trumanya siap buat muka lg tk nk bngkus hrga seringgit..huhu...klau da dapur baik masak sndri jer kan hehe

Zuan said...

salam ramadhan! haha lambat tak gua wish.. ;p

NurainSuperr said...

kuih mahal, tapi rasanya tak sedap. and kecik je saiz dia T.T